Fatin Izayra membetulkan rambutnya.Dia mula turun untuk menyediakan sarapan memandangkan mereka sudah duduk di rumah sendiri.
"Aduh,aku nak masak apa ni?Aku bukannya tahu masak pun.." ujarnya sendirian.
Setelah lama berfikir,dia hanya menyediakan roti dan nutella.Tidak lama kemudian,Zayril Nazhan turun ke bawah.
"Abang,jom sarapan.." ajaknya.
"Aku dah lambat.Kau sarapan jelah.."
Zayril Nazhan mula mengatur langkah.Pintu kereta dibuka dan segera beredsr meninggalkan perkarangan rumah itu.
Fatin Izayra menahan geram dengan perangai Zayril Nazhan.Suaminya langsung tidak cuba ambil hatinya atau menjaga perasaannya.
Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.
"Hello.."
"Ayra.."
"Isyraf?"
"Yes,pandai you teka.."
"Ada apa you call I ?"
"Saja,jom lepak.." ajak Isyraf di hujung talian.
"Okay,tempat biasa.."
:::::::
"Apa cerita you sekarang?I dengar you kena tangkap basah dengan Zayril.."
"Of course lah.." ujar Fatin Izayra sambil tersenyum yang dibuat-buat untuk menghilangkan semua perasaan sedih dan sakit hatinya.
"What do you mean?"
"I perangkap dia.." jujur Fatin Izayra berkata.
"Hebat you ni.."
"Ni Fatin Izayra lah.Come on.."
"Malam ni kita lepak.." ajak Isyraf.
"Lepak?Kat mana?"
"Kita pergi dinner.."
"Okay.."
"Ayra.." panggil seseorang.
Fatin Izayra berpaling ke belakang.Terkejut dia melihat Datin Izara.
"Mummy?"
"Ayra buat apa dengan Isyraf ni?" soal Datin Izara.
"Mana ada kami buat apa-apa.."
"Dah,jom ikut mummy balik.." ujar Datin Izara sambil menarik tangan anaknya.
"Tapi mummy.."
"Tak de tapi-tapi.Jom.."
Setelah itu,mereka sampai di rumah.
"Apa nak jadi dengan Ayra ni?"
"Mummy ni kenapa?Takkan lah Ayra jumpa Isyraf pun tak boleh?" kata Fatin Izayra tidak berpuas hati.
"Kamu kena ingat kamu tu isteri orang.Ada batasannya.."
"Apa gunanya Ayra ada suami yang tak pedulikan Ayra?Macam tu ke nama suami?" kata Fatin Izayra bersahaja.
Ya,dia tahu batasan seorang isteri.Dia sedar statusnya.Zayril Nazhan sahaja yang lupa status sebagai suaminya.
"Ayra!Cuba Ayra ingat balik.Semua ni berpunca dari Ayra.Ayra yang perangkap Zayril kan?"
"Mana mummy tahu?"
Ahhh!Sudah.Rahsianya sudah terbongkar.
"Mummy dengar apa yang kamu cakap dengan Isyraf.."
"Dah lah,Ayra nak balik.."
"Kejap.."
Datin Izara menahan pergerakan anaknya.
"Apa lagi?"
"Daddy tanya bila kamu nak masuk ofis tolong dia.."
"Nanti-nantilah.."
Fatin Izayra sudah bosan dengan isu yang sama.Datin Izara asyik menanyakan hal yang sama sahaja setiap kali dia pulang ke rumah mewah itu.
"Ayra,sampai bila kamu nak jadi macam ni?"
Kedengaran keluhan terbit di bibir Datin Izara.
"Mummy,Ayra balik dulu ye.."
Fatin Izayra segera melangkah keluar dari rumah.Pintu kereta dibuka.Dia masuk ke dalam.Dia menghentak stereng kereta.
Geram!
YOU ARE READING
Takdir buatku
General Fiction#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra.Kerana rancangan bodohnya. Sejak itu,sikap Zayril Nazhan mula dingin.Fatin Izayra pula berusaha men...