Kedua kelopak mata Dino perlahan-lahan terbuka. Walaupun masih dalam keadaan blank, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh. Sepertinya ada sesuatu perkara yang tidak betul.
"Aku kat mana ni?" empat patah pertanyaan itu keluar dari mulut Dino. Dia berkelip-kelip memandang ruangan yang kelihatan sangat mewah dan luas. Ruangan tersebut tidaklah dipenuhi perabut, namun Dino tidak buta dengan gaya bilik yang begitu elite.
Dino memandang ke kiri dan ke kanan, mencari kalau-kalau ada sesiapa bersamanya di dalam bilik tersebut. Namun tiada sesiapapun yang kelihatan. Anak mata Dino akhirnya jatuh ke beranda didepannya.
Katil yang didudukinya memang diletakkan menghadap beranda. Pintu beranda yang terbuka menyebabkan langsir putih suci tersebut berterbangan ditiup angin.
"Dino ya~" pintu bilik yang berada di sisi katil tiba-tiba terbuka. Jeonghan dengan senyuman bak malaikat muncul dibalik pintu. Dino berpaling sekilas dan kembali memandang ke hadapan. Tiada apa yang perlu dijawabnya.
"Kau tertidur semalam so aku bawak balik rumah aku" Jeonghan berjalan mendekat. Dia duduk dihujung katil Dino dan memandang susuk kecil itu. Ada setitis kebahagiaan melihatnya dari dekat.
"Hyung kenapa rumah hyung sunyi?" Jeonghan mengikut arah pandangan Dino. Beranda diluar sana menghadap dengan kolam renang berukuran besar. Terlihat jelas airnya yang jernih.
"Rumah hyung memang tak ada orang.. Kalau Dino nak duduk dengan hyung boleh lah hehehe" Jeonghan terkehel pelan. Dia mengusap rambut hitam milik Dino dengan lembut. Rasanya Jeonghan betul-betul sudah jatuh hati dengan susuk kecil ini.
Jeonghan sendiri tidak tahu dimana istimewanya namja ini. Di mukanya kah? Di senyumannya kah? Di balik personalitinya kah?
Ahh!!! Semua yang ada pada Dino membuatkan Jeonghan gila! Tiada alasan lain lagi untuk dia menyanyanginya!! Dia ikhlas okey??!
Jeonghan mahu memiliki Dino untuk dirinya sendiri! Dia tidak mahu berbahagi Dino dengan makhluk-makhluk yang tidak berguna dalam hidupnya! Dino miliknya! Noktah!
"Hyung Dino nak balik" seingat Dino dia tidak mengkhabarkan lagi kepada kedua ibubapanya. Mungkin mereka berdua sedang mencari-cari dirinya yang tidak pulang sejak semalam.
NO!!! NO!! . Dino dapat membayangkan muka marah eomma tercintanya. Dengan memegang sebelah sudip ditangan dan bercekak pinggang berpakaian apron. Menatap tajan Dino dengan aura mengerutkan.
Tamat lah riwayat Dino.
"Ehh breakfast lah sini dulu.. Lepas ni hyung hantar arraseo?" tanpa sedar Dino mengangguk menerima. Wajah berseri Jeonghan terlalu ceria untuk dihamparkan.
"YES!! NOW~ JOM HYUNG MANDI KAN~ KAJJA!!" Jeonghan menarik Dino sekuat tenaga sehingga insan tidak berdosa itu terhuyung ke bilik mandi yang tidak jauh. Dia memekik histeria apabila Jeonghan ingin membuka bajunya. Bersiap sedia mahu memandikannya bagai seorang ibu.
"HYUNG!! NO! TAK NAK HUWAA!!"
"Jangan lah malu-malu baby~ meh hyung mandikan ulululu tomey-tomey dia ni"
Dino berusaha sekuat hati menolak Jeonghan menjauh. Dia mendorong Jeonghan sehingga namja semi-waras itu keluar dari bilik mandi. Cepat-cepat Dino mengunci pintu dari dalam sebelum Jeonghan bertindak lagi.
"Hehehehehe kyeopta~" Jeonghan yang tersungkur di lantai tertawa pelan. Dia tersenyum memandang pintu bilik mandi tersebut. Membayangkan betapa indahnya hidupnya denga kehadiran susuk tercinta tersebut.
Nampaknya ego Jeonghan perlahan-lahan hilang hanya dengan kehadiran senyuman dalam hidupnya. :')
********************
"Mempersembahkan bibimbap~ waaaa yeahhh!!" Jeonghan bertepuk tangan dan bersorak sendiri setelah menyiapkan sarapan bagi Dino. Dia meletakkan hidangan tersebut di atas meja makan bersama segelas susu segar.
"Dino mesti bangga hohoho" Jeonghan membayangkan bagaimana reaksi Dino setelah memakan masakannya. Bagaimana wajah indah itu memaparkan senyuman. Bagaimana bibir itu melontarkan pujian!
Waa!! Jeonghan terasa seperti di awang-awangan hanya dengan memikirkannya!
"Hyung~~ baju hyung bagi besarlah" Dino kelihatan begitu comel dengan hoodie besar Jeonghan sehingga namja itu memekik girang didalam hati. Dia menghampiri Dino dan mencubit pipi semi-tebal Dino.
"Nahh makan hyung masak sendiri tau~" Cepat-cepat Jeonghan menarik Dino supaya duduk di meja makan. Dia melepaskan apron birunya dan mengambil tempat berhadapan Dino.
Dino tanpa rasa curiga mula menyantap sarapan paginya. Dikunyah perlahan-lahan dengan penuh keterujaan.
"Sedap?"
"Uhuk--sedap hyung!"
"Ahhh nanti hyung buat lagi tau"
Dino tersenyum kekok sambil berusaha menelan bibimbap masakan Jeonghan. Dia sekuat hati cuba menghabiskannya.
Lupa kah Jeonghan bahawa dia tidak pernah memasak seunur hidup mewah nya? Lupa kah dia sebelum ini dia tidak memasuki dapur? Lupa kah dia hanya perlu memetik jari jika mahu makan sesuatu?
Nampaknya Jeonghan sudah terlalu angau dengan senyuman malaikat kecil itu!!
Ya Tuhan!! Selamatkan lah Dino!!
Dan perut kecilnya.
***********************
Next week start kerja kursus sejarah.
Patutkah aku author mu ini hiatus? Patutkah ㅠㅠ
GotNoFeel_

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Nugu Aegi?
FanfictionJeonghan bermuka angel dengan sifat syaiton .-. sentiasa mencari-cari mangsa baru untuk 'baby slave' nya. Status baby disini bukan untuk dimanjakan ok? Ianya merujuk kepada babyface! Kejap-kejap dia tak kejam lagi lah!!. Dia bayar tau!! "baby~...