Chapter 12

1 2 0
                                        

Jazzmin jalan di koridor sekolah. Perasaannya kuat mengatakan ada yang tak kena dengan perlantikan guru baru bagi menggantikan kedudukan Eil dan Min. Dia betul2 rasa yang perkara tu memang dah di atur sejak awal lagi. Malah perasaannya kini mengatakan yang nahas kapal terbang itu ada kaitan dengan orang2 di sekolah itu.

"Saya nak pengetua buat apa2 sahaja agar Jazzmin lupakan nama Min. Memandangkan Min sepatutnya dah mati. Dan tak wujud dalam dunia ni. Saya tak nak...."

Jazzmin terkejut. Dia terkedu. Syak wasangkanya betul. Cikgu2 di sekolah itu ada kaitan dengan nahas kapal terbang itu.

Ketika itu dia sedang mencuri dengar pengetua Kim berbual dengan seseorang. Jazzmin tak nampak siapa orang itu sebab orang itu membelakangi Jazzmin. Tapi dia yakin yang orang itu perempuan sebab orang tu memakai pakaian perempuan.

"Tapi Jazzmin macam dah syak ada benda yang tak kena. Kamu tak rasa ke cepat sangat kita ambil Anne dan Raz. Sebab Jazzmin.... Cikgu Jazzmin?" Pengetua Kim terkejut bila dia baru sedar yang Jazzmin sedang mencuri dengar perbualan dia dengan perempuan misteri itu.

Perempuan itu tidak pandang ke belakang, sebaliknya dia larikan diri seperti tidak mahu identitinya diketahui oleh Jazzmin.

Jazzmin pula dah lari tinggalkan tempat tu. Tangannya tak berhenti mendail nombor polis. Dia harus laporkan hal itu dekat polis dengan segera. Mereka harus ditangkap atas kesalahan mereka.

"Ish. Kenapalah masa ni juga tangan ni nak menggeletar ni?" Rungut Jazzmin bila tangannya tak berhenti menggeletar.

Dia akur yang ketika itu dia rasa takut. Ye lah. Dia dah tahu yang nahas kapal terbang tu dirancang oleh orang atasan sekolahnya. Dia yakin yang orang2 atasan dia akan ambil tindakan terhadap dia. Sama ada di dibuang sekolah atas kesalahan yang berat (mestilah orang atasan yang akan bagi arahan dan cipta semuanya). Atau dia akan dilenyapkan dari dunia ni.

"Cikgu Jazzmin. Ada apa ni? Kenapa cikgu nampak kelam kabut je ni?" Soal Adam yang ketika itu berjalan bertentangan dengan Jazzmin.

Jazzmin cadang nak bagi tahu apa yang dia tahu, tapi dia tiba2 teringat apa yang terjadi tadi. Perubahan nada suara Adam ketika dia terangkan mengenai tanggungjawab dan rancangan yang masih menjadi tanda tanya di fikiran Jazzmin.

'Tak. Aku tak boleh bagi tahu dekat Adam. Tak. Kenapa sekarang ni aku rasa semua cikgu2 dalam sekolah ni tak boleh dipercayakan? Aku kena cepat. Aku kena laporkan hal ini dekat polis. Biar semua rancangan jahat mereka terbongkar. Biar kematian Min diberi keadilan.' Jazzmin berbisik dalam hatinya.

Ketika dia hendak melepasi Adam, tiba2 Adam pegang tangan dia. Dengan pantas dia tepis tangan Adam.

"Cikgu Jazzmin. Kenapa ni? Apa yang dah berlaku?" Soal Adam dengan pelik.

'Tak. Aku tak boleh bagi tahu dia yang aku dah tahu semuanya. Aku kena cepat keluar dari sekolah ni. Sekolah ni bahaya bagi aku. Sekolah ni dah tak selamat. Aku kena selamatkan diri aku.' Jazzmin tidak membalas kata2 Adam, sebaliknya dia terus meninggalkan Adam.

Adam seolah-olah dapat baca kata hati Jazzmin. Dengan pantas dia mengejar Jazzmin. Sebab dia tahu ada musibah yang akan menimpa Jazzmin hari itu. Tapi dia juga tak pasti apakah musibah itu.

Jazzmin semakin panik bila Adam ikut dia dari belakang. Dia mempercepatkan langkahnya. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta. Lepas tu cepat2 dia kunci pintu kereta biar tak boleh dibuka dari luar.

(Bunyi pintu diketuk dari luar)

Jazzmin terkejut. Dia rasa jantungnya macam akan berhenti bila2 masa je dari sekarang. Kelihatan Adam berada di luar kereta.

Lady JazzminWhere stories live. Discover now