Mereka berdua selamat tiba di sekolah menengah xxxx. Ketika sampai dalam kawasan sekolah, Min masih lagi lena dibuai mimpi. Min memang jenis yang mudah tidur masa naik kereta, walaupun perjalanan tu pendek, dia tetap akan terlelap.
"Min. Bangun. Dah sampai." Jazzmin menepuk perlahan bahu Min.
Min tersedar dari lena. Dia memandang ke luar kereta. "Haih. Dah sampai." Dia mengeluh. Dia berharap yang mereka akan lambat sampai ke sekolah sebab dia tak mahu berjumpa dengan Cikgu Eil.
Jazzmin sekali lagi menepuk bahu Min dengan perlahan. Dia tahu kenapa Min mengeluh.
"Apa2 pun. Aku tahu kau boleh tempuhinya." Jazzmin cuba bagi semangat.
Entah kenapa hari itu Min rasa sangat berdebar, takut dan menyampah sekali gus bila Cikgu Eil cakap nak jumpa dia. Apa yang Min rasa waktu itu ialah dia teringin nak tumbuk muka si Cikgu Eil. Lelaki biadap yang perasan handsome tu.
"Hmmmm. Dah. Jom kita keluar dari kereta. Nanti orang ingat kita ni curi tulang pula. Jom. Lagipun sekejap lagi aku ada latihan dengan anak murid aku." Jazzmin memujuk Min.
"Oh. Latihan lompat tinggi ke? Untuk sukan peringkat sekolah bulan depan?" Soal Min meminta kepastian.
"Ha'ah. Betul. Memandangkan mesyuarat hari ini dibatalkan, nampaknya latihan kena diteruskan." Jawab Jazzmin sambil menunjukkan aksi memanaskan badan.
"Waaaah. Jazzmin you're so daebak. Hebatlah. Peringkat sekolah tu. Kalau menang, boleh pergi ke peringkat daerah pula." Min teruja seketika.
"Hehe. Tak lah. Biase je. Baru peringkat sekolah." Balas Jazzmin malu.
"Eh. Kira ok lah tu. Lagipun kau bawa nama sekolah kita. Kan itu satu pencapaian sebagai seorang jurulatih dan guru pendidikan jasmani." Min menyangkal pendapat Jazzmin yang menyangka bahawa peringkat sekolah hanyalah perkara kecil sahaja.
"Thanks." Jazzmin hanya senyum. "Eh. Jom2. Dah lambat ni." Tiba2 Jazzmin tersedar yang jam sekarang dah pukul 2.55 minit.
"Ha'ah lah. Aku nak kena jumpa dengan the evil tu. Ok2. Kita jumpa nanti ye." Balas Min yang sudah melangkah keluar dari kereta. Kemudian dengan pantas dia mengatur langkah untuk pergi ke bilik literasi. Manakala Jazzmin pula menuju ke stor alatan sukan. Tempat dia dan atlet sekolah selalu berkumpul.
****
Jazzmin berjalan dengan agak cepat kerana dia baru teringat yang dia harus buat pengumuman mengenai latihan lompat tinggi yang akan diadakan hari ini. Langkah diatur untuk pergi ke bilik pengumuman.
Pelajar2 di dalam kelas yang dia lepasi semua sedang tekun belajar.
Setibanya dia di hadapan bilik pengumuman, dia lihat Min dan Cikgu Eil keluar dari bilik litersi. Ianya kerana bilik literasi dan bilik pengumuman berada di bangunan yang sama cuma dipisahkan oleh beberapa buah bilik.
Entah kenapa Jazzmin tidak ada niat untuk memanggil nama Min. Dari jauh dia lihat Min dan Cikgu Eil berhenti sebentar. Kelihatannya mereka seperti berbual lagi dan kali ini Min seperti sedang menyeka air mata yang jatuh dari tubir matanya.
'Min menangis?' Soal Jazzmin dalam hati. Namun dia masih lagi mendiamkan diri dan tidak memanggil nama Min. Min dan Cikgu Eil pula tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan. Walaupun ketika itu Jazzmin masih lagi berdiri di hadapan bilik pengumuman dan orang boleh nampak dia dengan jelas. Tapi dia pelik kenapa Min dan Cikgu Eil masih tidak perasan akan kewujudan dia di situ.
Dari jauh Jazzmin nampak yang Cikgu Eil cuba untuk memegang bahu Min tapi sempat Min tepis.
'Ish. Cikgu Eil ni dah melampau.' Getus hati Jazzmin.

YOU ARE READING
Lady Jazzmin
DiversosJazzmin, seorang gadis biasa yang hidup dalam keluarga biasa. Kehidupannya mula berubah bila dia ditimpa kemalangan. Boleh dikatakan dia mendapat deria ke-enam. Namun, kelebihan itu sedikit demi sedikit membuatkan dia semakin dekat dengan nasib mala...