🌗 Chapter 37: Devil Power 🌗

1.6K 141 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


MEMANDANG rendah terhadap kekuatan Irene adalah kesilapan besar. Dia perempuan, tidak bermakna dia lemah. Semua orang lupa Irene ialah puteri tunggal kepada Raja Dev. Irene sangat handal berlawan. Buktinya adalah semasa Irene bertarung dengan Jungkook dalam rupa Mingyu hari itu. Kuasanya kuat bukan main-main.

Irene merenung tajam ke arah Jungkook yang kelihatan sedikit tercalar pada baju dan badannya. Sudah dari tadi Jungkook tidak dapat mendekat mahupun menyerang Irene. Kerana Irene mempunyai senjata kipas besarnya yang agak berkuasa. Sekali dia kibas, kawasan sekeliling akan musnah ditiup angin seperti ribut. Jungkook berusaha berfikir untuk menyerang Irene dari arah mana serta mengelak dari terkena angin dari kipas berkuasa Irene.

"Wae? Kau tak boleh datang dekat dengan aku? Kau jangan pernah pandang rendah pada yeoja macam aku ni! Aku tak lemah seperti kau sangkakan! Aku mampu tumpaskan siapa-siapa saja termasuk namja macam kau!" kata Irene dengan sinisnya.

Jungkook terus fokus memerhati pergerakan Irene serta kipas berkuasa itu. Jungkook yakin pasti ada cara untuk mengelaknya.

Tiba-tiba Irene datang mendekat lalu terus menghayunkan kipas berkuasanya ke arah kepala Jungkook. Jungkook yang agak terkejut itu terus mengelak dengan menundukkan kepalanya lalu dia pergi ke belakang Irene. Jungkook mengambil kesempatan untuk menghentak belakang Irene. Namun mata Irene tangkas menangkap perbuatan Jungkook, lalu dia pun memusingkan tubuhnya bersama kipas berkuasanya menyebabkan Jungkook terkena kibasan angin. Jungkook melayang ke belakang dan terjatuh ke lantai.

"Tak guna! Wae aku langsung tak boleh serang dia?!" getus hati Jungkook tak puas hati.

"Dah tiba masa untuk kau mati sekali lagi!" tiba-tiba kipas berkuasa Irene itu mula bercahaya merah. Cahaya itu seakan seperti laser.

Jungkook terkejut melihat Irene yang ingin menggunakan kuasa penuh dari kipas berkuasanya. Kuasa itu sangat bahaya kerana mampu mencederakan sesiapa saja. Jungkook cuba bangkit.

Irene mengambil kesempatan menghayunkan kipas ke sebelah menyebabkan kuasa dari kipas itu menuju ke arah Jungkook. Kuasa itu menghampiri Jungkook lalu…

Dushhhh!!!

Asap-asap mula mengelilingi kawasan selepas mengenai dinding. Irene tidak dapat melihat Jungkook akibat asap-asap yang terhasil dari hempasan dinding. Selepas asap kian menghilang, mata Irene membuntang kerana Jungkook tiada disitu.

"Mana?? Mana dia menghilang??" soal Irene.

Wushh!!

Irene terus berpaling apabila terdengar bunyi datang dari arah belakangnya. Namun tiada. Apabila Irene kembali menoleh ke depan, tiba-tiba lehernya dicekik. Terkejut Irene melihat Jungkook yang berdiri di depannya sambil mencekik lehernya.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now