Pagi itu,Fatin Izayra menyediakan sarapan untuk suaminya.Dia tersenyum.Kini,dia sudah pandai memasak.Itupun dia belajar daripada youtube dan ibu mertuanya.
Mummynya?
Hurm..bukan tak belajar dengan ibu kandung cuma dia takut tidak tahan mendengar bebelan serta sindiran daripada mummynya itu.
"Awak,jom sarapan.." ajak Fatin Izayra.
"Aku ada meeting pagi ni.."
"Awak,tak boleh ke?Tak boleh ke satu hari je awak layan saya sebagai isteri awak?Tak boleh ke awak jaga perasaan saya?"
Zayril Nazhan memandang wajah isterinya.
"Kau yang buat aku layan kau macam ni!"
"Awak,saya tahu silap saya perangkap awak tapi sayakan isteri awak yang sah.."
"Aku dah lambat.."
"Awak,makan lah sikit.."
"Okay.."
Fatin Izayra mencedok bihun goreng ke pinggan suaminya.Zayril Nazhan menyuap bihun ke dalam mulutnya.
"Macam mana?Sedap tak?"
"Not bad.."
"Saya google cara masak bihun ni.."
Zayril Nazhan hanya mendengar.
"Aku pergi dulu.."
"Tak habis lagi awak makan.."
"Aku dah lambat.."
Zayril Nazhan berlalu ke keretanya.
::::::::
Dato Farid menemui menantunya.
"Sorry,Ril.Kalau daddy ganggu kamu.."
"Eh,tak pe daddy.Ril okay.."
"Macam mana kamu dengan Ayra?"
"Alhamdulillah.Okay je.Kenapa,daddy ?"
"Ril,daddy minta maaf kalau anak daddy tu dah kecewakan kamu.."
"Bukan salah daddy.."
"Kalau kamu tak boleh terima Ayra,kamu lepaskanlah.Nanti tahulah daddy pujuk dia.."
Zayril Nazhan terdiam seketika.
"Daddy tak nak Ril seksa diri Ril.Daddy tahu kamu masih cintakan Lisa.."
"Terima kasih sebab faham Ril.."
"Kalau Ayra ada buat salah,kamu tegurlah.Dia tanggungjawab kamu sekarang.."
Zayril Nazhan hanya mengangguk.
::::::::
Petang itu,Fatin Izayra serta sahabatnya menuju ke masjid.
"Aduh,panasnya.Lama tak ceramah tu?"
Belum sempat Fasya membalas,seseorang memintas.
"Belum panas api neraka lagi.Ni baru sikit.." ujar Ikhwan Firzad.
"You?You buat apa kat sini?" kata Fatin Izayra seakan terkejut kehadiran lelaki yang menolongnya tempoh hari.
"Ayra,ni lah Ustaz Firzad.." kata Nurin pula.
"Ustaz kenal ke kawan saya ni?" soal Fasya.
"Erm..hari tu saya tolong kereta kawan awak ni.."
"Ohh.."
"Marilah.."
Mereka masuk ke masjid.Setelah beberapa jam,ceramah pun habis.
Fatin Izayra segera ke keretanya.Dia menanggalkan selendang yang berada di kepalanya. Terlepas rambutnya.
"Cantik bila awak bertudung.." ujar Ikhwan Firzad.
Fatin Izayra memandang ke arahnya.
"Ye lah.Takkan nak buka aurat pulak kan?"
Tiba di saat itu,kedengaran azan zohor berkumandang.
"Eh,dah azan ni.Jom lah solat zohor berjemaah.." ajak Ikhwan Firzad.
"Err..saya dah lambat ni.Saya balik dulu ye.."
"Bila dah masuk waktu,kita kena segera menunaikannya.Tak baik melenggah-lenggahkannya.."
Fatin Izayra terdiam.
"Mari,Ayra.."
"Err..saya betul-betul dah lambat ustaz.Saya pergi dulu.Assalamualaikum.."
Segera Fatin Izayra membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.Kemudian,kereta digerakkan meninggalkan perkarangan masjid.
"Waalaikumusalam.." balas Ikhwan Firzad tidak lama kemudian sambil matanya tidak lepas memandang Fatin Izayra sehingga hilang dari pandangan.
Setelah itu,dia bagaikan tersedar dengan apa yang dia sedang lakukan.Segera dia beristighfar di dalam hati dan kembali masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat zohor secara berjemaah.
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...