🌗 Chapter 19: Jungho 🌗

2.5K 182 26
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


"... DIA manusia."

Sambung Taehyung dalam hati.

"Taehyung, kenapa senyap ni? Eomma awak siapa?" tanya Sujeong mula risau. Dia perasan perubahan riak wajah Taehyung. Malah rahangnya diketap kuat.

"Taehyung?" tanpa sedar Sujeong menyentuh sebelah bahu Taehyung. Taehyung tersentak dan memaling wajah ke arah Sujeong.

"Gwaenchana?" tanya Sujeong prihatin.

Taehyung hanya merenung wajah prihatin Sujeong. Dan dia benci melihat wajah itu. Wajah itu seakan-akan melihat dirinya lemah.

"Nothing." jawab Taehyung ringkas.

"Balik pada cerita tadi. Ya memang betul eomma aku bukan devil. Tapi aku takkan ceritakan latar belakang dia. Tak penting."

Tak penting? Fikir Sujeong hairan. Kenapa Taehyung enggan bercerita tentang ibunya?

"Ayah aku ialah Dark Devil. Seperti yang kau tahu Dark Devil merupakan devil paling jahat dan kejam dalam dunia Devil ni. Ya, memang Dark Devil jahat dan kejam. Tapi tak bermaksud mereka tiada perasaan. Mereka boleh rasa macam-macam perasaan. Gembira, sedih, marah, benci, rindu dan cinta." cerita Taehyung.

Sujeong masih diam menanti Taehyung menyambung cerita. Dia duduk sambil memeluk lutut dan lutut dirapat ke dadanya.

"Kalau kau nak tahu ayah aku satu-satunya devil pertama yang telah melanggar peraturan dunia devil. Dia telah bercinta dan berkahwin dengan spesis selain devil secara diam-diam. Hal ni diketahui oleh seorang penduduk devil yang kebetulan ternampak ayah aku guna pintu rahsia dan masa tu dia terhidu satu bau darah yang pasti bukan darah devil. Selepas itu devil tak guna itu pergi melaporkan kepada Raja Devil. Apabila sampai pengetahuan Raja Devil, dia mengarahkan salah seorang pengawal istana untuk spy ayah. Tapi malangnya spy yang dihantar oleh Raja Devil tu telah dibunuh oleh ayah. Bila ayah tahu rahsianya terbongkar, dia melarikan eomma. Niat ayah ingin hantar eomma kembali ke dunia asalnya demi keselamatan eomma dan anaknya. Tapi mereka terlambat sebab pengawal-pengawal istana berjaya menghalang mereka. Ayah berlawan habis-habisan dengan pengawal-pengawal istana tu. Eomma pula terus melarikan diri atas desakan ayah. Bila eomma sampai di pintu yang memisahkan dunia devil dan dunia lain, muncul pula seekor devil bodoh halang eomma. Kau tahu apa devil bodoh tu buat pada eomma aku?" Makin berkobar-kobar Taehyung bercerita. Pandangannya berubah beku dan rahangnya diketap kuat. Serius.

"Devil bodoh tu buat apa?" soal Sujeong mula kurang senang. Dia bagaikan tahu apa yang terjadi. Sujeong mengikut rentak Taehyung memanggil devil yang menghalang eomma Taehyung itu bodoh. Memang devil itu layak dipanggil bodoh.

"Dia cuba nak minum darah eomma aku! Masa tu eomma baru dua hari melahirkan aku. Darah wanita selepas melahirkan bayi sememangnya paling digemari devil-devil sebab darah manis. Konon-konon boleh kembalikan awet muda. Tapi muncul seorang kawan ayah yang merupakan devil suci datang selamatkan eomma. Dia berlawan dengan devil bodoh itu. Tapi devil bodoh itu terlalu kuat sampai kawan ayah tak mampu menumpaskannya. Selepas itu ayah datang dalam keadaan cedera parah. Dia datang selamatkan eomma dari devil bodoh tu sebab berani nak sentuh eomma dan bayinya. Devil bodoh tu teruk kena belasah dengan ayah Dia nak larikan eomma dan mahu dia pulang ke dunianya tanpa ayah. Bila eomma tahu yang ayah takkan ikut sekali, dia enggan meninggalkannya. Dia tak sanggup berpisah dengan ayah. Tapi ayah tetap paksa eomma balik ke dunianya tanpa dia. Masa mereka bertengkarlah, devil bodoh yang dalam keadaan lunyai itu ambil kesempatan untuk membunuh ayah. Tapi..."

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now