"Anyeonghasayeo"
Perlahan-lahan pintu kayu berwarna semula jadi itu terbuka menimbulkan bunyi 'kreh'. Dino menjenguk dahulu mencari ibu bapanya. Dia tidak mahu dimarahi sebaik sahaja pulang. Biarkan lah dia masuk dan menyantap sarapan air tangan eomma nya supaya sakit perutnya hilang.
Setelah dirasanya selamat, cepat-cepat Dino masuk dan menutup pintu. Melupakan Jeonghan yang berada di luar rumah sambil tersenyum didepan pintu.
"Hai baru balik?" Dino baru sahaja mahu melangkah naik ke biliknya di tingkat atas sebelum sebuah suara memberhentikan langkahnya. Dia meneguk ludahnya dahulu sebelum berpaling.
"N-nae eomma?" mimpi buruk Dino dirasai menjadi kenyataan. Eommanya siap dengan pisau cincang di tangan kanan. Pandangan matanya menusuk Dino sehingga ke hati paling dalam.
"Channie tidur rumah kawan semalam hahahahaha"
"Ohh hahahaha kawan yang mana satu"
"K-kaw-an l---EOMMA!!" Dino memekik kesakitan. Eomma nya menarik telinga kecilnya sehingga dia hampir terangkat ke udara.
"Bertuah punya anak!! Tak reti nak cakap dulu ke??!! Lain kali tak payah balik senang!" Dino menggosok telinga yang memerah sambil memuncungkan bibirnya ke depan. Ha ingat cute lah tu?
"Dino ya~ lama lagi ke" satu-satu kedengaran satu suara di balik pintu. Dino dan eommanya bertatapan mata sebelum eommanya membuka pintu.
Kelihatan lah Jeonghan yang masih setia menunggu dengan senyuman indahnya. Eomma Dino dibuatnya tidak berkelip denga kehadiran susuk seindah malaikat ini didepan matanya. Mata penuh harapan itu bagai menghipnosis.
"Alamak"
****************
"Ohh jadi channie tidur rumah Jeonghan lah ye semalam" Dino yang berada diantara Eommanya dan Jeonghan memasang wajah datar. Kedua manusia tersebut sibuk berbual dan mengabaikan dirinya.
"Ahh nae ajumma~" ohh tengoklah senyuman Jeonghan yang memukau eomma Dino. Bagaimana lembutnya suaranya sehingga terlihat begitu suci untuk disakiti. Ditambah lagi gerakan tangannya yang lemah gemalai. Ohh ini bukan syaitan bertopeng manusia. Ini syaitan bertopeng malaikat!
"Panggil eomma arrasseo? Sekarang eomma nak pergi kerja.. Hannie jaga channie tau bye" Dino terasa ingin mencakari muka eommanya yang tampak terlalu baik dengan Jeonghan. Dan apa tu? Hannie? Come on! Dino di anak tiri kan!
"Ermm hyung jom naik atas, bilik Dino" Dino berjalan mendahului Jeonghan ke tingkat atas. Dia menolak pintu biru yang berada paling hujung. Membuka pintu untuk tetamunya Jeonghan dengan sopan.
"Aigoo kiyowoyo ≧﹏≦" Jeonghan terpegun melihat bilik Dino yang dihias cantik. Bilik tersebut tidak lah besar. Tiada beranda seperti dirumahnya. Hanyalah gaya bilik tersebut membuatkan Jeonghan kagum.
Bilik tersebut di cat dengan warna biru gelap tetapi Jeonghan dapat melihat beberapa corak Bintang dengan warna neon di syilling. Jika gelap pasti bintang-bintang itu akan bercahaya menjadikan bilik Dino seperti di Angkasa lepas!
Dekorasinya tidaklah kebudak-budakan. Terdapat meja belajar yang dipenuhi komik ditepi jendela. Katil pula akan kelihatan sebaik sahaja pintu dibuka. Almari pakaian diletakkan bersebelahan pintu bilik mandi yang kebetulan berhadapan dengan katil.
Cukup ringkas tapi tersusun dan indah mata memandang.
"Duduk lah" tanpa perlu disuruh dua kali, Jeonghan merebahkan diri diatas katil empuk Dino. Begitu selesa walaupun katil-katil dirumahnya seribu kali lebih mahal dari katil ini. Hanyalah pemilik katilnya membuatkan Jeonghan ingin terlena.
Indahnya bagai di taman syurga~
"Jja~ jom main game!"
*****************
"Woozi kenapa kau tak halang dia semalam? "
"Jeonghan? Entahlah aku rasa dia takkan buat apa-apa kat Dino"
Kedua sahabat ini terbaring di padang rumput berdekatan rumah mereka. Pagi-pagi lagi mereka berdua berjoging bersama-sama walaupun suhu Korea masih terlalu dingin.
Sudah menjadi rutin harian mereka sejak beberapa tahun yang lalu untuk berjoging setiap pagi kecuali hari sekolah. Badan mereka tidak dikategorikan sebagai gemuk, hanya sahaja mereka berdua menyukai udara segar waktu pagi.
Udara penuh kedingin dan nyaman yang membuatkan mereka segar bugar. Yang tentunya dapat menghilang segala tekanan yang terkumpul didalam dada.
"Kau perasan tak cara dia senyum semalam? "
"Eoh?" Woozi berpaling memandang Hoshi dengan muka kehairanan. Jadi bukan dia sorang sahaja yang sedar akan senyuman itu. Senyuman yang tidak pernah dilihat dimuka Jeonghan.
"Aku rasa dia betul-betul sayang Dino lah tapi aku takut Dino berakhir macam yang lain"
Woozi tersenyum mendengar kata-kata ajaib dari mulut Hoshi itu. Jarang sekali sahabatnya itu berbicara serius. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan kawan.
Kerana sahabat itu lebih bermakna dari kawan.
"Lek Ah kalau dia buli Dino kita.. Aku akan pastikan rambut panjang dia hilang HAHAHAHAHAHA" Woozi tertawa jahat. Dia membayangkan Jeonghan menjadi botak. Tiada sudah gelaran Cheonsa itu.
"Pandai lah kau ni!! Jom rumah Dino~ kita nasihat budak tu sikit"
"Ok cun jom"
*****************
Ye nak buat homework lak huhu
Bbye
GotNoFeel_

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Nugu Aegi?
FanfictionJeonghan bermuka angel dengan sifat syaiton .-. sentiasa mencari-cari mangsa baru untuk 'baby slave' nya. Status baby disini bukan untuk dimanjakan ok? Ianya merujuk kepada babyface! Kejap-kejap dia tak kejam lagi lah!!. Dia bayar tau!! "baby~...