Side Story Pt2

505 54 0
                                    

Ramai yang tidak tahu kisah lampau Wonwoo. Seorang namja introvert yang terkesan kacak. Dirinya sukar didekati tetapi sungguh diminati.

Tidak terkira ramainya peminat Wonwoo dari seluruh pelusuk sekolah. Sudah beribu-ribu hadiah dan surat cinta diterimanya dan malangnya berakhir di tempat sampah. Tidak kurang juga nasib beribu-ribu juga gadis yang cuba menggodanya. Semuanya berakhir dengan kekecewaan.

Tapi Wonwoo tetap lah Wonwoo. Namja dengan hobi membaca buku yang terkadang sangatlah random. Ajakan menggoda para yeoja mampu ditepisnya bagitu sahaja. Bagi Wonwoo mereka semua terlalu murah untuk dirinya. Ya terlalu murah sehingga sanggup maruah diri mereka dipijak-pijak.

Dulu, ya dulu! Dulu Wonwoo bukanlah namja yang menyendiri. Dia sering kelihatan di kafeteria bersama pelajar yang tergolong popular. Dia bukanlah namja handsome dengan perwatakan playboy sejati tetapi dia hanyalah suka bergaul dengan golongan 'hyper'. Hey Wonwoo juga perlukan hiburan dalam hidupnya!

Jadi berkawan dengan mereka semua adalah salah satu caranya Wonwoo dapat melarikan diri dari dunia khayalan yang penuh penceritaan. Dan sebaliknya buku menjadi jalan melarikan diri dari dunia penuh penderitaan!

Seperti yang telah dinyatakan. Itu dulu. Perlu digaris bawah dulu. Dulu sebelum dia mengenal susuk indah penuh helah. Susuk yang telah mengubah segalanya.

Siapa lagi kalau bukan Yoon Jeonghan.

Namja yang hampir menghapuskan segala kebebasannya. Yang telah menggodanya dengan timbunan helaian kertas yang sangat bernilai. Mengheretnya terjerumus ke dalam keindahan duniawi.

Jangan salahkan Jeonghan mahupun Wonwoo kerana mereka berdua hanyalah manusia biasa yang semestinya mempunyai hawa nafsu. Cuma kadang-kadang mereka terlalu bodoh hingga mengikutinya.

Jeon Wonwoo bukanlah lelaki bodoh yang terlalu gilakan duit. Buktinya dia hanya bertahan menjadi baby slave Jeonghan selama 12 jam. Orang bodoh sahaja yang sukarela menjadi hamba. Lagi-lagi hamba kepada orang kejam.

Tempoh 12 jam memang tidak lama. Pejam celik sekejap sahaja siang sudah bertukar malam. Kadang-kala terleka seketika waktu sudah jauh meninggalkan. Tapi 12 jam bersama Jeonghan sudah mampu membuat jiwa raga Wonwoo terseksa. Kejiwaannya hampir tergoncang tetapi mujurlah kesedarannya lebih kuat.

Wonwoo sendiri lupa kenapa dia begitu tergoda dengan habuan Jeonghan. Padahal dia bukan suka menghabiskan wang untuk berhibur. Sarang gejala sosial belum pernah dia jejaki sebelum ini walaupun seringkali diajak. Minuman keras dan seumpamanya juga tidak diambil. Jadi kenapa dia perlukan wang?

Mungkin inilah dinamakan 'kuasa angel' yang sering disebut-sebut itu. Kuasa yang mampu memukau seseorang dengan satu kelipan mata. Suara bak buluh perindu yang meluluhkan jiwa dan akhir sekali figur dengan pakej yang lengkap. Memang sangat metafora dengan angel seperti dibalik kaca televisyen.

Selama bersama Jeonghan, Joshua dan S.coups juga menempelinya. Mereka bertiga sudah seperti isi dengan kuku ataupun pendayung dengan perahu, selalu bersama-sama di mana sahaja. Jadilah Wonwoo terasa terasing kerana di layan bukan sebagai seorang kawan tapi seorang hamba.

