Chapter 3

5 2 0
                                    

Malam itu, Jazzmin rasa risau apabila Min tidak menjawab panggilan telefon darinya. Bunyi tutt tutt ada. Tapi tiada siapa yang angkat.

Akhirnya Jazzmin buat keputusan untuk hantar mesej dekat Min.

=Weh. Kau d mana? Kenapa x jawab call aku? Kau ok ke? Macam mana tadi masa kau jumpa c. Eil? Kalau kau baca mesej ni, balas or call or missedcall aku tau.=

Begitulah bunyi mesej yang dihantar kepada Min. Tapi tiada balasan dari Min.

Jazzmin baring di atas katilnya. Matanya melilau-lilau memandang siling biliknya. Fikirannya ligat memikirkan sebab kenapa Min berkelakuan aneh. Selalunya Min akan jawab bila dia telefon. Tapi hari ni lain pula perangai dia. Oleh sebab Jazzmin tak mahu terus berfikiran negatif, dia pejamkan mata dan berharap yang dia akan terlelap.

Beberapa minit kemudian dia terlena di buai mimpi.

Kemudian telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tapi waktu tu dia dah tertidur, jadi dia tak sedar ada mesej masuk.

Malam itu angin bertiup dengan agak kuat. Langit semakin gelap bila tiada cahaya bulan. Semuanya gara2 bulan sudah ditutupi dengan awam gelap. Namun tiada titisan air hujan yang jatuh menimpa bumi.

Rata2 waktu itu orang sudah lena dibuai mimpi. Hanya sesetengah orang sahaja yang masih lagi melalukan kerja mereka. Mereka tiada pilihan melainkan melakukan kerja yang disuruh demi sesuap nasi. Demi keluar, isteri dan anak. Demi untuk meneruskan hidup.

Nak tak nak, mereka terpaksa bersengkang mata di saat orang lain sudah lena dibuai mimpi indah. Di saat orang lain sedang berhibur bersama rakan atau keluarga. Mereka mengorbankan masa mereka untuk kerja. Sungguh murni sikap mereka.

Di satu sudut di bandar itu, sekumpulan manusia sedang berkumpul. Kelihatannya seperti mereka sedang berbincang sesuatu.

"Malam ni kau, aku, Anne, Raz, Maz dan Mika pergi ronda dekat kawasan 3m1. Kita akan jaga di kawasan baru. Kawasan yang tengah jadi tumpuan dyeorang sekarang ni. Jadi aku nak kau sediakan semua peralatan yang kita perlukan. Pastikan lengkap. Yang lain jaga di kawasan biasa." Seorang lelaki yang berketinggian 180 memberi arahan kepada orang2 yang ada di hadapannya. Lelaki itu memandang tuan empunya badan yang disebutnya sebentar tadi untuk menjaga kawasan 3m1.

"Kamu semua faham tak?" Soalnya. Dingin suara dia.

"Faham." Jawab orang2 itu.

"Baiklah. Kalau macam tu, kita bersurai. Bergerak ke lokasi masing2 sekarang juga."

Kemudian mereka beredar. Kumpulan manusia yang agak ramai tadi kini sedikit demi sedikit beransur pergi. Yang tinggal hanyalah 6 orang termasuk lelaki yang memberi arahan tadi.

"Ish. Aku tak faham betul lah. Kenapa group kita juga yang kena jaga dekat kawasan tu? Kenapa tak bagi group 4 je? Kan group dyeorang tu lagi pro. Betul tak?" Raz mengeluh dan memandang seorang perempuan yang tidak disebutkan namanya tadi.

"Entah. Mana aku tahu. Group 4? Mereka kuat? Are you kidding me? Dyeorang tu tak kuat mana pun. I think you alone are better than them. Huh. Kuat huh. So funny." Gadis itu membalas dan kata2nya lebih kepada sindiran.

"Dah2. Tak payah nak sindir orang sangat. Jom kita bergerak sekarang. Malam makin gelap. Aku tak nak kerja kita siap lewat sangat. Esok aku kena kerja. Ada meeting pula tu. Korang pun esok kerja kan. So, better kita gerak sekarang." Balas si ketua yang kemudiannya lenyap dari pandangan mata kasar. "Siapa lambat, aku tak kasi elaun." Jerit ketua mereka sebelum hilang dari pandangan.

"Hey. Suka2 je nak potong elaun orang lain. Tau lah dia tu kaya raya harta setinggi gunung. Tapi tak payah lah nak tarik rezeki orang lain." Sempat lagi Mika membalas kata2 ketua mereka. Yang lain hanya geleng kepala.

Kemudian mereka ber-lima juga hilang dari pandangan mata kasar secara serentak.

****

Jazzmin melangkah masuk ke dalam kawasan bilik guru. Pagi tadi dia telefon Min tapi tiada talian. Semakin risau Jazzmin dibuatnya. Dan malam tadi ada perkara aneh yang juga membuatkan dia tiba2 merasa penat. Badannya terasa seperti telah melakukan kerja yang tersangat berat.

"Eh. Jazzmin. Kenapa nampak macam tak bersemangat je ni?" Cikgu Salmah menyapa Jazzmin ketika dia hendak melangkah keluar dari bilik guru.

