Heboh sudah Pledis Highschool kerana Jeonghan. Berita hangat yang tersebar sejak semalam kini kian membara. Desas-desus para pelajar tiba-tiba menjadi nyata.
Setelah hampir 3 bulan berlalu, akhirnya Jun dibebaskan dari penjara tanpa palang besi ciptaan Jeonghan. Jawatan kosong yang ditinggalkan Jun sudah disandang pemilik baru.
Siapa lagi kalau bukan Lee Chan alias Dino?
Memang terang lagi bersuluh Jeonghan akan menundukkan mangsa terbarunya itu. Kebolehan dibalik wayangnya itu memang tidak boleh dinafikan lagi. Buktinya sekarang Dino sudah menjadi 'baby slave' nya.
Tapi bukan itu sebenarnya berita yang menggegarkan seluruh sekolah. Jeonghan dan baby slave sudah menjadi isu lapuk. Semuanya sudah menjadi kebiasaan bagi para pelajar Pledis Highschool.
Jeonghan dan aegi? Heol. Sejak bila namja penuh kekejaman dengan sorot mata tajam berubah menjadi lembut? Sejak bila aura kejahatannya berubah menjadi nyaman? Sejak bila senyuman penuh maknanya bertukar menjadi riang?
Adakah julukan Cheonsa yang disandang Jeonghan menjadi nyata? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi Jeonghan sudah berubah 360° sehingga membuatkan sesiapa yang melihat perubahan sifatnya mendadak pengsan.
Lihatlah betapa lemah-lembutnya dia menarik tangan Dino ke hulu ke hilir dengan senyuman mekar penuh kebahagiaan. Gelak tawanya membuatkan seluruh isi kantin terdiam. Betapa indahnya alunan gelak tawanya hingga beberapa daripada mereka turut mencair.
"Dino aaaa~" Jeonghan menunggu Dino untuk membuka mulut sambil tangannya setia memegang sebungkus coklat. Senyuman pulabtidak lekang dari bibirnya.
"Hyung wae?!! Dino tak nak!! " Dino mendengus kesal. Hari ini sahaja sudah terhitung banyaknya coklat yang diberi Jeonghan. Walaupun Dino sangat menggemari makanan manis, dia tidaklah begitu fanatik sehingga makan 10 kali sehari. Heol. Dino tidak mahu mati muda diserang penyakit diabetes!
"Alaaa sikit je ni~ Dino ya~ buka mulut~~" bagi pelajar lain mungkin Jeonghan terlihat begitu baik sebaik malaikat. Tapi bagi dirinya Jeonghan lebih ngeri daripada malaikat pencabut nyawa. Mungkinkah Dino bermimpi ngeri dan mimpi indah sekaligus? Adakah itu tidak mustahil untuk dirasai?
"Huwaa Hyung!! Tengok Jeonghan hyung ni!! " Dino segera mengoncang tubuh S.coups yang duduk disebelahnya. Namja itu membuat muka kaku, berpura-pura tidak nampak. Mencampuri urusan Jeonghan baginya sama sahaja menempah tiket untuk mati.
"Ok bhaii" Sebelum dia betul-betul menerima bala, lebih baik dia pergi dari situ meninggalkan Jeonghan, Dino dan Joshua. Sepantas yang boleh dia mengemas bukunya diatas meja kantin dan berlalu dari situ.
"WEHH TUNGGU AKU TAK GUNA!! JANGAN TINGGALKAN AKU DENGAN MAKHLUK PELIK NI!! " sekelip mata sahaja Joshua sudah menghilang mengejar S.coups yang sudah jauh. Dino dibuatnya berkelip-kelip tanpa perasaan.
"So Dino tak ada sesiapa nak tolong~ hehehehe" kan betul cakap Dino. Jeonghan lebih seram daripada segala-galanya. Dino merasa dirinya bagai dikunci bersama Jeonghan yang siap menyeksanya bila-bila masa.
"Hehehe aegi ya~" Jeonghan semakin merapatkan diri dengan Dino. Dia melingkarkan tangannya ke bahu Dino sehingga namja kecil itu terhimpit dengannya.
Glup!
Dino hanya mampu menelan air liur dengan kasar. Matanya bergerak ke seluruh bahagian kantin. Dia bersiap sedia ingin lari ataupun mencari bantuan. Tidak kisah lah siapa asalkan dia terselamat dari pemangsa kejam ini.
"EHH MINGYU HYUNG!!! " suara nyaring Dino berjaya membuatkan Mingyu yang berjalan masuk ke kantin berpaling. Dia cepat-cepat berlari menjauhi Jeonghan dan menyorok di belakang Mingyu.
'Cih budak ni lagi' dengan angkuhnya Jeonghan berjalan bersilang tangan ke dada menuju arah Mingyu. Dia menatap Mingyu dingin seperti ingin menghapuskan pemuda tinggi itu.
"Tepi" suara Jeonghan penuh penekanan membuat Mingyu ketakutan. Dia cuba meraih Dino tetapi gagal kerana Mingyu menepis tangannya.
Memang Mingyu takut tapi dia tidak akan sesekali menunjukkan nya kepada sesiapa. Terutama sekali kepada musuh didepannya sekarang. Dia tidak bodoh.
"Kenapa? Dia tak nak dengan kau" Namja lebih tinggi itu menatap Jeonghan tepat dia matanya. Jelas sekali dia tidak ingin kalah dengan jelingan diberi Jeonghan.
"Itu masalah aku dengan dia bukan kau"
"Masalah bodoh macam kau?"
"KAU JANGAN MASUK CAMPUR DENGAN HIDUP AKU!!" Jeonghan menunding Mingyu tepat di mata dan berlalu pergi. Hatinya membara-bara dengan perkataan Mingyu. Dia sangat benci orang asing mengacau hidupnya.
Ya Jeonghan diibaratkan sebagai malaikat. Hanya diibaratkan sahaja. Bukannya betul-betul malaikat. Buktinya dia mempunyai kesabaran yang terhad.
Walaupun kesabaran sebenarnya tiada batas.
"Berambus lah.." Mingyu dan Jeonghan saling menjeling dan meninggalkan kantin tersebut membuatkan Dino yang tadi menyorok terdiam.
Dia menatap pemergian Jeonghan dan Mingyu silih berganti. Apa sebenarnya masalah mereka? Padahal mereka semua baik orangnya.
Jadi kenapa ada permusuhan antara mereka yang saling mengenal? Dino tidak mahu permusuhan ini berterusan. Dino mahu persahabatan yang terjalin.
Niatnya ingin bergurau tetapi kenapa menegangkan situasi?
Seburuk itukah masalah mereka?
Setinggi itukah ego mereka?
"Kenapa hidup aku complicated sangat?
Ini baru permulaan Dino :')
*****************
Hello dreamland
GotNoFeel_

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Nugu Aegi?
FanfictionJeonghan bermuka angel dengan sifat syaiton .-. sentiasa mencari-cari mangsa baru untuk 'baby slave' nya. Status baby disini bukan untuk dimanjakan ok? Ianya merujuk kepada babyface! Kejap-kejap dia tak kejam lagi lah!!. Dia bayar tau!! "baby~...