Chapter 13

0 1 0
                                        

(Abaikan Typo)

"KENAPA KAMU SEMUA BERHENTI NI? CEPATLAH BERTINDAK. SELAMATKAN JAZZMIN SAYA!" Adam menengking bila nurse2 dan doktor itu seperti terdiam melihat keadaan Jazzmin ketika itu.

"Doktor. Kalau doktor dan pekerja2 doktor lambat, saya takut nyawa mangsa akan betul2 melayang keluar dari tubuhnya sekarang ni. Lebih baik doktor terus bertindak sekarang. Bawa mangsa ke hospital." Raz berbisik di telinga doktor itu seperti sedang pukau doktor itu. Hanya itu yang boleh Raz tolong ketika itu. Sebab dia juga tak nak Jazzmin mati di situ.

Kemudian dengan cepat Jazzmin dibawa masuk ke dalam ambulan. Adam dibenarkan masuk ke dalam ambulan selepas dia berkeras nak ikut. Dia tak nak biarkan Jazzmin sorang2. Dia nak Jazzmin kuatkan semangat.

"Jazzmin. Saya yakin awak dengar. Tolong. Tolong jangan putus asa. Tolong. Saya sayangkan awak. Tolong. Jangan tinggalkan saya." Adam berbisik di tepi telinga Jazzmin.

Ketika itu roh Jazzmin sedang duduk di tepi jasadnya, tapi ketika Adam tak nampak roh dia. Dia dapat lihat Adam sedang menangis di sebelahnya.

*Adam. Betul ke awak sayangkan saya? Tapi kenapa awak boleh terlibat dengan kerja kotor orang atasan? Adam. Kenapa? Dan kerja kotor mereka dah meragut nyawa Min. Sahabat saya. Dan Eil. Sahabat awak. Awak tak rasa bersalah ke?* Roh Jazzmin menangis.

Adam seperti dapat lihat roh itu. Dia terkejut bila tengok roh Jazzmin dah duduk di tepi jasadnya.

"Jazzmin. Tak. Tak boleh. Jangan tinggalkan tubuh ni. Tolong. Jangan. Tolong. Saya mohon. Tolong jangan tinggalkan saya." Adam merayu dekat roh Jazzmin. "Saga cintakan awak Jazzmin. Tolonglah. Tolong jangan pergi." Adam merayu dengan bersungguh-sungguh. Dia menangis. "Tolonglah. Kalau awak kecewa dengan apa yang berlaku dekat Min. Saya boleh terangkan apa yang berlaku. Saya mengaku yang saya bersalah. Saya terlibat dengan rancangan tu. Tapi semuanya tak macam apa yang awak fikirkan. Tolonglah." Adam merayu lagi. Ketika itu dia sedang memandang roh Jazzmin yang sedang duduk itu.

Tapi nurse2 yang ada di dalam ambulan itu tak boleh nampak roh Jazzmin. Jadi mereka merasa pelik bila Adam merayu dan lihat dekat tempat lain. Sepatutnya Adam tengok muka Jazzmin yang sedang baring.

*Adam, awak boleh nampak saya ke?* Soal roh Jazzmin.

"Semua tu dah tak penting. Apa yang penting sekarang ni, awak kena bertahan. Please. Bertahanlah." Adam merayu lagi dan lagi. Air mata mengalir dengan deras. Nasib hingus tak keluar lagi.

*Maaf.* Balas roh Jazzmin yang kemudiannya lenyap. Malah Adam pun tidak dapat melihat roh Jazzmin ketika itu.

Mesin yang membaca degupan jantung Jazzmin kini kedengaran bunyi beep yang panjang bererti jantung Jazzmin dah berhenti berdegup.

Adam hilang kata2. Kalaulah dia bantah rancangan orang atasan waktu itu, dah tentu semua ni tak akan terjadi. Kalau rancangan itu diteruskan juga, Adam sepatutnya menentang bila mereka mencadangkan Jazzmin sebagai umpan. Kalau orang lain sekalipun dia tak peduli asalkan bukan Jazzmin. Tapi semuanya dah terlambat. Nasi dah jadi bubur.

****

Perkara ajaib telah berlaku. Sepertinya Jazzmin telah mati dan hidup semula. Ketika di dalam ambulan, dia betul2 telah mati. Tapi jantungnya kembali berdegup 1 jam kemudian.

Pihak hospital kaget dengan kejadian itu. Sebetulnya perkara seperti mati hidup semula pernah berlaku. Cuma pesakit itu mati selama 5 minit. Tapi bagi hal Jazzmin, dia dah mati selama 1 jam. Ajaibnya Jazzmin boleh hidup semula.

"Doktor. Macam mana dengan keadaan anak saya?" Soal Juan Fernando iaitu bapa kepada Jazzmin.

Adik Jazzmin iaitu Julia dan kakak2 Jazzmin turut datang ke hospital ketika itu. Doktor sarankan agar mereka semua berkumpul kerana kemungkinan untuk Jazzmin hidup lebih lama adalah 30/70 walaupun dia telah mati selama 1 jam dan hidup semula.

Lady JazzminWhere stories live. Discover now