🌗 Chapter 4: Blood 🌗

3K 191 18
                                    

********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

********


JIN sudah pun balik ke rumah dari pekan. Begitu juga Hoseok, Jimin dan Jungkook baru balik dari memburu walaupun sekor binatang pun tak bawak balik. Mereka melihat Namjoon, Suga dan Sujeong berada di ruang tamu.

"Kenapa senyap je ni?" tegur Jin membuatkan Namjoon, Suga dan Sujeong menoleh.

"Jin! Balik jugak kau! Dah sejam kami tunggu kau balik tau!" ujar Suga yang sudah bangun dan menghampiri Jin. Jin terpinga.

"Kenapa ni? Apa dah berlaku?" tanya Jin.

"Sujeong. Ni." Namjoon tunjuk ke arah jari Sujeong yang masih digigit oleh kepala bunga periuk kera. Mata Jin terbuntang.

"Sujeong! Kenapa boleh jadi macam ni?!" soal Jin agak terkejut dan menghampiri Sujeong. Hoseok dan Jungkook turut menghampiri Sujeong.

"Saya cuma usap je. Saya ingatkan bunga ni tak hidup." jawab Sujeong sambil menahan sebaknya.

"Sujeong, kalau kat dunia devil ada sesetengah pokok yang hidup. Contoh macam pokok bunga periuk kera tu. Bunga tu hidup. Biasanya bunga hidup ni suka bau darah manusia dan angel. Mungkin disebabkan awak berdarah angel, bunga tu taknak lepaskan awak." jelas Jin membuat Sujeong tersentak.

"Habis macam mana nak buang kepala bunga ni?? Takkan nak biar macam ni sampai bila-bila?? Boleh kering darah saya kalau macam ni!" bentak Sujeong.

"Hahahahahah! Nampaknya bunga periuk kera tu sukakan darah kau! Sebab tu taknak lepas. Sampai bila pun bunga tu takkan lepaskan kau!" suara Taehyung mencelah membuatkan semua menoleh.

Sujeong cuba nak ingat nama lelaki ni tetapi lupa.

"Nama dia Kim Taehyung." beritahu Jin yang tahu saja apa yang difikirkan oleh Sujeong. Sujeong angguk faham.

"Yah, Kim Taehyung! Awak ingat benda ni kelakar ke?! Saya tengah sakit macam ni awak boleh pulak gelakkan saya?!" berani pulak Sujeong melawan kerana terlalu geram.

"Bagi aku memang kelakar! Angel macam kau ni takkan selamat berada di dunia devil ni! Last-last kau akan baham jugak dengan segala spesis kat dunia devil ni!" balas Taehyung selamba membuatkan Sujeong makin geram.

"Darah..." mata Hoseok dan Jungkook tertancap pada darah yang mengalir di jari Sujeong dicelah lubang bunga periuk kera itu. Begitu juga Taehyung, Namjoon dan Suga yang turut melihat darah Sujeong.

Baru Sujeong teringat yang mereka ialah devil sukakan darah. Rasanya kalau guna cara ni menjadi tak?

Sujeong melepaskan keluhannya dan memandang mereka semua.

"Sesiapa yang berjaya buangkan kepala bunga periuk kera ni dari jari saya... saya akan bagi darah kesan luka yang mengalir di jari telunjuk saya ni pada dia." kata Sujeong itu telah memeranjatkan mereka semua.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now