"Eh. Selamat pagi cikgu Salmah." Jazzmin menyapa cikgu Salmah. "Saya ok je. Mungkin saya dah nak tua kot." Balas Jazzmin selamba.

Tiba2 cikgu Salmah terbatuk perlahan. "Ehem. Ehem. Perkataan tua tu perlahan sikit ya." Ujar cikgu Salmah dengan ter-agak2.

Jazzmin ketawa kekok. Dia tidak bermaksud nak tujukan perkataan tua tu dekat cikgu Salmah. Tapi lain pula yang cikgu Salmah fikir. "Ha ha. Ok." Balas Jazzmin dengan kekok.

"Ehem." Cikgu Salmah mengeluarkan cermin dari dalam beg nya. "Saya rasa saya perlu pergi ke spa. Haish. Kenapalah kedut ni asyik melekat je dengan saya. Well, mybe sebab saya sentiasa nampak muda kot. Sampai kedut pun iri hati dan nak melekat dengan saya. Haha." Cikgu Salmah memuji dirinya sendiri.

Jazzmin pula tengah krik2. Malas nak layan perangai double side cikgu Salmah, Jazzmin berlalu pergi apabila cikgu Salmah sedang membebel mengenai kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan muda. "Saya pergi dulu." Bisik Jazzmin perlahan sebelum berlalu pergi. Kalau dia layan si cikgu Salmah, boleh jadi sampai ber-jam2 lah jawabnya.

"See. Nampak tak dekat kawasan ni, dekat kawasan ni selalunya ada kedut. Tapi dekat tepi bibir saya tak ada...." Cikgu Salmah memandang ke sekelilingnya. Kata2nya terhenti apabila dia lihat Jazzmin sudah tiada. "What? Aku cakap sorang2 ke dari tadi?" Soal cikgu Salmah dekat dirinya sendiri.

Jazzmin nampak Min dari Jauh. Min berada di mejanya sendiri. Dengan pantas Jazzmin melangkah menuju ke arah Min.

"Selamat pagi cikgu Jazzmin. Kerja yang saya suruh kamu...." Cikgu Mila menegur Jazzmin, tapi kata2nya terhenti apabila Jazzmin terus berlalu pergi. Soalan Cikgu Mila hanya dibalas dengan ucapan selamat pagi. "Aku kena di palaukan lagi ke?" Cikgu Mila membuat reaksi sedih.

Jazzmin duduk di kerusi khas untuknya. "Weh. Min. Kenapa tak balas mesej aku?" Soal Jazzmin dalam nada risau. Ye lah. Mana tak risaunya. Si Min tiba2 tak jawab telefon. Sebelum ni tak pernah Min tak jawab panggilan darinya. Lagi2 kali ni dia bersikap aneh selepas berjumpa dengan cikgu Eil.

"Huhu." Min menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang retak.

"Eh?!" Soal Jazzmin dengan pelik. "Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Jazzmin.

"Huaaaa. Semalam macam mana entah, hp aku tiba2 jatuh. Bila aku on'kan hp aku, hidup. Cuma skrinnya je tak berfungsi. Sebab tu masa kau call aku tu, aku tak dapat nak jawab. Bila kau mesej aku pun aku tak dapat nak balas. Maaf." Jawab Min dengan nada sedih.

"Eh2. Tak. Aku tak marah. Aku risau je. Ye lah, semalam kan kau pergi jumpa cikgu Eil. Aku cuma nak tahu je apa yang jadi semalam. Aku ingat ke cikgu Eil ada buat benda pelik2 dekat kau dan kau cedera, sebab tu kau tak angkat call aku. Tapi rupanya sebab lain. Haha." Balas Jazzmin dengan agak panjang lebar.

Tapi tiba2 mata Min kelihata berair seperti hendak menangis. Jazzmin perasan akan perubahan itu.

"Weh. Kau kenapa?" Soal Jazzmin panik.

"Cikgu Eil. Dia...." Min terdiam sebentar.

Jazzmin mengeluh, dia dah agak dah. Mesti cikgu Eil ada buat benda tak elok dekat Min. 'Siaplah kau Eil. Kejap lagi lepas aku dengar penjelasan dari Min dan aku dapat tahu kau buat benda tak elok dekat dia. Aku lenyek2 kau sampai jadi penyek!' Jazzmin bermonolog dalam hati.

"Huaaaa. Aku malu bila fikirkan hal semalam." Min merungut perlahan seolah-olah dia tidak mahu orang lain dengar apa yang dia cakap.

Jazzmin semakin geram. 'Malu? Tak kan lah si Eil tu cuba buat benda tak senonoh dekat Min. Ish. Eil. Memang patut pun aku tambah huruf v dalam nama kau. EVIL.' Jazzmin memaki dalam hati.

"Kau cerita dekat aku apa yang jadi semalam. Biar aku belasah si Eil tu."

Tapi tiba2 ada benda aneh yang jadi dekat Min. Pipinya tiba2 memerah apabila Jazzmin suruh cerita apa yang berlaku semalam.

TBC

Lady JazzminWhere stories live. Discover now