🌗 Chapter 26: Rats 🌗

1.9K 161 37
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


SEBAIK tiba ditangga teratas, terus Jimin dan Jungkook turun dari kain gaun Irene yang labuh itu. Irene yang sememangnya tidak sedar ada dua ekor tikus memanjat kain gaun labuhnya sebentar tadi terus menonong berjalan ke arah biliknya. Jimin dan Jungkook memandang sekeliling yang sangat luas. Entah mana satu jalan yang perlu mereka pergi.

"Kook, luas sangat laa. Macam mana kita nak cari peta tu?" Soal Jimin aka si tikus hitam itu sambil mengaru kepalanya.

"Hurm… maid tadi pun laju betul berjalan. Tak sempat nak kejar dia ke bilik raja." balas Jungkook si tikus putih sambil berdiri dan bercekak pinggang.

"Hyung! Aku ada idea yang lebih baik dari Jin hyung punya." Beritahu Jungkook tiba-tiba apabila mendapat idea.

"Apa dia?" Soal Jimin ingin tahu.

"Daripada kita bersusah payah nak cari peta tu, baik kita sendiri yang cari laluan rahsia untuk menyelinap masuk ke dalam istana ni untuk selamatkan Sujeong." Terang Jungkook membuatkan Jimin ternganga.

"Betul jugak tu! Baik kita sendiri yang cari laluan rahsia untuk menyelinap masuk ke dalam istana dan selamatkan Sujeong. Takdelah kita buang masa nak cari peta selok-belok istana ni. Otak kau lebih cerdas la dari Jin hyung." komen Jimin kagum sambil memeluk badan Jungkook yang dalam bentuk tikus itu.

"Kook kan lebih muda dari Jin hyung. Mestilah otak Kook lebih cerdas." Balas Jungkook riak.

"So, mana kita nak mulakan?" Soal Jimin malas mahu melayan riak Jungkook.

"Emm kita ronda istana ni dulu cari mana-mana laluan rahsia yang boleh kita guna." jawab Jungkook mula serius.

"Baiklah. Jom pergi."

Terus dua ekor tikus itu berlari dicelah-celah barang supaya tidak dilihat orang. Laju dua ekor tikus itu berlari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

~*~*~*~*~


TAEHYUNG duduk diatas bantal sebelah kepala Sujeong yang sedang tidur mengiring ke arahnya. Taehyung tahu Sujeong sebenarnya lapar kerana dia boleh dengar bunyi perut Sujeong berkeroncong. Sujeong tidur pun untuk menahan laparnya. Sekarang dah waktu petang. Sujeong masih tidak diberi makan apa-apa lagi selain sarapan pagi tadi. Tu pun cuma makan sandwich dua keping saja. Langsung tak mengenyangkan. Itu membuatkan Taehyung berasa marah dengan Mingyu dan Irene. Mereka berdua tu tak bagi Sujeong makan ke? Takkan nak biarkan Sujeong kebuluran lapar macam tu saja?

Taehyung pun bangun dan terbang keluar melalui jendela. Dia ingin mendapatkan makanan untuk Sujeong sendiri. Dia tidak boleh biarkan Sujeong dalam kelaparan.

Taehyung terbang ke arah hutan di belakang istana dan masuk ke dalam. Kelihatan Namjoon dan Suga duduk menyandar di pokok besar menunggu Jimin dan Jungkook yang mungkin sampai esok belum tentu akan datang balik. Taehyung pun singgah ke arah beg Namjoon.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now