Faris Izril masuk ke dalam rumah setelah berjumpa dengan sahabatnya di sebuah kafe.
"Mummy,okay?" tegurnya apabila terlihat Datin Izara yang duduk termenung di sofa ruang tamu.
"Okay.."
"Mummy fikir pasal Ayra ke?"
"Mummy tak faham lah dengan adik kamu tu,Ris.Keras kepala betul.." luah Datin Izara.
"Insya-Allah,satu hari nanti dia akan berubah jugak.."
"Harapnya begitulah.."
"Borak apa ni?" soal Dato Farid yang baru turun dari anak tangga.
"Tak de apa,daddy.Cakap pasal Ayra je.." balas Faris Izril.
"Hari tu daddy jumpa Ril.."
"Abang cakap apa dengan Ril?" soal Datin Izara ingin tahu.
"Abang tanya Ril pasal Ayra.."
"Dia cakap apa?"
"Dia cakap dorang okay.."
"Baguslah kalau macam tu.."
::::::::
"Ayra,Ayra dari mana ni?" soal Datin Nasya apabila melihat menantu tunggalnya keluar dari kereta.
Pelik dia ketika sampai di rumah anak menantunya.
Kosong
Tidak berpenghuni.
"Mama?Mama buat apa kat sini?" terkejut Fatin Izayra dengan kedatangan ibu mertuanya itu.
"Saja mama datang.Kenapa?Tak boleh ke?"
"Bukan macam tu.."
"Ayra dari mana ni?Siap berbaju kurung lagi.Cantik menantu mama.."
"Erm..Ayra ada kuliah kat masjid.." balas Fatin Izayra segan.
"Kuliah?Mama tak tahu pon.."
Fatin Izayra hanya tersenyum.
"Erm..jom mama,kita masuk dalam.."
"Yelah.."
Fatin Izayra mula membuka pintu rumah.Setelah itu,Datin Nasya melabuhkan punggung di sofa.
"Mama datang sorang je ke?Papa mana?"
"Papa kat ofis lah.Tu yang mama datang sini.Boring lah duduk kat rumah.Bukannya ada siapa pon.."
"Mama duduk kejap.Ayra nak buatkan air.."
"Eh,tak pe.Tak payah susah-susah.." halang Datin Nasya.
"Tak susah lah mama.."
Fatin Izayra menuju ke arah dapur.Tangannya lincah membancuh air oren.Kemudian dia menatang dulang lalu di bawa ke arah ruang tamu.
"Jemput minum,ma.."
"Terima kasih.."
Tiba disaat itu,Zayril Nazhan masuk ke dalam rumah.Terkejut dia akan kehadiran mamanya.
"Mama,mama buat apa kat sini?"
"Saja mama singgah.."
"Ril naik bilik dulu ye.."
Dia sempat memandang isterinya yang berpakaian baju kurung itu.Kemudian dia memanjat anak tangga.
"Ayra.."
"Ada apa,ma?"
"Korang berdua okay kan?"
"Okay je,kenapa?" balas Fatin Izayra menutup keadaan sebenar perhubungan mereka berdua.
Dia tidak mahu ibu mertuanya itu susah hati.
"Ayra banyakkan bersabar ye dengan perangai Ril.."
Walaupun menantunya itu tidak menceritakan hal sebenar,Datin Nasya dapat merasakan ada yang tidak kena akan mereka berdua.
"Ma,Ayra ni teruk sangat ke sampai dia tak boleh terima Ayra dalam hidup dia?Jijik sangat ke Ayra ni?" ujar Fatin Izayra tiba-tiba.
Dirinya berasa sebak seketika.
"Astagfirullah,Ayra!Apa cakap macam tu?Kamu bagilah Ril masa.."
"Ma,terima kasih sebab sudi terima Ayra jadi menantu mama.." ucap Fatin Izayra.
Dia bersyukur kerana kedua orang tua lelaki itu menerimanya dengan hati terbuka.
"Sama-sama.."
Zayril Nazhan turun ke bawah.
"Ril.."
"Ada apa,ma?"
"Ril,cantik tak Ayra pakai macam ni?"
"Hurm.."
"Bila korang nak bagi mama cucu?" soal Datin Nasya.
Fatin Izayra dan Zayril Nazhan berpandangan sesama sendiri.
"Erm..tak de rezeki lagi kot,ma.." balas Zayril Nazhan.
"Mama doakan korang bahagia selalu.."
Fatin Izayra tersenyum.Setelah beberapa jam,Datin Nasya berlalu pulang.
"Awak.."
"Apa?"
"Kalau saya pakai macam ni hari-hari,awak suka tak?" soal Fatin Izayra inginkan pendapat Zayril Nazhan.
"Pakai ikhlas kerana Allah.Ikhlas nak tutup aurat.Bukan kerana aku.."
Terasa sentap seketika dengan kata-kata lelaki itu.
"Awak,sampai bila awak nak layan saya macam ni?" katanya tidak lama kemudian.
"Ayra,aku tak de pape perasaan pon kat kau.."
"Tapi awak boleh cuba kan?" ujar Fatin Izayra yang masih tidak mahu mengalah.
Zayril Nazhan hanya diam.
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...