Langkah masih di atur untuk menuju ke arah bilik literasi. Entah kenapa ketika itu jarak bilik literasi dirasakan begitu jauh sekali. Terasa macam dah satu jam dia berjalan. Jazzmin mendengus kasar. 'Apehal lah jauh sangat bilik literasi ni? Time orang nak cepat, time tu lah dia buat hal.' Getus Jazzmin dalam hati.
Kemudian dia sampai di bangunan yang menempatkan bilik literasi. Dari jauh Jazzmin dapat lihat dengan jelas yang pintu bilik literasi tertutup rapat. Jantungnya berdebar dengan kencang.
"Min. Kau ok ke?" Soal Jazzmin perlahan.
Tiba2 kakinya berhenti dengan sendiri. Seolah-olah tubuhnya telah dikawal oleh seseorang. Seperti di hipnotis.
"Apahal pula ni? Kenapa kaki aku berhenti tiba2 pula ni?" Jazzmin menyoal dirinya sendiri.
*bunyi dengung* Tiba2 Jazzmin terdengar bunyi seperti berdengung. Jantungnya berdetak dengan lebih laju. Tanpa buang masa, kakinya melangkah laju menuju ke arah bilik literasi kerana dia betul2 yakin yang bunyi tu datang dari bilik literasi.
"Min. Min." Mulut Jazzmin tak berhenti memanggil nama Min. Dari jauh kelihatan ada asap yang keluar dari dalam bilik literasi melalui ruang udara bawah pintu.
"Min. MIN!" Jerit Jazzmin ketika dia berjalan menghampiri bilik literasi. Setelah sampai dia di sana, pintu bilik literasi terus diketuk dengan kuat. "MIN. KAU ADA DEKAT DALAM TAK? MIN. APA YANG DAH JADI? KENAPA KELUAR ASAP NI? MIN. JAWAB LAH." Jazzmin hilang arah. Dia bingung. Dia tak tahu apa yang harus dia buat sekarang ni.
"Tak kan lah ada kebakaran kot. Kalau betul ada kebakaran, mesti bunyi loceng kecemasan dah berbunyi. Ish. Apa yang patut aku buat ni?" Soal Jazzmin sendirian.
Kemudian dia lihat asap yang keluar dari dalam bilik literasi makin banyak. Asap tadi berwarna putih kini dah bercampur dengan warna kelabu.
Jazzmin semakin panik. Makin kuat pintu bilik itu diketuknya. Rasa macam nak menangis pun ada.
Tiba2 bunyi berdengung tadi kedengaran lagi. Kali ini bunyi itu agak nyaring.
Jazzmin berfikir sebentar. Kemudian mendapat satu idea. Walaupun dirasakan yang hasil idea dia itu adalah 50/50. Jazzmin dah nekad. Dia akan masuk ke dalam bilik literasi tu dan lihat sendiri apa yang berlaku. Kalau betul lah Min berada dalam keadaan bahaya atau cedera, dia akan sedaya upaya untuk selamatkan Min.
Jazzmin merenung tombol pintu. Jantungnya berdetak dengan laju. Fikirannya tiba2 bercelaru. Tubuhnya sedikit menggeletar apabila terbayangkan kemungkinan untuk dia hadapi situasi buruk sekejap lagi adalah besar.
Tombol pintu dipegang dengan erat. Nafas ditarik dengan dalam dan dihembuskan dengan kuat. Kemudian tombol pintu dipulas dan daun pintu di tolak perlahan.
Asap yang banyak tadi kelihatan semakin tebal ketika dia buka pintu itu. "Minnnn!" Jazzmin memanggil nama Min dalam nada perlahan dan agak bergetar. Ketika itu dia masih lagi berada di luar kawasan bilik literasi. Dia masih lagi tidak berani nak jengahkan kepala ke dalam dan lihat apa yang berlaku.
Pada waktu itu ketakutan mula menyelubungi diri. 'Tak boleh. Aku kena berani. Demi Min. Aku kena selamatkan Min.' Bisik Jazzmin dalam hati.
'Satu. Fuh. Dua. Fuh. Tiga.' Sempat lagi dia mengira dalam hatinya. Kemudian pintu di tolak dan dia jengah ke dalam bilik literasi.
Gelap. Begitulah suasana bilik literasi ketika itu. Tak nampak apa2 kerana terlalu gelap. Tapi cahaya memang tidak mudah masuk ke dalam bilik itu memandangkan bilik literasi tiada tingkap. Tapi gelap yang Jazzmin nampak ketika itu lebih kepada gelap yang menakutkan. Gelap seperti malam yang tak ada bulan. Seperti malam yang sekejap lagi akan hadir hujan serta ribut petir.

YOU ARE READING
Lady Jazzmin
RawakJazzmin, seorang gadis biasa yang hidup dalam keluarga biasa. Kehidupannya mula berubah bila dia ditimpa kemalangan. Boleh dikatakan dia mendapat deria ke-enam. Namun, kelebihan itu sedikit demi sedikit membuatkan dia semakin dekat dengan nasib mala...