Stop it

525 61 16
                                    

Jeritan Vernon dibelakang sana tidak mampu membuatkan Jeonghan berhenti ataupun sekadar menoleh. Jeonghan bersama angkatanya ; S.coups, Joshua dan Jun,  berjalan tergesa-gesa mencari keberadaan mereka di sekitar sekolah. Berjalan lagaknya seperti askar sungguhan.

Jeonghan yang memakai hoodie hitam itu memasukkan kedua tangannya ke dalam saku hoodie dan berjalan menunduk. Yang lain pula pura-pura maco terutamanya Jun :') Dengan kepala mendongak sedikit ke atas. Sehingga mereka berempat kelihatan seperti bad boys sekolah.

Wait? Seperti? Huhu dah memang pun

Tapi nampaknya, geng sebelah itu memang pandai menyorok. Hampir satu sekolah telah di pusing, namun tidak nampak pun bayang-bayang mereka. Atau sebenarnya mereka sudah tahu Jeonghan mencari mereka?

"Mana diorang!!!!" Jeonghan memekik sekuat hati. Dia menghentak kakinya lantaran geram.

"Diorang nyorok bawah meja pustaka kot ㅋㅋㅋ" Joshua mencuit Jun yang berada di sebelahnya. Mereka berdua tertawa pelan mengingati memori dulu.

"Ni bukan masa nak buat lawak. Kalau tak nak tolong sila berambus" Jeonghan berucap sinis tanpa memandang mereka berdua. Dia meneruskan langkahnya tanpa hala tujuan.

Jun dan Joshua sebenarnya mahu berbuat begitu. Meninggalkan pergaduhan tidak bermoral ini dan bergaul mesra dengan semua orang. Hanyalah mereka masih menghargai dan menjaga hati Jeonghan sebagai seorang rakan.

"Yo buat apa tu~" Jun dan Joshua tersentak mendengar suara yang amat tidak asing itu. Mereka berpaling ke belakang dan menjumpai wajah tampan Mingyu yang sedang tersenyum manis kepada mereka.

'Heol'

"Lama ta---"  Secepat yang mungkin mereka menekup mulut Mingyu daripada bersuara. Mingyu yang diperlakukan begitu meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"You came at the wrong time bro" Joshua dan Jun berusaha sedaya-upaya untuk menyorokkan Mingyu di belakang mereka supaya tidak dilihat Jeonghan. Tapi sialnya, namja tampan itu terlalu tinggi sehingga sesiapa sahaja dapat melihatnya!

"Well well well Kim Mingyu" Yang dipanggil berpaling ke arah Jeonghan. Seketika Mingyu merasakan aura seram sejuk menyelubungi dirinya. Anak mata Jeonghan yang memancarkan kebencian seolah-olah menenggelamkan dirinya ke dasar neraka.

"Apa? Jangan tanya aku pasal Dino sebab aku tak tau apa-apa" awal-awal lagi Mingyu sudah melarang. Apa lagi Jeonghan nak daripada dirinya jikalau bukan mengenai Dino kan?

"Pftt jangan nak tipu!!  Siapa yang cakap aku ni pembuli kat dia!!" Jeonghan mengempal tangannya. Bersiap sedia ingin melayangkan tinju di muka tanpa cela milik Mingyu. Namja itu pula hanya tersenyum sinis sudah berjalan mendahuli Jun dan Joshua.

"Eh Jeonghan.. Pernah ke aku tipu kau? Kau ingat tak aku sapa??! Aku ni kawan kau!! Tapi kenapa kau ignore aku!! Layan aku macam musuh!!"

S.coups, Jun dan Joshua hanya mampu berdiam diri sambil memerhati dari jarak dekat. Mereka berdua sungguhnya tidak tahu apa-apa mengenai masalah Mingyu dan Jeonghan.

"JANGAN UNGKIT SEMUA TU!!" Jeonghan menutup matanya. Dia cuba menenangkan dirinya yang telah terbawa api kemarahan. Sungguh dia benci Mingyu. Benci masa lampau mereka yang semanis madu.

Kenapa dalam ramai-ramai orang di dunia ini Mingyu perlu menjadi salah seorang dari kisah hidupnya? Mengapa dia perlu bersekolah bersamanya!

Sungguh Jeonghan benci mengingatkan masa lalunya bersama Mingyu. Dia ingat masa bersama Mingyu yang tinggal disebelahnya. Dia ingat betapa rapatnya mereka berdua.

Begitu juga dengan Mingyu. Masih segar dalam ingatannya beberapa tahun dahulu, mereka berkawan baik. Sentiasa menemani antara satu sama lain. Seingat Mingyu, Jeonghan merupakan seorang hyung yang amat penyayang walaupun suka bergurau secara berlebihan. Dia selalu tersenyum dan banyak kerenahnya.

Tapi itu sebelum ibu bapanya mula sibuk dengan pekerjaan. Mingyu masih ingat, beberapa minggu selepas ibu bapa Jeonghan kurang pulang, namja itu bagaikan melupakan segalanya dan berubah 360°. Dia menjadi lebih suka menyendiri di dalam rumah bagaikan istananya itu. Mereka berdua pun menjadi kurang berjumpa.

Mingyu tahu Jeonghan berubah kerana kesunyian. Hanyalah dia tidak faham kenapa dia perlu melupakan orang lain yang dekat dengan dirinya selain ibu bapanya? Contohnya Mingyu sendiri.

Kalau Mingyu berani sudah lama dia mengungkapkan isi hatinya yang sudah lama terpendam. Dia rindu Jeonghan yang dulu. Susuk yang diibaratkan malaikat dengan senyuman paling manis di dunia. Dia rindu bergurau senda ataupun sekadar berborak dengan namja itu walaupun mereka berdua sangat bertentangan antara satu sama lain.

Sudah lah beberapa tahun ini mereka asyik bertengkar kerana alasan yang tidak munasabah. Cukuplah Mingyu melihat orang lain terseksa kerana Jeonghan. Cukuplah penderitaan yang dirasai Jeonghan sendiri.

Cukup! Mingyu sudah bertekad untuk mengakhiri semua ini! Cukuplah semua masa yang terbuang dengan bergaduh dan saling membenci! Masanya untuk mereka bersatu dan hidup bahagia!

"Hyung.. Mianhae..Aku nak minta maaf kalau aku buat salah. Stop buat aku macam orang asing!!" Jeonghan tersentak dengan perkataan Mingyu. Namja itu berjalan mendekat dan memegang kedua belah tangannya erat. Kedua bebola mata Mingyu tidak lari dari memandang iris matanya.

"Hyung stop jadi macam ni. Jom lah kita berdamai. Berhenti buli semua orang dan kitorang akan tolong hyung berubah. Semua tak mustahil hyung! Kitorang tak pernah benci hyung. Kitorang nak hyung sedar dengan apa hyung buat. Kitorang nak berkawan dengan hyung! Hyung! Jebal!!"

"Ming-mingyu.... "

**********************

Stop crying. Your tears cant change anything. Worthless than your effort.

GotNoFeel_

[C]Nugu Aegi?Where stories live. Discover now