Dino menidurkan dirinya diatas bangku penonton yang tersusun di sekeliling gelanggang. Dia terbaring di tingkat yang ke enam. Tempat paling tengah yang teduh tanpa cahaya matahari.
Mungkin masih terlalu awal untuk bermain basketball pada masa ini. Terbukti apabila hanya dia seorang yang berada disitu. Suasana sekolah juga sudah sepi. Mujurlah gelanggang basketball ini tidak beraura seram. Kalau ya, sudah lama Dino berlari pulang dan tidur memeluk bantal empuknya.
Tap tap tap
Bunyi lantunan bola bergema di gelanggang yang sepi. Dino perlahan-lahan membuka matanya. Sedikit terganggu dengan bunyi yang terlalu tiba-tiba.
Tanpa menoleh pun Dino sudah tahu itu bola keranjang. Bola sfera dengan warna jingga. Cukup sesuai dan seronok untuk di pumping . Masalahnya sekarang siapa yang bermainnya? Tiada bunyi tapak kaki. Hanya lantunan yang tiada henti.
Tap!!
Bola masuk kedalam rim. Mata Dino tidak buta untuk tidak melihat itu. Satu lontaran yang cukup cantik tepat memasuki rim.
Dengan jantung yang berdebar-debar tidak keruan, Dino menguatkan diri sekadar untuk mengintip. Dia bergerak perlahan. Takut-takut 'makhluk' itu sedar akan kehadirannya.
Bukannya bernafas lega. Dino seakan kehabisan nafas. Bukan makhluk hodoh tanpa muka tapi sosok indah dengan gerakan lincah tanpa bunyi sedang bermain ditengah gelanggang.
Seolah-olah video dengan effect slow motion. Pergerakan namja itu membuatkan Dino terpegun. Tanpa sedar dia sudah terduduk sopan diatas bangku dengan anak mata yang tidak lari dari memandangnya.
Topi hitam itu menghalang Dino dari melihat mukanya. Tetapi jauh didalam hati Dino, ada satu nama yang tiba-tiba muncul.
"Jeonghan hyung?" Suara Dino hanya perlahan tapi berjaya memberhentikan gerakan namja tersebut. Dino berdiri menunggu namja tersebut untuk berpaling.
"Nug--- YAH!! DINO YA!!!" ya Dino betul. Sangat betul. Jeonghan melambai-lambai kearahnya dengan senyuman lebar. Tanpa berfikir panjang, Dino segera turun untuk berhadapan dengan Jeonghan.
"Hyung pun main basketball?" Dino cuba untuk tidak kedengaran cangguh. Mereka hanya mengenal satu sama lain dengan hubungan yang boleh dikatakan terlalu baru.
"Nae~ Dino pun kan? Baguslah boleh join team hyung"
"Bo-"
"NO!!! DINO KUMPULAN AKU!!!" Suara Dk yang memang tinggi ke puncak langit kedengaran. Dari kejauhan kelihatan Dk berlari menuju mereka berdua.
"Telinga jenama apa kau ni.. Duk jauh pun dengar cihh!" Jeonghan menyilang tangannya. Dia menjeling Dk yang berusaha mengaturkan nafas beratnya.
"Ni jenama apple kena gigit lah! Kau tau apa pfttttt!!!"
"YAH!! TERSEMBUR LAH EW!! DASAR AIR LIUR KUDA MATI!!" Dk tersenyum menang. Dia merangkul tubuh Dino mendekat sementara Jeonghan sedang cuba menghapus air liur Dk.
"EGHH!! JUN!!!" Jeonghan memekik memanggil slave tampan bak putera raja nya. Secepat kilat, sekelip mata. Tiba-tiba sahaja Jun muncul dan mengelap muka Jeonghan yang sudah dicemari. Ingatkan Jeonghan supaya membuat rawatan muka sebelum jerawat memenuhi mukanya.
Dk pula ternganga. Sehebat itukah kuasa baby slave nya? Sekali diseru secepat kilat muncul? Seingat Dk, Jun tidak kelihatan di gelanggang ini.
"Kalau naik jerawat ni aku potong kelenjar air liur kau!" Jun memberi amaran. Dia menunding Dk tepat di mata.
"Kau siapa nak ugut kawan aku?" tiba-tiba sahaja Wonwoo muncul diiringi Mingyu serta The8. Kedua tangannya dimasukkan kedalam saku seluar. Berjalan santai kearah mereka semua.
Bukannya getar, Jeonghan kembali tersenyum manis. Dia meletakkan tangannya diatas bahu Jun. Cuba mencari posisi santai sementara pelajar low class ini mencari gaduh dengannya.
"Ohh bawak gang pulak" Kata Jeonghan santai walaupun sudah dikelilingi mereka semua. Sebenarnya tiada sebab pun untuk Jeonghan berasa takut.
Budak-budak low class ini tak akan berani pun mencederakannya jikalau tidak takut ibu bapa mereka dibuang kerja. Lagipun hanya The8 yang tahu seni bela diri dan yang lain pfttt-- nak selamatkan diri dari Jeonghan si pembuli pun tak boleh.
Dan lagipun Jeonghan mempunyai baby slave tersayang. Bukan hanya rupanya bak pangeran dari negara China, malahan dirinya tahu seni bela diri juga. Apa lagi yang Jeonghan mahu? Handsome ada, manly ada, Body goals ada, seni bela diri pun ada. Bukankah dia perfect di mata mu?
Tapi Jeonghan tetap Jeonghan. Tak kira lah yang dimilikinya sebuah permata. Sanggup dibuanh hanya untuk nafsu pemusnah hidup.
"Ehem Gaduh tak ajak" tidak diseru pun ex Jeonghan muncul dengan beberapa orang dibelakangnya. Tahu-tahu sahaja S.coups, Joshua, Vernon dan Seungkwan sudah berdiri di belakang mereka.
"Hai kitorang masih ada dua orang geng okey"
"Siapa wahai tiang elektrik" Minggu yang disamakan dengan tiang elektrik mendengus. Dia melipat tangannya ke dada dan menatap S.coups tepat di matanya.
S.coups bukan lah Choi Seungcheol jikalau dia getar hanya dengan iris Mingyu yang menunjukkan kemarahan. Dia malahan sengaja berjalan maju dan melanggar Mingyu. Berpura-pura tidak menyangka Mingyu adalah seorang manusia.
Gelak tawa Jeonghan pecah hanya kerana pembulian kecil ini. Dia menepuk-nepuk bahu Jun dan menyembunyikan mukanya.
"Pertarungan baru nak bermula" mereka semua memandang ke pintu masuk. Suara milik Hoshi itu disusuli gelak tawa Woozi. Mereka smirk dengan riak wajah yang sukar dibaca.
"Hyung jangan lah gaduh" hati murni sanh maknae sebenarnya ingin mereka semua berkawan bukannya bergaduh hanya kerana masalah sekecil zarah ini. So childish
"Nak gaduh sangat kan? Jom HAHAHAHAHA"
********************
Ok fighting school
GotNoFeel_
ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Nugu Aegi?
FanfictionJeonghan bermuka angel dengan sifat syaiton .-. sentiasa mencari-cari mangsa baru untuk 'baby slave' nya. Status baby disini bukan untuk dimanjakan ok? Ianya merujuk kepada babyface! Kejap-kejap dia tak kejam lagi lah!!. Dia bayar tau!! "baby~...
![[C]Nugu Aegi?](https://img.wattpad.com/cover/117182624-64-k949176.jpg)