🌗 Chapter 9: First kiss of Devil 🌗

2.8K 186 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


MALAMNYA, Sujeong keluar dari bilik dan turun ke dapur untuk meminum air. Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Kalau ada yang perasan Sujeong selalu turun ke dapur tiap kali tengah malam. Dia memang selalu haus bila tengah-tengah malam.

Sujeong membuka peti sejuk dan mengambil botol susu yang sememangnya khas untuknya. Sujeong menuang susu tersebut ke dalam gelas lalu meminumnya.

"Sedap nampak minum susu tu?"

Sujeong terperanjat dan hampir mahu tersedak apabila muncul satu suara garau menegurnya. Lantas Sujeong berpaling dan tergamam.

"Taehyung?" Sujeong agak terkejut melihat anak mata Taehyung berwarna gelap. Bukan warna biru seperti biasa. Kenapa warna anak mata lelaki tu tiba-tiba berubah warna gelap?

Taehyung senyum sinis lalu menapak menghampiri Sujeong. Sujeong mengundur ke belakang sehingga belakangnya terlanggar peti sejuk. Kini Sujeong tiada laluan untuk melarikan diri kerana di depannya ada Taehyung. Malah Taehyung makin menghampirinya.

"Taeh... hyung... Wae mata awak warna gelap??" soal Sujeong tergagap. Dia mula takut dengan pandangan tajam Taehyung itu.

Namun Taehyung masih berdiam dan semakin menghampiri Sujeong. Sujeong makin gelabah disaat Taehyung semakin rapat dengannya. Sebelah tangan kanan Taehyung dinaikkan lalu menyentuh leher Sujeong. Dia mengusap lembut leher Sujeong membuatkan gadis itu terkaku.

"Taehyung, apa awak cuba buat ni?" soal Sujeong gelabah sambil ditenung tajam oleh Taehyung.

"Aku nak..." Akhirnya Taehyung bersuara lalu merapatkan wajah mereka. Saat ini jantung Sujeong mula berdebar kencang. Dia dapat rasakan sesuatu buruk bakal berlaku padanya.

Akhirnya Taehyung menghampiri sebelah telinga kanan Sujeong sehingga dapat rasa hembusan nafas dingin Taehyung.

"... darah kau."

Sujeong terkesima. Taehyung mahukan darahnya?

Tiba-tiba leher Sujeong dicekik kuat oleh Taehyung. Sujeong terkejut dan mula sakit apabila lehernya dicekik. Gelas dipegangnya terjatuh ke lantai.

"Taeh... h-hyung... le-lepas... sa-sakitt..." pinta Sujeong kesakitan sambil cuba merungkaikan kedua tangan Taehyung yang mencekik lehernya sehingga kakinya tidak mencecah lantai.

"Kau tahu tak disebabkan 'dia' terlalu berlembut dengan kau, aku kebuluran darah! Malah sumpahan tak guna tu makin merebak! Aku tak boleh biarkan kau terus hidup! Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!" jerkah Taehyung sambil menguatkan cekikannya pada leher Sujeong.

"Sa-sakitt... Le-lepass... Argh... Taeh... h-hyung..." pinta Sujeong makin sesak. Peluhnya menitik.

"Aku bukan Taehyung! Akulah devil yang kawal tubuh dia sekarang! Saat yang aku tunggu akhirnya tiba! Sekarang aku akan bunuh kau, angel! Mati kau!"

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now