Chapter 1

17 4 4
                                    

"Order cik." Seorang lelaki meletakkan senarai menu di atas meja. Gadis-gadis yang ada di meja itu mula membaca senarai menu.

"Selamat datang. Puan datang berapa orang?" Seorang  pelayan lelaki menyapa pelanggan dengan ramah.

"Dua orang." Balas wanita itu.

"Baiklah. Sila ikut saya." Kemudian pelayan itu berlalu pergi ke arah meja khas untuk dua orang pelanggan. Manakala wanita tadi dan rakannya berjalan di belakang pelayan itu.

(Di satu sudut lain)

"Saya nak order cappucino ice. Chicken chop with extra cheese."

"Saya nak caramel machiato dan spagetti. Eh. Tak jadi. Saya nak cheese ramen meat ball."

"Baiklah. Cappucino ice satu, caramel machiato ice satu. Chicken chop tambah cheese satu dan cheese ramen meat ball satu. Ada apa2 lagi yang cik berdua nak tambah?" Soal pelayan lelaki itu.

"Eh. Saya nak tambah kek coklat satu. Min. Kau nak kek tak? Kek dekat sini sedap. Rugi tak makan." Gadis itu menyoal rakannya.

"Boleh juga. Nak kek coklat juga lah." Balas rakannya yang bernama Min itu.

"Ok. Itu je." Gadis tadi tersenyum puas.

"Baiklah. Terima kasih. Sila tunggu sebentar ya." Waiter tadi berlalu pergi ke arah kaunter untuk menghantar pesan.

"Weh. Min. Kau rasa, kali ni cikgu Eil marah sebab apa?" Soal gadis itu dekat rakannya. Wajah gadis itu kelihatan muram.

"Dah lah Jazzmin. Kau tak payah nak risau sangat. Aku yakin yang cikgu Eil tak akan marah kau lama-lama." Balas Min bagi menenangkan hati Jazzmin.

"Betul juga kan. Hmmmm. Mungkin aku yang terlalu ikutkan perasaan kot. Aku yang fikir lebih-lebih. Better aku buang semua fikiran negatif tu." Jazzmin mengeluh perlahan.

"Better aku berikan tumpuan penuh dekat pelajar-pelajar aku." Sambung Jazzmin lagi dan Min angguk tanda setuju.

15 minit kemudian makanan dan minuman yang mereka pesan tadi sudah sampai.

"Dah. Cepat makan. Pukul tiga nanti kita ada mesyuarat dengan pengetua. Better makan sampai kenyang, so otak kita boleh berfungi time mesyuarat nanti. Ye lah. Memandangkan kita ni kaunter pertanyaan kan." Sempat lagi Min membuat lawak .

Jazzmin hanya ketawa mendengar kata-kata Min.

"Haaaa. Iyelah. Jom makan ye." Jazzmin mula menyuap sepotong daging ayam ke dalam mulutnya. "Nyum." Jazzmin tergelak kecil, gembira bila dia dapat makan makanan yang enak.

Mereka makan tanpa memikirkan sebarang masalah di tempat kerja. Well. Memang selalu dyeorang akan makan time stress.

Suasana dalam cafe itu tidak terlalu bising walaupun terdapat ramai pelanggan pada ketika itu. Jadi cafe itu adalah tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran ketika makan sambil mendengar alunan muzik jazz. Walaupun kadangkala alunan muzik jazz itu boleh buat Jazzmin rasa mengantuk.

Setelah membayar bil, mereka berdua keluar dari cafe itu untuk balik ke tempat kerja mereka iaitu di sekolah menengah xxxx. Mereka berdua adalah guru di sekolah itu. Jazzmin ialah guru pendidikan jasmani manakala Min pula mengajar subjek bahasa inggeris.

/ting ting.... ting ting..../

Telefon Jazzmin berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Pada masa yang sama, telefon Min juga berbunyi. Sepertinya mesej yang diterima itu dihantar dalam group whatsapp.

Jazzmin mengeluh. "Ni mesti mesej dari si bengis tu." Keluh Jazzmin.

"Haha. Kau ni Jazzmin. Tak baik tau panggil dia si bengis." Balas Min yang kelihatan seperti sedang menahan ketawa.

Jazzmin memandang Min dengan kening kanannya terangkat. Dia tahu yang Min tidak serius bila dia cakap jangan panggil orang itu si bengis. Jadi dia ingin tahu apa gelaran yang lebih baik untuk orang itu.

Min faham dengan pandangan Jazzmin walaupun tiada soalan yang keluar dari mulut Jazzmin ketika itu.

