#takdirbuatku version 1-4

7.7K 199 13
                                    

Majlis pernikahan diadakan di masjid yang berdekatan.Fatin Izayra tersenyum puas kerana akhirnya lelaki itu jatuh juga ke dalam genggamannya.

"Zayril Nazhan bin Zakry.."

"Saya.."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Fatin Izayra binti Farid dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai.."

"Aku terima nikah Fatin Izayra binti Farid dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah.."

"Sah.."

Fatin Izayra tersenyum bahagia.Setelah doa habis dibaca,Zayril Nazhan berlalu ke arah isterinya.Dia menyarungkan cincin di jari manis isterinya.

Setelah itu,mereka berdua masuk ke dalam bilik.Fatin Izayra menanggal tudung.Terasa janggal pula dia memakai tudung.Dia membetulkan rambutnya yang paras dada itu.

"Abang.."

Dia mendekati suaminya.Dia cuba mula memanggil lelaki itu dengan panggilan 'abang'.Lagipun,mereka sudah sah.Jadi tiada yang salah.

"Kau ni pahal?" ujar Zayril Nazhan kasar.

"Abang ni kenapa?"

"Siapa abang kau?"

"Kita kan dah kahwin.Tak salah kan?" kata Fatin Izayra sedikit tidak puas hati dengan suaminya.

"Tu bagi kau.Bagi aku,aku belum kahwin lagi.."

"Abang!"

"Apa?Kau yang nak sangat pernikahan ni kan?Kau ni manusia jenis apa hah?Sanggup kau buat kat aku dengan Lisa macam ni.."

"Abang,abang suami Ayra.Kenapa abang masih nak sebut nama perempuan tu depan Ayra?"

Sungguh dia sakit hati mendengar nama Alisa Nadira yang masih tidak lekang di bibir suaminya.

"Sebab Alisa Nadira tu cinta hati aku!Kalau tak disebabkan idea bodoh kau tu,kita takkan kahwin lah!" kata Zayril Nazhan lagi sambil berdiri menuju ke pintu bilik.

"Abang!Abang nak pergi mana ni?"

"Aku nak keluar.Tepi!"

Zayril Nazhan meluru keluar dari bilik itu.Fatin Izayra mengejar suaminya.

"Abang!"

Semua mata memandang ke arah Fatin Izayra yang masih lagi lengkap berpakaian pengantin.

"Ayra,kenapa ni?" soal Datin Nasya.

"Tak..tak de pape,mama.."

"Ril,Ril nak pergi mana ni?" soal Dato Zakry.

"Ril nak jumpa Mirul kejap.Mama nampak Mirul tak?"

"Ada kat kolam renang tu kot.."

Zayril Nazhan meluru ke kolam renang.Fatin Izayra pula memandang tajam ke arah Alisa Nadira.

"Erm..kami balik dulu lah.." ujar Datin Aliya sambil meminta diri.

Alisa Nadira menyalam Datin Nasya dan Datin Izara.Fatin Izayra memerhati.

::::::

Pada sebelah malam pula,Zayril Nazhan membelek-belek fonnya.

"Abang.."

Fatin Izayra mendekati suaminya.

"Kau ni pahal?"

"Apa salah Ayra pada abang?"

Zayril Nazhan tersengih mendengar kata-kata Fatin Izayra.Sudah buat salah,boleh pula buat-buat tidak tahu?

"Salah kau pada aku?Fatin Izayra,kau dah buat kitaorang merana pastu kau nak tanya lagi?"

"Abang,kita kan dah kahwin.Kenapa abang masih ingat kat perempuan tu?"

"Perempuan?Dia Alisa Nadira.." kata Zayril Nazhan sambil membetulkan ayat Fatin Izayra.

"Abang,Ayra cintakan abang sepenuh hati Ayra.."

Fatin Izayra cuba memegang tangan suaminya namun Zayril Nazhan menepis kasar.

"Cinta?Kalau kau cintakan aku,kau tak kan perangkap aku lah!Dah sekarang ni aku nak tidur.."

Zayril Nazhan mengambil bantal lalu dia membaringkan tubuhnya di sofa.

"Abang,kita tidur atas katil.."

"Aku takkan tidur sekali dengan kau!"

Zayril Nazhan memejamkan matanya.Fatin Izayra terasa dengan sikap suaminya.

Takdir buatkuWhere stories live. Discover now