"Hah..dah sampai dah anak mummy ni.." ujar Datin Izara.
Fatin Izayra hanya memandang tetamu yang ada.
"Ayra,ni Puan Sri Farah.Tu suaminya,Tan Sri Irwan.Kawan mummy.."
Fatin Izayra menyalam Puan Sri Farah dengan penuh hormat.
"Makin cantik.." ujar Puan Sri Farah.
Fatin Izayra hanya senyum.
"Ayra,kami datang ni ada hajat.."
"Hajat?"
"Kami nak meminang Ayra untuk anak kami.."
Terkedu Fatin Izayra.
"Err.."
"Assalamualaikum.." ujar seseorang.
Fatin Izayra berpaling ke arah gerangan yang memberi salam.Terkejut dia.Ustaz Firzad?
Fatin Izayra segera beredar ke luar rumah.Masih terkejut dengan semua itu.
"Ayra.." panggil Ustaz Firzad.
Fatin Izayra memandang ke arah Ustaz Firzad.
"Maaf ustaz,saya tak boleh terima.."
"Tapi kenapa Ayra?Awak bukan hak milik orang lagi.."
"Macam mana ustaz tahu?"
"Lepas saya balik sini,saya terjumpa Nurin.Nurin cerita segala-galanya pada saya.."
"Saya tak layak untuk ustaz.."
"Ayra,sejak kali pertama saya lihat awak,saya dah mula jatuh hati tapi saya biarkan perasaan saya ni.Lagi-lagi lepas saya tahu awak isteri orang.." jujur Ikhwan Firzad.
"Ustaz,ustaz carilah orang yang lebih layak dengan ustaz.Saya jahat.Saya tak layak untuk ustaz.."
"Kalau Allah dah kata jodoh saya dengan awak.Takkan kemana kan?"
"Ustaz terlalu baik untuk saya.."
"Ayra,sebenarnya saya dah buat solat iktikharah.Saya nak petunjuk dari Allah dan alhamdulillah,awak yang saya nampak.."
:::::::::
"Aku terima nikah Fatin Izayra binti Farid dengan mas kawinnya 1000 ringgit tunai.."
Dengan sekali lafaz,Fatin Izayra sah menjadi suri hati Ustaz Firzad.
Setelah selesai majlis,mereka masuk ke dalam bilik.
"Ayra,terima kasih sebab terima abang dalam hidup Ayra.." ucap Ikhwan Firzad.
"Ayra yang patut ucap terima kasih pada abang sebab sudi terima kekurangan Ayra.."
"Abang harap Ayra akan sentiasa bahagia disamping abang.."
"Insya-Allah.."
"Abang.." ujar Fatin Izayra tidak lama kemudian.
"Ye.."
"Kenapa abang pilih Ayra?" ujar Fatin Izayra ingin tahu.
"Sebab isteri abang ni lain daripada yang lain.." balas Ikhwan Firzad sambil tersengih kemudian dia mencuit hidung Fatin Izayra.
"Abang,Ayra tak setanding dengan abang.Kenapa abang tak pilih je orang yang sama dengan abang?"
"Ayra,semua orang berhak dapat peluang kedua kan?"
"Okay.Ayra bersyukur dapat suami macam abang.." ujar Fatin Izayra terharu.
Lengan Ikhwan Firzad dipeluk.Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya.
"Abang pon bersyukur sebab Allah pertemukan kita.."
Tamat
Macam mana?Maaf klau tak berapa best.
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...