Fatin Izayra menyediakan sarapan untuk suami tercinta.Zayril Nazhan turun ke bawah.Dia menarik kerusi meja makan.
"Awak,jemput makan.."
"Kau tak penat ke layan aku?"
"Awak,awakkan suami saya.."
"Bila-bila masa je aku boleh lepaskan kau.Kau tahu kan hal tu?"
Fatin Izayra menelan air liurnya.Dadanya berombak laju.Dia cuba berlagak tenang.
"Awak,saya sedar silap saya.."
"Ohh,kau sedar?Habis kenapa kau buat juga?"
"Awak,saya isteri awak.Tak boleh ke awak buka hati awak untuk terima saya?" kata Fatin Izayra separuh merayu.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke apa?"
Zayril Nazhan merengus kasar.Dia berlalu keluar dari rumah.Fatin Izayra terasa dengan sikap suaminya.
:::::::::
"Okay,hari ni kita akan kupaskan tajuk 'cinta yang hakiki'.Siapa tahu cinta hakiki tu macam mana?" soal Ustaz Firzad.
"Cinta kepada Allah SWT,ustaz.." balas Nurin.
"Ya,betul tu.Sebelum kita mencintai manusia,kita kena cari cinta Allah dulu.Macam zikir ni,saya baca terjemahannya,'cintakan bunga akan layu,cintakan manusia akan mati,cintakan rasul,cinta sejati,cintakan Allah,kekal abadi'.."
Fatin Izayra terasa sesuatu seketika.Setelah habis kuliah,dia berdiri di tepi keretanya.Ustaz Firzad memerhatinya lalu menegurnya.
"Ayra,kenapa tak balik lagi ni?" tegur Ikhwan Firzad.
"Saja,nak cari ketenangan.."
"Ketenangan apa yang awak cari?"
"Ustaz takkan faham pon apa yang saya rasa.."
"Kalau awak ada masalah,ceritalah.Mana tahu saya boleh tolong.."
"Tak pe lah,ustaz.Saya boleh uruskan sendiri.." tolak Fatin Izayra.
Dia malu.Malu ingin menceritakan masalah kepada lelaki yang baru beberapa minggu dia kenal.Sudahlah ustaz pula tu.
"Ayra,saya tak tahu apa masalah awak cuma kalau awak dah tak tahu nak mengadu kat siapa,awak mengadulah pada DIA.Semua ujian dan masalah datangnya dari DIA.." kata Ikhwan Firzad sekadar memberi pesanan.
Fatin Izayra mengangguk faham.Dia mula meminta diri.
"Saya balik dulu lah.."
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
::::::::
Fatin Izayra memandang suaminya yang sedang solat isyak itu.Dia berasa sayu seketika.Zayril Nazhan yang sudah selesai solat,memandang isterinya.
"Awak.."
"Hurm.."
"Boleh tak esok saya nak pergi rumah mummy?" ujar Fatin Izayra meminta izin.
"Pergi jelah.."
Zayril Nazhan mengambil bantal lalu diletakkan di sofa.
"Awak,awak tidurlah atas katil.Biar saya tidur atas sofa.."
"Kau ni kenapa?" soal Zayril Nazhan pelik.
Pelik pula sikap isterinya pada hari itu.Baik semacam.
"Tak pelah.."
"Kau tidur je atas katil tu.."
"Tak pe lah.Awak tidur je lah atas katil.." ujar Fatin Izayra masih berdegil.
"Hurm..suka hati kaulah.."
Zayril Nazhan mula membaringkan tubuhnya di atas katil.Dia mengiring ke kanan.Fatin Izayra tersenyum melihat suaminya yang baring di atas katil.
Maaf klau ada yg terkurg ke apa ke.Vote tau..
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...