#takdirbuatku version 1-1

22.7K 282 5
                                    

Fatin Izayra masuk ke dalam pejabat daddynya,Dato Farid.Saja ingin melawat daddynya itu.Dia kan jarang sekali pulang ke rumah keluarganya.Jadi,dia mahu mengambil hati Dato Farid.

"Daddy.." ujarnya ceria sebaik sahaja membuka pintu bilik Dato Farid.

"Fatin Izayra!"

Nama panjangnya diseru Dato Farid.Awal-awal lagi sudah kena.Keluhan dilepaskan.

"Daddy ni kenapa?" kata Fatin Izayra seakan merungut.

"Kamu tu hah.."

"Kenapa dengan Ayra?" soalnya pelik.

"Baju kamu tu nak datang ofis ke nak tayang body ?" sempat Dato Farid memerli anak daranya itu.

"What daddy?Kira okay lah ni.Daddy nak Ayra pakai macam mana lagi?Pakai baju kurung?Please lah,Ayra tak pakai baju macam tu.."

Fatin Izayra memerhati dress yang dipakainya itu.Lawa sahaja dia lihat.Agaknya daddynya itu rabun kot.Dia ketawa jahat di dalam hati.

"Ya Allah,Ayra!Daddy tak suruh pun kamu pakai baju kurung tapi pakai lah baju yang menutup aurat.Kamu perempuan,cubalah malu sikit!" tegur Dato Farid kemudian dia mengurut perlahan dahinya.

Sakit kepala dan mata melihat perangai anak bongsunya itu.

"Err..daddy.I have to go now.See you soon.."

Segera Fatin Izayra ingin mengangkat kaki dari situ.Tidak suka mendengar daddynya membebel.

"Haa nak pergi mana tu hah?Nak melepak?"

"Daddy ni,Ayra nak pergi shopping lah.."

"Bila masanya kamu nak masuk ofis?"

"Nanti-nantilah daddy.Ayra pergi dulu,bye.." sempat Fatin Izayra mengucup mesra pipi daddy kesayangannya.

Fatin Izayra berlalu keluar.Dato Farid menggeleng-gelengkan kepalanya.Sungguh berbeza sikap anak keduanya itu berbanding dengan anak sulungnya,Faris Izril.

::::::

Fatin Izayra menuju ke mall bersama rakan-rakannya.Disaat itu,dia terlihat buah hatinya,Zayril Nazhan.Lama dia memandang ke arah lelaki pujaan hatinya.

"Weh,tu Zayril kan?" ujar Fasya.

"Ha'ah.Dialah buah hati aku.." balas Fatin Izayra.

Fatin Izayra menuju ke arah Zayril Nazhan.

"You.." tegurnya.

Mereka berdua sememangnya sudah mengenali antara satu sama lain disebabkan kedua orang tua mereka yang bersahabat baik.

"Eh,Ayra.Kau buat apa dekat sini?" balas Zayril Nazhan.

"Saja je jalan-jalan.You pula?"

"Aku tengah tunggu Lisa ni.."

"Ohh.."

Fatin Izayra mula sakit hati apabila mendengar nama Alisa Nadira.Tahulah sudah ada buah hati.Huh!

"Haa tu pun Lisa.Aku pergi dulu.."

Zayril Nazhan berlalu ke Alisa Nadira.Fatin Izayra hanya memerhati.Dalam hati dia sudah memberontak.

"Ayra,dah lah tu.Dia tak nak kau pun.." ujar Emylin pula.

"Isshh!Aku akan pastikan dia jadi milik aku!" nekad Fatin Izayra berkata.

"Kau nak buat apa?" kata Nurin.

"Tengoklah nanti.."

Setelah lama di mall ,mereka berlalu pulang.Fatin Izayra memandu Honda Civic maroonnya.Dia tiba di banglo mewah 3 tingkat itu.

"Haa..tahu pula jalan balik.." tegur Datin Izara.

"Mummy ni,kira okay lah ni Ayra balik sini.Buatnya tak balik?"

Tadi daddynya.Sekarang mummynya pula.Memang semua ahli keluarganya tidak suka padanya ke apa?Suka sangat memerli.

"Hish,kamu ni.."

"Malam ni Ayra balik rumah Ayra.."

"Nak balik dah?Baguslah biar kamu hidup berdikari.."

Fatin Izayra membuat muka.Dia berlalu ke biliknya.

"Hish,apa nak jadi lah dengan budak ni?" ujar Datin Izara sendirian.

:::::::

Pada malam itu,Fatin Izayra berlalu ke bawah.Semua ahli keluarganya sudah bersedia di meja makan untuk makan malam.

"Ni nak pergi mana pula?" ujar Dato Farid yang melihat anak gadisnya yang sudah bersiap.

"Ayra nak balik kondo Ayra.."

"Ayra ni cuba ubah perangai tu.."

"Daddy,Ayra balik dulu ye.."

Fatin Izayra menuju keluar dari rumah.Faris Izril memerhati kemudian dia mengekori langkah satu-satunya adik yang dia ada.

"Ayra.."

Faris Izril menarik tangan adiknya.

"Ishh..abang ni nak apa?Sakit lah.." geram Fatin Izayra dengan abangnya yang beria menghalang pergerakannya.

"Ayra,jangan balik.." pujuk Faris Izril.

"Kenapa pula?"

"Mummy tu sayang Ayra.Dia tak nak pun Ayra balik.Cubalah faham sikit.."

"Daddy dengan mummy tak pernah sayangkan Ayra.Dorang tu sayangkan abang je.."

"Siapa cakap?"

"Ayra cakap.Kalau bukan Ayra cakap pun,semua orang tahu lah!" bentak Fatin Izayra kasar.

"Ayra ni kenapa?"

"Dah lah.Ayra nak balik.Abang jangan halang Ayra.."

Fatin Izayra masuk ke dalam Honda Civic maroonnya lalu mengerakkan keretanya.

Faris Izril masuk ke dalam rumah.Dia kembali duduk di meja makan sebelah Dato Farid.

"Kamu buat apa dekat luar tu?" soal Datin Izara.

"Tak de apa-apalah.."

"Ris,kamu tak payahlah nak pujuk Ayra tu.Dia tu keras hatinya.."

"Mummy ni,Is tahu mummy sayang Ayra.."

"Mestilah mummy sayang Ayra.Ayra tu satu-satunya puteri mummy.."

"Dah lah tu.Kita makan ye.Sejuk tak sedap.." kata Dato Farid.

Takdir buatkuWhere stories live. Discover now