Tersisih dan terbuang. Itulah dirasainya selama bersama Jeonghan. Maklumlah di abad ke-21 yang sudah moden mana ada lagi konsep hamba. Malahan konsep tersebut sudah hilang beberapa abad lampau.

Tetapi semua rancangan tuhan adalah sebaiknya buat kita. Dibuang disisih, dia akhirnya mendapat seorang peneman baru. Tanpa disangka rakan baik dari susuk bermuka malaikat ini sebenarnya tidak sama dengan Jeonghan. Dirinya lebih ramah dan mesra dengan Wonwoo.

Joshua telah berjaya membuat Wonwoo selesa bersamanya. Dan kerana 'hasutan' Joshua lah Wonwoo segera berhenti dari menjadi slave Jeonghan.

Jadi kenapa mereka tidak berkawan sahaja?

************************

Mingyu ya Mingyu. Kim Mingyu sebenarnya tidak asing dalam hidup Jeonghan. Lelaki itu bak masa lalu yang selalu muncul saat mahu melupakan. Seperti kisah hidup yang tidak boleh dihapuskan, Mingyu sentiasa ada disana.

Walaupun hubungan mereka boleh dikatakan sangat buruk, tetapi takdir berkata sebaliknya. Entah kenapa walaupun mereka sudah tidak berkawan tetapi mereka sering terserempak.

Sekuat itukah takdir hidup mereka berdua? Sekuat itukah tuhan mahu mereka kembali bersatu?

Dulu, sebelum ibu bapa Jeonghan mula menyibukkan diri dengan pekerjaan, Mingyu dan Jeonghan saling mengenal. Bahkan hubungan mereka melebih kata kawan walaupun mereka berdua sangat kontra antara satu sama lain ---opss!

Mereka berdua sebenarnya tinggal bersebelahan. Kim Mingyu juga lahir dalam keluarga berada tetapi dia tidak suka menunjuk-nunjuk. Dia lebih suka bergaul seperti orang lain dan berada di level yang sama tanpa mengira kaya ataupun miskin.

Begitu juga Jeonghan sebenarnya. Namja yang muda dua tahun daripada nya itulah yang mengajarnya tatacara hidup dengan penuh kesopanan dan kesederhanaan sehinggakan dia lahir sebagai susuk murni penuh perwatakan.

Mingyu sendiri tidak faham kenapa Jeonghan berubah 360° menjadi seseorang yang sangat asing. Padahal seingatnya sehari sebelum Mingyu melangkah ke sekolah yang sama dengan Jeonghan, hyung nya itu masih sama, baik dan peramah.

Tapi sebaik sahaja dia bergelar pelajar Pledis Highschool, semuanya berubah sekelip mata. Kadang-kadang Mingyu terasa seperti menginjak ke dunia baru yang asing. Penuh keanehan dan kekejaman.

Jeonghan tidak lagi seperti Yoon Jeonghan yang dia kenal. Baik di sekolah ataupun di rumah. Susuk yang dikagumi itu sudah menjadi orang asing dalam hidupnya. Penuh keangkuhan dan dendam.

Sejak dari itu lah mereka berdua bermusuhan. Permusuhan tanpa permulaan. Tiada siapa yang memulai. Tiba-tiba sahaja tercetus sehingga ke saat ini.

Kalau mahu jujur, Mingyu tidak membenci Jeonghan. Walaubagaimanapun dia masih Hyung yang disayangi. Yang menjadi peneman masa kecilnya. Dalam hati paling dalam Mingyu, sebenarnya dia kecewa dengan Jeonghan. Apa yang difikir hingga berubah sebegini?

Tidak tahukah dia Mingyu sangat merindui pergaduhan manja mereka diwaktu lalu? Senyuman dan gelak tawanya yang memenuhi setiap detik mereka bersama? Setiap ajaran untuk menjadi manusia berguna?

Dimana? Dimana semua itu pergi? Di mana setiap masa yang berlalu? Di mana hilangnya Yoon Jeonghan yang lalu? Di mana..

****************

I'll sleep now my dear

GotNoFeel_

[C]Nugu Aegi?Where stories live. Discover now