🌗 Chapter 39: The final fight 🌗

2K 161 29
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


JUNGHO jumpa buku yang dicari-carinya di dalam rak almari buku lalu mengambilnya. Jungho pun menapak ke arah Suga, Hoseok, Namjoon dan Jimin yang setia menunggunya.

"Ini bukunya." ujar Jungho sambil meletakkan buku itu di atas meja. Terus Suga, Hoseok, Namjoon dan Jimin mengerumuni meja untuk melihat buku itu. Buku itu kelihatan sudah lama namun masih terjaga.

"Ini ke buku tentang death melody?" tanya Hoseok.

"Ya, inilah bukunya. Dalam buku ni banyak maklumat tentang death melody serta sejarahnya. Lirik-lirik melodi 'maut' juga turut diserta. Jadi kamu mesti mainkan alat muzik mengikut lirik melodi 'maut' yang ada dalam buku ni dan jangan lupa tuliskan nama dikehendaki dalam kertas lirik untuk hapuskan devil tersebut." jelas Jungho panjang.

"Jadi ada tak di antara kamu yang boleh main alat muzik?" soal Jungho kepada mereka berempat.

"Suga boleh main piano." jawab Namjoon.

Jungho memandang ke arah Suga. Suga turut membalas pandangan Jungho.

"Suga… sekarang ni kami hanya boleh bergantung kepada kamu saja. Kamu mesti mainkan lirik melodi 'maut' dengan betul tanpa ada kesalahan sikit pun. Kalau kamu buat kesalahan sikit pun, kuasa melodi 'maut' serta-merta takkan menjadi. Boleh kamu buat dengan baik, Suga?" ujar Jungho memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Suga.

Perlahan Suga mengangguk kepala.

"Saya akan buat dengan baik. Saya akan pastikan takkan ada kesalahan walau sikit pun." jawab Suga yakin.

"Tapi rumah saya tak ada piano atau sebarang alat muzik." keluh Jungho.

"Jangan risau guru. Rumah kami ada piano. Kita boleh pergi ke rumah kami." beritahu Jimin.

"Kalau begitu, kita kena pergi sekarang. Kita tak boleh buang masa lagi." putus Namjoon mengesa. Mereka mengangguk kepala faham.

~*~*~*~*~


BADAN Youngmin tercedera akibat diserang oleh Taehyung dan Sujeong. Mereka berdua bekerjasama dengan baik sekali melawan Youngmin. Youngmin langsung tidak dapat membalas serangan mereka berdua.

Youngmin berdiri menghadap Taehyung. Lantas Youngmin menghunus pedangnya namun Taehyung ghaib dari pandangannya dan muncul di atasnya. Taehyung pun menghentak kepala Youngmin dengan sebelah tangannya yang mengeluarkan kuasa petir dalam bentuk kegelapan. Youngmin rebah ke bawah. Kelihatan darah hijau mengalir dari atas kepala Youngmin akibat hentakan kuat Taehyung tadi.

Taehyung menarik badan Youngmin dengan selambanya lalu dilempar ke arah sudut. Youngmin melihat Sujeong sedang mengenggam sebelah penumbuk tangannya sehingga mengeluarkan satu kuasa lalu dihayunkan ke arahnya.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now