Stupid

485 57 7
                                    

Joshua terkinja-kinja di ruangan perpustakaan. Dia menutup mukanya dengan sebuah buku tebal sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Cepat-cepat dia berjalan ke arah meja yang berada paling hujung.

"Psstt!!  Jun wehh pekak dengar tak?!" Joshua berjongkong di bawah meja. Dia berbisik kepada Jun yang juga bersamanya. Mereka berdua saling bersembunyi dengan buku di tangan.

"Sedap kau panggil aku pekak? Hello telinga ikan josh duduk kat mana yerrrr?!" Jun yang tidak terima dipanggil pekak itu membalas dengan suara yang sedikit lantang. Dia berusaha menyorokkan badannya di bawah meja bersama Joshua. Takut-takut sang 'musuh' menjumpai mereka.

"Eh kau tak belajar sains ke?! Kitorang mengesan gelombang!! Bukan mengesan getaran!" Jun mencebik dibalik buku. Pusing mana-mana pun Joshua jauh lebih pintar daripada dirinya yang masih berada satu tingkat di bawah. Tapi itu tak bermakna dia akan mengalah!! "Pftt sama je lah"

"Ehh otak kau sama. Eja pun dah lain lah"

"Eh Cinta dengan Love pun eja lain tapi maksud sama" seketika Jun merasa dirinya bagaikan professor cinta. Professor tanpam dengan kaca mata hitam dan jubah putih. Ohh tergoda diriku.

"Tu lah banyak sangat kawan dengan Jeonghan! Otak pun dah senget sikit!! Belajar bahasa balik sana! Dasar!!"

"Ehh kau tu balik laut sana!! Sibuk je nak duduk atas darat!!"

"Ehh ada menyusah hidup kau ke??!!"

"Kalau ya?!!"

Pelajar lain hanya mampu memandang meja tempat persembunyian Jun dan Joshua itu dengan ermm datar? Beberapa minit lalu mereka berdua sibuk berbisik-bisik tidak ingin didengari sesiapa. Dan sekarang mereka pula yang paling bising sehingga membuatkan yang lain terganggu. Kalau macam ni tak payah nak menyorok bagai. Orang semua dah tahu.

"Woi nak menyorok pun agak-agak lah" tanpa sedar, Wonwoo telah memerhatikan mereka dari tadi. Dia menatap mereka berdua dengan wajah datar aka emo nya membuatkan Jun dan Joshua terkehel malu.

"Oii Wonu jom lah sertai markas meja kitorang ni!" Jun mengajak sambil mengenyitkan sebelah matanya. Dia tersenyum manis masih dengan buku ditangan.

"Nak buat apa? Berlindung daripada ancaman adudu?" Wonwoo menjeling dan mengalihkan kembali pandangan kepada bukunya. Memang sudah menjadi hobi sejak azali nya membaca. Jadi tidak hairanlah kalau dia membesar menjadi susuk introvert yang di temani pelbagai imaginasi.

"Isyhh adudu dah kalah dengan boboiboy!! Mehh berlindung dari serangan kejahatan Yoon Hannie!" Jun lagi-lagi berbisik dengan nada yang boleh dikatakan lantang. Bahkan pelajar lain mampu mendengar kata-kata Jun bulat-bulat.

"Tak ada kerja aku. Lagipun menyorok just for loser"

Joshua dan Jun facepalm mendengar kata-kata tajam Wonwoo itu. Bukannya terasa, hanyalah menyampah dengan perkataan Wonwoo yang tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Anyway korang sembunyi dari Jeonghan kan?" kedua Jun dan Joshua mengangguk sebagai balasan. Mereka memandang Wonwoo yang terduduk sopan di meja sebelah dengan buku tebal bergayakan penyiasatan.

"Dia dah sampai"

"AP---------"

Wonwoo tersenyum tipis. Geli dengan gelagat mereka berdua yang saling menjerit dan saling menutup mulut. Mereka kedua kelihatan berpelukan dan berusaha tidak bergerak mahupun melakukan pergerakan. Hanya duduk bersila dengan kaku bagaikan patung.

"Jeon Wonwoo" Wonwoo yang berpura-pura membaca mengadah memandang Jeonghan. Namja itu kelihatan marah dengan rambut yang sedikit kusut.

"Mana Dino?" walaupun berjarak jauh, Wonwoo dapat mendengar suara Jeonghan kerana suasana perpustakaan yang sunyi. Pelajar-pelajar yang lain beransur-ansur keluar kerana tidak mahu mengambil campur dengan urusan pembuli sekolah.

Glup!

Ada sedikit rasa menyesal tidak ikut bersembunyi bersama Jun dan Joshua. Kini dia terpaksa berhadapan dengan Jeonghan seorang diri.

"Mana lah aku tau" wonwoo cuba  kedengaran tenang walaupun sebenarnya dia merasa ingin segera menghilang dari situ. Jeonghan yang marah 1000 kali lebih menyeramkan dari biasa.

"CAKAP MANA DIA!!"

Belum cukup 24 jam tetapi Jeonghan sudah seburuk ini. Dino menghilang bukannya diculik!

"Eh mana lah aku tau. Bukan dia 'aegi' kau ke?"

Wonwoo tetap lah Wonwoo. Dia tidak akan bersikap menurut walaupun berhadapan dengan musuh sekejam Jeonghan.

Mendengarkan itu Jeonghan mengerang. Dia mengempal penumbuk menahan amarah. Sorot matanya kian memancarkan aura seram. Dia berkeringat dingin walaupun perpustakaan tersebut dilengkapi penghawa dingin.

"Kau jangan main-main dengan aku! Cakap kat mana Dino!! "

"Kan aku dah cakap aku tak tahu!"

"Kau jangan nak tipu aku!! Cakap mana Dino!!"

Wonwoo menutup bukunya dan berjalan ke arah Jeonghan. Dia berniat pergi dari situ sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kitorang tak ada masa nak culik 'bayi' kau. Lain kali jaga anak sendiri baik-baik. Jangan nak menyusahkan orang"  Wonwoo melanggar sedikit bahu Jeonghan dan berlalu pergi. Dia menghembus nafas lega dan cepat-cepat berjalan menjauh.

"TAK GUNA!!!  MANA AEGI AKU!!"

Seketika Jun dan Joshua yang masih berada di bawah meja merasa gempa bumi buatan Jeonghan. Keduanya saling mengeratkan pelukan sambil berdoa agar Jeonghan tidak menjumpai mereka.

***********************

Apabila kau tengok tarikh konsert Svt : 23/9/18

Me: (: hahahaha lawaknya
Ha ha ha

HAAAAAA ㅠㅠ

GotNoFeel_

[C]Nugu Aegi?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang