Chapter 14

3 1 0
                                        

Jazzmin pandang budak itu. Budak tu pegang payung warna kuning. Jazzmin cuba nak ingat sesuatu sebab dia rasa macam pernah nampak budak perempuan tu. Fikir dan fikir, akhirnya baru dia ingat.

"Samjang?" Soal Jazzmin dekat budak itu.

Secara automatiknya budak tu angkat kening macam pelik dengan soalan Jazzmin.

"You know. Samjang. Dalam cerita hwayugi. Masa dia kecik2 kan dia selalu bawa payung warna kuning. Sama macam payung yang kamu pegang tu." Jazzmin ketawa kekok bila dia tengok budak tu buat muka blur.

"Dah lah. Sekarang ni kamu kena ingat. Yang kamu akan diberi kelebihan. Terpulang dekat kamu nak fikir sama ada kelebihan itu sebagai satu kelebihan atau kekurangan kamu. Sekejap lagi kamu akan kembali semula ke kehidupan kamu yang normal. Atau yang baru. Sebab mungkin bagi diri kamu sendiri yang kamu tak akan nampak macam orang normal. Well. Saya hanya mampu harapkan yang terbaik untuk kamu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sila jaga diri." Lepas budak tu cakap macam tu, gambar di dinding itu tiba2 keluarkan cahaya dan tarik Jazzmin masuk ke dalam gambar tu.

"Eh. Sekejap. Saya nak tanya. Betul kan awak ni Samjang masa kecik?" Tak habis2 Jazzmin dengan soalannya itu.

Budak kecik tu geleng kepala sebab tak sangka yang Jazzmin masih fikirkan lagi tentang perkara itu. Kemudian dia buka payung dia dan pusingkan payung itu di hadapan Jazzmin. Bila Jazzmin tengok payung tu berpusing, dia jadi mengantuk dan akhirnya dia tertidur.

"Semoga kita dapat berjumpa lagi." Itulah kata2 terakir yang budak kecik itu katakan sebelum Jazzmin pengsan.

****

"Doktor. Pesakit 302 dah sedar." Seorang nurse berlari mendapatkan seorang doktor yang sedang berbual dengan Juan iaitu ayah kepada Jazzmin.

"Jazzmin dah sedar?" Juan terkejut bila nurse tu sebut pesakit katil 302. Sebab itu adalah nombor katil dan nombor bilik wad tempat Jazzmin dirawat.

"Ya. Jazzmin Fernando dah sedar Tuan." Nurse itu begitu teruja.

"Ajaib. Betul2 ajaib. Saya tak sangka. Mari Tuan. Kita pergi tengok anak Tuan." Doktor itu salam Juan tanda ucapan tahniah kerana Jazzmi dah sedar.

Kemudian mereka berjalan menuju ke arah wad 302.

Hari itu satu hospital kecoh bila mereka dapat tahu cerita tentang Jazzmin. Pesakit yang dah mati selama 1 jam hidup semula kini dah sedar. Mana tak nya. Mereka rasa yang kisah Jazzmin tu satu kisah yang unik. Biasalah. Manusia memang sukakan kisah2 yang unik macam tu.

"Tahniah Encik." Seorang lelaki tiba2 mengucapkan tahniah dekat Juan.

Juan hanya tersenyum dan angguk tanda terima kasih walaupun dia tak kenal siapa lelaki itu.

Sementara doktor check Jazzmin untuk seketika, Juan telefon anak2nya dan Adam. Masa Juan mula2 sampai di wad kecemasan, orang pertama yang di jumpa ialah Adam. Dia nampak tangan Adam ada darah, dia ingat Adam juga telibat dalam kemalangan dengan Jazzmin. Tapi rupa2nya darah tu ialah darah milik Jazzmin yang melekat dekat tangan Adam masa Adam pegang tangan Jazzmin dalam ambulan. Dan Juan jadi agak rapat dengan Adam sebab Adam ada ceritakan Jazzmin orang yang macam mana masa dekat sekolah.

"Hello. Cikgu Adam. Saya ada berita baik." Juan berbual dengan Adam dalam talian. "Ya. Jazzmin dah sedar. Betul cakap kamu. Jazzmin memang seorang yang kuat. Terima kasih kerana selalu tolong dia dan bagi kata2 semangat buat dia. Dan terima kasih sebab bagi kami kekuatan untuk terus percaya yang dia akan sedar semula." Juan mengucapkan terima kasih.

Sebenarnya, ada masa tu doktor cakap yang jantung Jazzmin berdegup hanyalah disebabkan bantuan mesin. Bererti jantung Jazzmin sangat lemah. Ketika itu Juan terfikir untuk hentikan mesin tu sebab dia tak nak Jazzmin makin tersiksa. Tapi mujur Adam datang pada waktu yang tepat dan melarang mereka dari cabut mesin tu.

Lady JazzminWhere stories live. Discover now