Selesai memesan,Alisa Nadira mula berbicara.Dia dan Zayril Nazhan bertemu di tempat biasa yang mereka selalu berjumpa.Itupun atas desakan lelaki itu.
Dia kalau boleh sudah tidak mahu bersua muka dengan lelaki yang pernah dia cinta separuh nyawa suatu ketika dahulu.Dia sudah terima hakikat yang lelaki itu bukan untuknya.
"Ril,saya nak awak jangan jumpa saya lagi.." ujarnya berharap lelaki itu memahami.
"Lisa,apa salah saya?"
"Awak dah kahwin,Ril.Awak patutnya berada di sisi isteri awak bukan saya.."
"Saya tak cintakan Ayra.Kenapa awak tak faham?"
Bengang Zayril Nazhan.Semua orang mendesaknya untuk menerima Fatin Izayra sebagai isteri.Tidak fahamkah mereka yang cinta tidak boleh dipaksa?
"Zayril!Awak tu suami orang!Sedarlah.."
"Lisa.."
"Enough Zayril!Saya dah terima kenyataan yang awak bukan untuk saya.Mungkin ada yang lebih baik untuk saya nanti.."
"Lisa,senangnya awak cakap.." kecewa Zayril Nazhan mendengar kata-kata gadis yang amat dicintainya itu.
"Ril,bukalah rasa cinta dalam hati awak tu.Cintakan Ayra.." pujuk Alisa Nadira.
"Saya cintakan awak sorang je,Lisa.."
"Ril,Ayra isteri awak.Bukan saya.."
"Awak memang dah tak cintakan saya?" soal Zayril Nazhan inginkan kepastian.
"Awak milik orang.."
Terpancar riak wajah hampa Zayril Nazhan.
:::::::
Isyraf dan Fatin Izayra menunggu ketibaan sahabat-sahabat yang lain di kafe itu.Sementara itu,mereka berbual.
"Raf,kau rasa aku ni jahat sangat ke?" soal Fatin Izayra sekadar inginkan pendapat sahabatnya itu sambil mengacau-gacau minuman kegemarannya dengan straw.
"Jahat?Maksud kau?" balas Isyraf.
"Ye lah,aku kan dah perangkap dia.Dia pon bukannya layan aku sejak kitaorang kahwin.."
"Mungkin ni sebab Lisa.."
Berkerut dahi Fatin Izayra.
"Apa kena mengena dengan dia pulak?"
Dia memandang Isyraf.Tidak mengerti akan kata-kata lelaki itu.
"Ye lah,dia kan cinta hati suami kau.."
"Tapi dia dah terima semuanya.."
"Dah tu apa masalahnya?"
"Raf,aku tak dapat cinta dia.Dia ingat aku ni tunggul ke apa?"
"Ayra,kau sabarlah sikit.."
"Berapa lama lagi aku kena sabar?You tell me!" Fatin Izayra muka hilang sabar apabila mengingatkan layanan suaminya yang asyik dingin setiap kali dengannya.
"Cara kau yang salah.Kau perangkap dia.Mana dia tak marah?"
"Aku terlalu sayangkan dia.."
"Ayra,apa kata kau ubah penampilan kau?" cadang Isyraf.
"What?Are you crazy?No!I don't want!"
"Mana tahu bila kau dah pkai tudung,tutup aurat,dia akan jatuh cinta dengan kau?You trust me,okay?"
Fatin Izayra hanya memandang wajah sahabatnya.
Dia berubah?
"Hah,dating.." sergah Fasya yang baru tiba bersama Nurin.
"Kau ni terkejutlah.."
"Raf,kau tak takut ke kacau bini orang?" soal Nurin pula.
Saja mengusik.
"Suami aku tu tak kisah pon pasal aku.Agaknya sampai aku mati pon dia tak peduli pon.." balas Fatin Izayra dengan riak wajah geram.
"Ayra,tak baik lah kau cakap macam tu.." kata Fasya.
"Korang ni dari mana?"
"Dari masjid depan tu.." balas Nurin.
"Masjid?"
Pelik Fatin Izayra mendengar kata-kata sahabatnya yang seorang itu.Sejak bila mereka berubah?
"Ha'ah,kitaorang ikut kuliah Ustaz Firzad tadi.."
"Korang dah kenapa nak pergi masjid bagai?" sindir Fatin Izayra.
Dia bukannya tidak kenal perangai dua sahabatnya itu.Lebih kurang sahaja dengan dirinya.Jahil.Itu yang dia pelik.Tetiba sahaja mengikuti kuliah.
"Ayra!Apa cakap macam tu?" tegur Isyraf.
"Apa?Betul kan apa yang aku cakap?"
"Jom lah Ayra,esok petang.." ajak Fasya.
"Nanti aku tengok dulu macam mana.Nanti aku bagitau.."
"Eh,mana Lin?" soal Isyraf.
Meliar matanya mencari kekasih hati.
"Amboi,Lin ada hal.Kenapa rindu ke?" balas Nurin.
"Mestilah aku rindu dia.." balas Isyraf sambil ketawa kecil.
"Ohh,okay.."
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...