#takdirbuatku version 1-5

7.8K 189 7
                                    

Fatin Izayra bangun untuk bersarapan.Dia menuju ke meja makan.

"Good morning,mama.." sapanya kepada ibu mertuanya yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.

"Good morning,Ayra.."

"Ma,Ril mana?" soalnya sambil mata meliar mencari kelibat Zayril Nazhan.

"Ril awal-awal dah keluar.."

"Hah?"

Fatin Izayra memandang ibu mertuanya seakan tidak percaya.

Ini yang buat dia sakìt hati pagi-pagi ni.Tidak boleh suaminya itu memberitahunya?Benci betul Zayril Nazhan padanya.

"Ala,tak pe lah.Sekarang ni kita sarapan.." ujar Datin Nasya.

Setelah bersarapan,Fatin Izayra duduk di sofa.Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.

"Helo,pengantin baru.."

"Emylin.."

"Ye,kenapa ni? "

"Aku bosan lah.."

"Aik?Zayril mana?Kalau macam tu,kita shopping nak?"

"Nak.Jom.."

Talian dimatikan.Fatin Izayra menuju ke bilik lalu bersiap.Dia turun ke bawah setelah bersiap.

"Eh,Ayra nak pergi mana?"

"Ayra nak keluar kejap mama.."

"Dah bagitahu Ril?"

"Nantilah Ayra bagitahu Ril.."

"Eh,mana boleh macam tu.Isteri nak keluar kena minta izin suami.." tegur Datin Nasya.

"Okay,Ayra call Ril.."

Datin Nasya tersenyum.Menantunya itu menerima tegurannya.

Fatin Izayra mula mendail nombor suami tercinta.

"Helo abang,Ayra nak keluar boleh?"

"Pergi jelah.."

Setelah itu,Zayril Nazhan terus mematikan talian.Fatin Izayra geram dengan perangai suaminya.

"Ayra,kenapa ni?" ujar Datin Nasya apabila melihat wajah menantunya itu seakan muram.

"Erm,tak de apa lah.Ayra pergi dulu lah.." dalih Fatin Izayra.

Sempat dia memaniskan wahahnya.Dia kemudian menyalam Datin Nasya.

Dia berlalu ke mall.Tidak lama ktmudian tiba di mall yang selalu dia dan sahabat-sahabatnya membeli belah.

"Ayra.." ujar Emylin apabila terlihat susuk tubuh Fatin Izayra.

"Hai.." balas Fatin Izayra bersahaja.

Tidak teruja seperti selalu.

"Eh,kenapa ni?Macam badmood je.." ujar Fasya pula.

"Aku geram dengan Zayril.Dia layan aku macam apa je.."

"Tu lah kau.Siapa suruh kau pergi perangkap dia?" kata Nurin.

"Hei!Kau ni patutnya back up aku.Bukan macam ni.."

"So apa kau nak buat?" soal Emylin.

"Aku akan buat dia jatuh cinta dengan aku.." nekad Fatin Izayra.

"Kau yakin dia akan jatuh cinta dengan kau?" kata Fasya.

"Aku akan pastikan hal tu.."

"Dah lah.Kita datang sini nak shopping.Bukan nak sedih-sedih.." ujar Nurin.

Mereka mula meronda kawasan mall itu.Setelah itu,mereka berlalu ke restoran.Mereka duduk di meja yang tersedia.

"Ayra,cuba kau pusing belakang.." ujar Nurin apabila terpandang ke Zayril Nazhan yang sedang menjamu selera bersama Alisa Nadira.

"Ada apa?"

"Pusinglah belakang.."

Fatin Izayra menoleh ke belakang.Terkejut dia.Fatin Izayra mula berdiri namun sempat Fasya menarik tangannya.

"Ayra,jangan buat kecoh kat sini.." halang Fasya.

"Kau nak aku tengok je ke?Perempuan tu memang perampas!"

"Ayra.."

"Dah aku nak balik!Tak de selera nak makan!"

Fatin Izayra mengambil handbag lalu keluar dari restoran itu.

::::::

Pada malam itu,Fatin Izayra memandang suaminya tidak puas hati.

"Abang.."

Zayril Nazhan langsung tidak mengendahkan panggilan isterinya.Fatin Izayra menghampiri suaminya.

"Abang.."

"Kau ni nak apa?" kata Zayril Nazhan yang mula rimas Fatin Izayra yang asyik memanggil dirinya.

"Abang,Ayra ni siapa pada abang?" soal Fatin Izayra ingin tahu.

"Kawan.." jujur Zayril Nazhan berkata.

Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang gadis itu isterinya.

"Abang,Ayra ni isteri abang.."

"Isteri?Layak ke kau jadi isteri aku?"

Sungguh perit kata-kata yang dilontarkan oleh Zayril Nazhan.Tidak menyangka,dia begitu hina di mata lelaki itu.

"Abang,Ayra tahu Ayra dah perangkap abang tapi Ayra buat semua ni pun sebab Ayra cintakan abang.."

"Cinta?Kau faham ke makna cinta?"

"Abang nak Ayra buat apa untuk abang terima Ayra dalam hidup abang?"

"Aku nak kahwin dengan Lisa.." selamba Zayril Nazhan berkata tanpa langsung memikirkan perasaan Fatin Izayra.

"Abang,apa kurangnya Ayra?Ayra akan ubah.."desak Fatin Izayra.

Dia betul-betul ingin berubah.Dia sedar akan kesilapannya.Namun,dia juga ada hati dan perasaan.Dia tidak minta lebih.Dia cuma mahu Zayril Nazhan menerima dirinya sebagai seorang isteri.

"Kau takkan sama dengan Lisa.Dia segala-galanya bagi aku.."

Zayril Nazhan mula mengatur langkah ke anak tangga.Tidak mahu berdua-duaan dengan gadis itu.Fatin Izayra mengetap bibirnya menahan amarah.

Takdir buatkuWhere stories live. Discover now