Chapter 9

3 2 0
                                        

(ABAIKAN TYPO)

Lelaki itu tunduk memandang lantai. Dia tidak berani nak balas renungan tajam dari Jazzmin.

"Kenapa pandang lantai je? Tadi bukan main encik tengking2 cikgu Mila. Tapi sekarang, diam pula." Entah kenapa Jazzmin terasa nak provoke lelaki itu.

"Lagi satu. Saya ada alasan kenapa saya lempang anak encik. Dan saya rasa kalau kes ni dibawa ke mahkamah, anak encik yang kena tahan. Bukan saya." Jazzmin menyilangkan tangan di dadanya.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Cikgu Jazzmin." Kedengaran suara cikgu Adam memanggil nama Jazzmin.

Tiba2 Jazzmin rasa badannya terlalu penat, cepat2 dia duduk kerana hampir2 hilang imbangan. Tapi sempat dia tahan diri dari jatuh.

"Apa yang dah jadi ni?" Soal cikgu Adam. Dia pandang Jazzmin, Mark, cikgu Mila dan bapa kepada Mark. "Tadi ada pelajar saya cakap yang ada orang mengamuk. Kenapa encik mengamuk?" Soal Cikgu Adam ketika dia memandang seorang lelaki berumur 40-an yang hanya tunduk memandang lantai.

Masing2 senyap. Lelaki itu senyap kerana dia terkejut yang anak orang atasan dia adalah cikgu yang lempang anak dia dan anak dia adalah pelajar yang paling teruk di sekolah itu. Mark pula tidak berani nak buka mulut. Dia tahu yang kalau dia buka mulut, pasti cikgu Jazzmin akan ambil tindakan.

Jazzmin pula sedang cuba untuk ingat apa yang berlaku. Entah kenapa sejak akhir2 ni ingatan dia macam semakin teruk. Dia macam mudah lupa walaupun perkara tu baru je berlaku.

Cikgu Mila angkat tangan. "Cikgu Adam. Saya boleh ceritakan apa yang berlaku."

Adam hanya angguk menandakan yang cikgu Mila boleh ceritakan apa yang berlaku. Tapi pandangannya tidak lepas dari terus memandang Jazzmin.

****

Adam duduk di bangku di pejabatnya. Dia sandarkan badannya di kerusi dan dongak pandang siling pejabat.

"Apa yang perlu aku buat? Perlu ke aku buat apa yang orang atasan dah rancang? Kenapa tiba2 aku rasa bersalah pula?" Adam meraup mukanya dan mengeluh.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Semua rancangan kita dah susun. Aku pun tak sampai hati. Tapi cuma itu je cara yang kita ada. Semuanya demi kita dan dia." Seseorang datang entah dari mana secara tiba2. Tapi Adam tidak terkejut. Sepertinya dia sudah biasa dengan perkara tu.

Sekali lagi Adam mengeluh.

****

Jazzmin mengetuk jari di permukaan meja. Dia ligat memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Seolah-olah ingatannya telah hilang. Atau lebih tepat lagi seperti ada orang yang mengawal tubuh dan mindanya hingga dia tidak sedar apa yang berlaku.

"Aku ada penyakit nyanyuk ke?" Jazzmin mengetuk jari di dahinya. Cuba untuk berfikir.

"Cikgu Jazzmin. Kenapa ketuk kepala sendiri?" Soal Cikgu Salmah yang muncul secara tiba2.

"Ish cikgu Salmah ni. Suka buat saya terkejut." Jazzmin mengurut dadanya kerana terkejut bila cikgu Salmah muncul secara tiba2.

"Hehe. Maaf2." Cikgu Salmah tersenyum lebar ketika sedang mengambil botol berwarna jingga milik Jazzmin.

"Tapi kan cikgu. Bila di fikirkan balik. Dah banyak kali cikgu muncul secara tiba2. Cikgu ni ada kuasa teleport ke?" Soal Jazzmin dekat cikgu Salmah.

Soalan Jazzmin itu hampir buat cikgu Salmah tersedak memandangkan dia sedang minum air ketika itu. "Eh. Cikgu Jazzmin ni, ada2 je lah." Cikgu Salmah lap bekas air yang ada di tepi bibirnya. Botol jingga itu diletakkan semula ditempatnya tanpa rasa bersalah.

Lady JazzminWhere stories live. Discover now