"Hyung buat apa tu~"
"Bernafas untuk hidup :')"
Dino rasanya ingin mencekik Dk yang tersenyum tanpa dosa itu. Mentang-mentang lah senyumannya seindah sang suria, asyik nak tersenyum kerjanya.
"Betul-betul lah hyung"
"eh ingat hyung buat lawak ke? Tak ada orang gelak pun"
Dino yang kemarahannya dihujung tanduk ikut berbaring bersebelahan Dk. Mereka berdua sekarang berada di padang sekolah. Berehat menikmati alam di bawah pokok yang teduh.
"Hyung kenapa benci Jeonghan?"
"Siapa benci? Hyung tak suka je :')"
Sumpah. Dk lah makhluk paling annoying Dino pernah jumpa. Yang ditanya begitu yang dijawab begini. Tidak masuk akal langsung.
"Apa bezanya -,-"
"TAK ADA BEZA HAHAHAHAHAHA"
Entah apa yang lawak. Yang pasti Dk sudah tergolek-golek sambil memegang perutnya. Ketawa terbahak-bahak, tidak kisah dengan pakaian sekolahnya yang dicemari daun-daun kering.
"Seriously ?" Dino membuat muka seposen didepan Dk. Matanya berkelip-kelip seperti mata Puss in boot. Bibirnya dimuncungkan kedepan. Berharap aegyo nya mampu meluluhkan hati Dk.
"Budak-budak tak perlu tau masalah orang tua :') nah 50 sen beli gula-gula sana" Dk menarik tangan Dino dan meletakkan duit syiling itu di atas tapak tangannya. Dia tersenyum seram sambil menaik turunkan keningnya.
"Ishh!! Aku tak makan lah!!" Duit tadi sekelip mata melayang jauh. Dino mencebik merajuk dengan hyung nya seorang ini. Dia menyilang kedua belah tangannya ke dada sambil menghindari anak mata Dk.
"Ishh hyung suruh beli untuk hyung la budak ni" Satu ketukan hinggap di atas kepala Dino. Namja kecil itu meringis kecil dan menggosok kepalanya.
"Kan dah membazir 50sen hyung!! Huwaaa nak cakap kat eomma!! Huwaaa Dino jahat!!"
"HAH??! DINO PULAK!!"
Hey-hey siapa yang lebih tua kat sini dan siapa yang menangis seperti anak kecil? Bukan kah mereka berdua sangat comel? Seorang seperi kanak-kanak dan seorang perasan dewasa. Oh hidup ini memang tunggang terbalik.
"Eleh 50 sen je kot  ̄︿ ̄ bukan banyak pun"
"Haa kan boleh mintak banyak-banyak kat Jeonghan kan?" Tau-tau sahaja The8 sudah berada disebelah Dino. Dia tersenyum sambil menghulurkan sepaket ice-cream berperisa coklat.
"Ice-cream you scream give me that give me that ice-cream " tanpa menunggu Dino, Dk cepat-cepat menyambar ice-cream di tangan The8 seperti seekor burung helang. Tiba-tiba sahaja menghilang dari rada.
"Auwm nyam nyam nyam syedap syungguh ais syekerim nim"
The8 dan Dino menggeleng-geleng dengan perangai Dk yang melebihi budak kecil. Lihatlah mukanya sudah comot dipenuhi sisa-sisa ice-cream. Betapa rakusnya dia makan. Aigoo kyeopta~
Memang comel di mata seorang yeoja tapi sangat buruk di mata para namja. The8 dan Dino sudah bersiap sedia ingin menendang punggung Dk jikalau dia tidak berhenti menggoyangkan badannya menginginkan aiskrim lagi.
Tetapi mujurlah satu bayangan hitam muncul dan mengalihkan perhatian mereka. Bayangan yang membentuk seorang manusia tadi kini sudah berubah menjadi dua. Sama-sama besar walaupun satunya terlibat ter-over size.
"Moshi moshi hoshi is here~" terlihat sudah senyuman lelaki bermata sepet. Kadang-kadang mata sepetnya membuatkan diri Hoshi seperti kehilangan bebola mata. Seperti hanya ada kelopak mata segaris. Tapi itu lah kelebihannya sehingga kadang-kadang digelar tiger's eyes atau mata harimau.
Sangat tajam dan sungguh menyeramkan.
"Yo Woozi hyung~~"
"Diam"
Namja disebelah Hoshi tidak kalah seramnya juga. Walaupun berfigura kecil dan sering disebut mungil, dia berkeperibadian dingin. Sedingin ais di kutub utara. Namun ketahuilah hatinya sebenarnya sehangat cinta ku kepada mu.
"Lepak makam aiskrim tak ajak!" Hoshi memekik dan mengambil aiskrim yang berada ditangan Dk. Dia segera melahapnya sambil cuba menepis tangan Dk yang cuba merampasnya kembali.
"G-guys aku ada banyak lagi" kata-kata The8 tenggelam timbul sahaja berlawan dengan jeritan mereka berdua. The8 tersenyum tanpa perasaan sambil memegang satu beg plastik yang berisi aiskrim.
"Hyung nak?" sebagai seorang maknae yang perasan baik, Dini menawarkan aiskrim kepada Woozi yang sudah duduk bersila bersebelahan The8. Woozi hanya menggeleng tanpa sedikitpun memandang Dino.
"TAK NAK?? BAGUS!! BAGI KAT AKU" kedua Hoshi dan Dk menjerit sekaligus dan menerkam Dino sehingga namja kecil itu terjatuh kebelakangan ditindih ke tanah.
"Guys" The8 mengeluh kecil memandang kejadian rebut-merebut di depannya. Dia menghembus nafas sebelum bersuara lagi. "Guys"
"BAGI AKU!!"
"TAK BOLEH DASARB HAMSETURRR"
"HYUNG JEBAL!! HUWAA!!"
"GUYS!!!" tiba-tiba suasana padang iti menjadi sunyi dengan The8 berdiri bercekak pinggang. Dia menatap tajam kepada Dk dan Hoshi yang sudah tersengih tanpa dosa.
"ADA TELINGA LAIN KALI GUNA" dia melemparkan beg plastik itu tepat di muka Hoshi. Hoshi pula hanya meringis kecil dan kemudiannya kembali berebut aiskerim bersama Dk.
"Apa dosa aku :'(" Dino merangkak mendekati Woozi dan memasang wajah sedih. Dia mengesar badannya ke badam Woozi seperti seekor kucing kecil.
Lihatlah kenapa julukan aegi sangat sesuai dengan dirinya
≧﹏≦"Hyung nak tanya sikit.. Kenapa kau jadi baby slave Jeonghan? "
"Hah?"
*******************
What's the tiger? Gapo namo rima? Muehehehe happy fasting
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Nugu Aegi?
FanficJeonghan bermuka angel dengan sifat syaiton .-. sentiasa mencari-cari mangsa baru untuk 'baby slave' nya. Status baby disini bukan untuk dimanjakan ok? Ianya merujuk kepada babyface! Kejap-kejap dia tak kejam lagi lah!!. Dia bayar tau!! "baby~...