(ABAIKAN TYPO)
Jazzmin mengeluh perlahan. Tayar keretanya ditendang dengan perlahan.
"Sorry lah Min. Aku rasa aku tak sempat sampai ke airport. Tayar kereta aku pancit. Kalau nak tunggu teksi pun, mana ada." Jazzmin mengeluh perlahan. Rasa macam nak menangis pun ada. Dah lah hari ni Min akan berlepas ke luar negara. Masa ni juga lah tayar kereta nya nak buat hal.
-"Eh. Tak apa. Aku faham. Kau dah call dan bagi tahu pun aku dah rasa lega. Lagipun aku tak sedih sangat sebab aku tahu nanti kita akan berjumpa lagi".- Balas Min di hujung talian.
Setitis air mata menitis dari tubir mata Jazzmin. Macam mana kalau ditakdirkan dia tak akan berjumpa dengan Min lagi?
-"Weh. Kau menangis ke? Weh. Janganlah nangis. Kau ni. Macam lah kita akan berpisah selamanya."- Suara Min kedengaran agak panik apabila dia seperti tahu yang Jazzmin menangis.
Jazzmin menyeka air matanya. "Aku harap kita akan berjumpa lagi. Aku yakin yang kita akan berjumpa lagi. Kau jangan lupakan aku ye." Jazzmin tersenyum dalam tangis.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, talian dimatikan. Kerana kapal terbang yang Min naiki akan berlepas tidak lama lagi.
/ting/
Satu chat whatsapp telah diterima oleh Jazzmin.
Dari: MinChaMinJoo
/Gambar swafoto Min dan cikgu Eil/
/Don't worry. Kita akan berjumpa lagi./Jazzmin tersenyum lega. Walau apa pun yang terjadi. Dia kena buang jauh2 fikiran negatifnya itu.
/Baiklah. Semoga selamat sampai. Kita jumpa lagi nanti. See you soon my friend. Selamanya kita bersahabat./ Jazzmin membalas chat itu.
****
Jazzmin memandu keretanya masuk ke dalam kawasan sekolah menengah xxxx. Hari itu Jazzmin datang ke sekolah agak awal. Jadi belum ramai pelajar sekolah yang sampai di sekolah ketika itu.
Keretanya di parking di tempat khas parking untuk guru dan kakitangan sekolah itu.
Tiba2 cermin kereta Jazzmin diketuk dari luar. Kelihatan cikgu Adam di luar kereta.
Pintu kereta dibuka. "Eh. Cikgu Adam. Selamat pagi. Awalnya cikgu sampai." Jazzmin menyapa cikgu Adam.
"Selamat pagi. Awak pun apa kurangnya. Awal awak sampai." Cikgu Adam tersenyum manis.
"Haha. Entahlah. Tiba2 rasa nak datang awal hari ni." Balas Jazzmin. Tapi tiada senyuman di bibirnya.
'Bestnya kalau ada Min. Boleh aku sarapan dengan dia pagi2 macam ni dekat cafe sekolah.' Jazzmin merungut dalam hati.
"Cikgu Jazzmin. Jom pergi sarapan dekat cafe sekolah." Cikgu Adam pelawa Jazzmin untuk sarapan bersamanya.
Jazzmin termenung. Dia tidak balas apa2. Fikirannya seperti sedang terbang melayang ke mana.
"Cikgu Jazzmin?" Adam melambaikan tangan di depan muka Jazzmin.
"Eh. Ada apa ya cikgu Adam?" Soal Jazzmin yang tersedar dari lamunan ketika itu.
Adam hanya ketawa melihat reaksi Jazzmin. "Cikgu nampak macam tak bermaya. Apa kata kita pergi sarapan dekat cafe sekolah. Saya belanja." Adam sekali lagi menyatakan hasratnya untuk pergi sarapan dengan Jazzmin.
"Boleh. Apa salahnya. Saya pun lapar sekarang ni. Agaknya sebab tu saya asyik termenung." Balas Jazzmin.
Kemudian mereka berdua berjalan seiringan menuju ke cafe sekolah.
YOU ARE READING
Lady Jazzmin
De TodoJazzmin, seorang gadis biasa yang hidup dalam keluarga biasa. Kehidupannya mula berubah bila dia ditimpa kemalangan. Boleh dikatakan dia mendapat deria ke-enam. Namun, kelebihan itu sedikit demi sedikit membuatkan dia semakin dekat dengan nasib mala...