"I mean. Si bengis tu agak.... urm.... too nice for him. So lets just call him the evil. Since dia tu very evil." Gumam Min ketika mereka sedang melangkah menuju ke arah parking kereta.

"Sound nice. Ok. Mulai hari ini kita akan panggil dia evil." Balas Jazzmin yang setuju dengan cadangan Min.

Mereka berdua ketawa kerana merasa yang perkara itu melucukan sekali. Mesej yang di terima dari group whatsapp tidak dibaca. Mereka malas hendak membaca leteran atau lebih tepat lagi makian dari cikgu Eil. Kerana cikgu Eil memang suka melemparkan kata2 kesat dan menyakitkan hati. Tak kira dekat pelajar mahupun guru. Boleh dikatakan yang cikgu eil tu seorang lelaki yang tersangat biadap. Mereka pun tak tahu macam mana cikgu e boleh diambil sebagai cikgu.

Jazzmin pernah cakap dekat Min, kalau award 'lelaki terbiadap sedunia' tu wujud. Dia orang pertama yang akan cadangkan nama cikgu eil. Biar dunia tahu betapa biadapnya cikgu Eil.

Kereta jenama Toyota itu meluncur laju di atas jalan raya untuk menuju ke destinasi seterusnya. Sekolah menengah xxxx.

"Weh. Mesyuarat hari ni dibatalkan." Ujar Min dalam nada agak teruja.

"Betul ke? Waaaah. Baguslah. Nampaknya hari ini kita tak akan jadi kaunter pertanyaan." Balas Jazzmin yang membuatkan Min ketawa puas.

Ye lah. Mana mereka tak geram. Di setiap mesyuarat, mesti semua soalan akan diajukan kepada mereka berdua. Memanglah mereka berdua agak muda dari guru2 di sekolah itu. Tapi kalau soalan yang tak ada kena mengena dengan kerjaya mereka pun orang tanya, memang tak masuk dek akal lah. Lagi2 kalau ada soalan yang terang-terang menyentuh hal peribadi. Bagi mereka hal peribadi dan hal kerja berlainan. Dan rakan sekerja mereka tak ada hak nak paksa mereka ceritakan tentang hal peribadi mereka jika mereka tidak mahu.

"See. See. That evil man is totally wreck. I hate him. Tak tahu lah apa salah aku kali ni." Min tiba2 berangin.

"Kau dah kenapa Min? Tiba2 je nak marah?" Soal Jazzmin yang ketika itu sedang menumpukan perhatian di jalan raya.

"Ni hah. That evil man nak jumpa aku. See. See. Dia kata. Jumpa aku dekat bilik literasi. Aku nak kau datang sorang. Aku ada hal penting yang aku nak bincang dengan kau. Datang. Aku tunggu." Bebel Min sambil membaca mesej yang diterima dari cikgu eil. "So annoying. Wednesday thursday friday betul lah dia tu." Min sambung membebel selepas melepaskan satu keluhan berat. "Bagi arahan sana sini. Who he think he is? My husband? My dad? Annoying." Kelihatannya Min betul2 marah ketika.

"Hey2. Chill ok. Now. Tarik nafas dalam2 dan hembus. Easy ok. Aku tahu perasaan kau. Aku pun pernah alami situasi yang sama juga. He is an annoying man. I hate allllll about him. Makes me want to hurt him so bad. Itu lah apa yang aku cakap dalam hati masa tu. Hehe." Jazzmin cuba menenangkan perasaan Min yang memang beragin ketika itu.

"Yes. Betul cakap kau. Makin aku fikir makin sakit hati aku. Sekarang lebih baik aku tidur sekejap. Untuk rehatkan minda aku ni." Balas Min yang ketika itu sudah sandar di kerusi untuk melelapkan mata.

"Ne. Tidur lah dulu. Nanti kalau dah sampai aku kejutkan kau." Jazzmin tersenyum lega.

"Ne." Jawab Min yang memejamkan matanya.

'Cikgu Eil cikgu Eil. Kenapalah kau garang sangat. Kau buat orang semakin bencikan kau.' Bisik Jazzmin dalam hati.

Kereta toyota camry itu terus dipandu laju di atas jalan raya. Hari itu sengaja mereka berdua memilih untuk makan di cafe yang agak jauh dari sekolah mereka. Sengaja mereka ingin sampai lambat ke sekolah. Lagipun nasib mereka baik apabila mesyuarat hari itu telah dibatalkan.

TBC

Lady JazzminWhere stories live. Discover now