#takdirbuatku version 1-2

9K 211 1
                                    

Fatin Izayra cuba merancang sesuatu supaya lelaki pujaannya itu menjadi hak milik dia buat selamanya.

Hanya dia!

"Zayril Nazhan.Aku akan pastikan kau jadi milik aku!" ujarnya sendirian.

Dia tersenyum.Dia menelefon Zayril Nazhan.

"Hello.."

"You,I nak jumpa you boleh?" ujar Fatin Izayra apabila panggilan bersambung.

"Kat mana tu?"

"Hurm..malam ni kat hotel.."

"Hotel?"

Pelik sahaja Zayril Nazhan mendengarnya.Berkerut sedikit dahinya.

"Ohh,I ada kerja kat hotel tu.Okaylah,jumpa malam ni.." terang Fatin Izayra kemudian dia tersenyum.

Talian dimatikan.

"Zayril Nazhan.Malam ni kau jadi milik aku!Hahaha.." ujar Fatin Izayra sambil tersenyum sinis.

Disaat itu,Nurin dan Fasya datang ke kondonya.

"Korang buat apa kat sini?"

"Saja.." kata Fasya.

"Amboi happy semacam je.Kenapa ni?" tegur Nurin pula apabila wajah sahabatnya tersenyum bahagia seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

"Malam ni dan buat selamanya Zayril Nazhan jadi milik aku.."

"Maksud kau?"

Fatin Izayra hanya senyum.

:::::::

Pada malam itu,mereka ke hotel yang telah mereka janji untuk bertemu.

"You kenapa ni?" tegur Zayril Nazhan yang dari tadi memerhati tindak tanduk gadis dihadapannya itu yang dari tadi hanya merenung wajahnya.

Dia tahu wajahnya hensem namun hatinya sudah ada seorang perempuan yang berjaya mencuri hatinya.Dia tidak selesa apabila Fatin Izayra merenungñya sebegitu.

"Tak de apa.Erm..you minumlah.." pelawa Fatin Izayra.

Zayril Nazhan meneguk air itu.

"You.."

"Ayra,aku rasa kena balik lah.Esok aku ada meeting.." kata Zayril Nazhan sambil mula berdiri.

"Ala sabarlah.Kita baru je sampai.." halang Fatin Izayra.

Zayril Nazhan meneguk lagi air itu.Fatin Izayra tersenyum.Sedikit sahaja lagi.

Tiba disaat itu,Zayril Nazhan memegang kepalanya yang terasa pening itu.

"Kau..kau buat apa ni?"

Mata Zayril Nazhan mula kabur.Kemudian,dia pengsan.

Fatin Izayra tersenyum puas.Dia memapah Zayril Nazhan hingga ke bilik hotel.Dia membaringkan Zayril Nazhan di atas katil.Dia mula membuka baju Zayril Nazhan.Dia pun baring sebelah Zayril Nazhan.

Keesokkan harinya,Zayril Nazhan mula membuka mata.Terkejut dia melihat apa yang telah terjadi.Tiba disaat itu,kedengaran loceng bilik berbunyi.Zayril Nazhan mula cuak.Dia membuka pintu bilik.

"Assalamualaikum encik,kami dapat aduan yang dalam bilik ni ada lelaki dan perempuan bukan mahram duduk sebilik betul ke?" ujar lelaki itu.

"Err.."

:::::::

"Apa yang Ril dah buat ni?!" ujar Dato Zakry.

Tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh anak tunggalnya itu.Sungguh dia kecewa.

"Ril tak buat apa-apa,pa.Percayalah.." rayu Zayril Nazhan.

Dia masih tahu halal dan haram.Baik dan buruk sesuatu perkara itu.Dia masih ingat lagi apa yang terjadi pada malam tadi.Dia yakin Fatin Izayra sengaja ingin memerangkapnya.

"Habis tu apa yang jadi ni hanya mimpi jelah?Macam tu ke?Mama tak pernah ajar anak mama jadi macam ni.." rintih Datin Nasya.

"Papa tak kira.Kamu mesti kahwin dengan Ayra!Muktamad!" tegas Dato Zakry membuat keputusan.

"Pa!Ril tak cintakan Ayra!Ril cintakan Lisa!" bantah Zayril Nazhan.

Habis Alisa Nadira bagaimana?

"Papa tak kira.Kamu dah malukan keluarga kita Ril.."

Dato Zakry berlalu naik ke bilik.Sungguh dia kecewa dengan anak tunggalnya.

"Ma,Ril tak nak kahwin dengan Ayra.."

"Ril,tu je cara nak tutup malu keluarga kita.."

"Ril cintakan Lisa.."

"Lupakan Lisa.Kahwin dengan Ayra!"

Datin Nasya juga beredar dari ruang tamu itu.Remuk hatinya dengan apa yang anak tunggalnya itu sudah lakukan.

Takdir buatkuWhere stories live. Discover now