"Assalamualaikum.." ujar Ikhwan Firzad yang baru pulang dari pejabat.
Sejak berumah tangga,Ikhwan Firzad mengambil alih syarikat walidnya manakala Fatin Izayra menjadi suri rumah sepenuh masa.
"Waalaikumusalam,abang baru sampai?" balas Fatin Izayra yang sedang menghidangkan lauk ke atas meja makan.
"Ha'ah.Sayang masak apa ni?"
"Ayra masak lauk kesukaan abang.."
"Terima kasih.."
"Abang ni,ni tanggungjawab Ayra.Tak perlu lah ucap terima kasih.."
"Abang ucap terima kasih sebab abang hargai sayang.."
"Kalau macam tu,Ayra pon nak ucap terima kasih sebab abang jadi pelindung Ayra yang terbaik.Bimbing Ayra.Jasa abang pada Ayra,takkan pernah Ayra lupa.."
"Okay,dah sekarang ni kita makan.."
"Okay.."
Setelah selesai makan,mereka duduk di sofa.
"Ayra.."
"Ye?"
"Esok kita balik kampung nak?Kita lawat tok ma.." cadang Ikhwan Firzad.
"Bestnya.."
"Abang dah ambil cuti.."
"Walid tak cakap pape ke?"
"Walid kata okay.."
"Kita bertolak pagi ke?"
"Ye lah,takkan tahun depan pulak?" usik Ikhwan Firzad.
"Abang ni,sejak bila pandai bergurau ni?"
"Sejak abang kahwin dengan Ayra lah.Erm..sayang tak penat ke?"
"Penat?Kenapa pulak?"
"Sayang kan pregnant.Tak reti-reti nak rehat ke?"
"Abang ni,kandungan ni kecil lagi lah.." balas Fatin Izayra sambil memegang perutnya yang masih belum kelihatan.
"Ye tapi abang tetap risaukan sayang.."
"Insya-Allah,semuanya okay.."
"Ayra.."
"Hurm.."
"Abang bersyukur sangat dapat kenal Ayra.."
"Ayra pon.Abang dah buka mata Ayra.Terima kasih.."
"Erm..dah lewat ni.Esok lambat pulak sampai.." ujar Ikhwan Firzad sambil menarik pergelangan tangan isterinya untuk dibawa ke tingkat atas.
"Tapi Ayra tak kemas lagi baju kita.."
"Tu lepas subuh boleh buat.Sekarang ni kita tidur.Rehatkan minda tu.."
"Abang ni.."
"Ayra jangan risau.Esok abang kejut Ayra bangun kalau Ayra terbabas.."
"Ye lah tu.."
"Ye,siap abang azan kat telinga Ayra lagi.."
"Okay,Ayra ridur dulu.Selamat malam.Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
::::::::
"Sara buat apa ni?" tegur tok ma sambil mendekati cucunya yang berada di dapur.
"Tok ma ni.Tok ma tu bukannya sihat sangat pon.Kenapa ada kat sini?"
"Sara,tok ma ni sihat.Cuma biasa lah orang tua.Sakit sikit-sikit.."
"Abang Izad ada call tadi.Dia cakap kejap lagi dorang sampai.."
"Izad nak balik?Bini dia ada sekali ke?"
"Mestilah,tok ma.Kak Ayra kan bini Abang Izad.Mestilah ikut sekali.."
"Kenapa lah pompuan tu jugak yang dia jadikan isteri?Dah elok-elok dah tok ma nak jodohkan kamu berdua.."
"Tok ma ni.Kita manusia ni mampu merancang je.Allah yang tentukan.."
Disaat itu,Ikhwan Firzad dan Fatin Izayra sampai.
"Tu macam bunyi kereta je.Abang Izad dah sampai kot.."
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
Mereka berdua menyalam tangan tok ma.
"Izad ni kenapa balik tak bagitau?" soal tok ma.
"Saja,nak buat kejutan pada tok ma.." ujar Ikhwan Firzad.
"Tok ma sihat?" soal Fatin Izayra.
"Ada kamu nampak tok ma sakit ke?"
Fatin Izayra diam.Dia tahu tok ma suaminya itu tidak berapa berkenan dengannya.
"Err..jom makan.Makanan dah siap ni.." ujar Sara.
"Jom Izad.Sara ni kalau masak memang sedap.." kata tok ma.
Mereka berlalu ke meja makan.
Setelah selesai makan,mereka berkumpul di ruang tamu.
"Tok ma,kami ada berita baik nak bagitau.." ujar Ikhwan Firzad.
"Apa dia Abang Izad?" soal Sara yang teruja ingin tahu.
"Sara akan jadi mak cik tak lama lagi.."
"Serius ke?"
"Ye.."
"Tok ma tak suka ke?" soal Fatin Izayra.
"Kau boleh jamin ke cicit aku tu nanti boleh jadi baik?" kata tok ma.
"Tok ma cakap apa ni?" kata Ikhwan Firzad.
Fatin Izayra berlalu masuk ke bilik.Sungguh dia terasa dengan kata-kata tok ma.
"Ayra.." panggil Ikhwan Firzad.
"Biarkan dia,Izad.Biar dia sedar.."
"Ayra buat apa sampai tok ma cakap macam tu?"
"Izad,tok ma tak suka dia.."
"Dia isteri Izad!"
"Tok ma nak kamu kahwin dengan Sara.."
"Tok ma!"
"Izad,pompuan tu tak layak jadi cucu menantu tok ma.."
Fatin Izayra yang duduk di dalam bilik hanya menangis.
Maaf.Lama sangat nak pikir idea untuk special chapter ni.Hurm..sampai ade satu idea tu watak Ikhwan Firzad nak dimatikan..tapi sape pulak nak jadi hero kan?Macam mana special chapter ni?Macam dah lari pulak dari takdir buatku yang real..sorry klau tak bape nak best..
YOU ARE READING
Takdir buatku
Fiksi Umum#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...