"Cikgu Jazzmin? Apa cikgu buat dekat sini?" Soal cikgu Adam dengan pelik bila dia berjumpa dengan Jazzmin di pejabat sekolah. Ketika tu dia nak punchcard.
Jazzmin hanya membalas pertanyaan Adam dengan senyuman manis.
"Cikgu. Cikgu yakin ke yang cikgu boleh mengajar hari ni?" Soal Adam kerana risau.
Risau juga Adam dekat Jazzmin. Ye lah. Semalam seharian dia menangis. Dia risau Jazzmin akan menangis lagi hari ini.
"Cikgu Adam. Cikgu jangan risau ye. Saya ok je. Lagipun saya rasa pergi ke sekolah hari ni adalah pilihan yang tepat. So. Ya. Here i am." Balas Jazzmin.
Ketika itu mereka sedang berjalan menuju ke arah tapak perhimpunan.
"Eh. Cikgu Jazzmin. Selamat pagi. Hows your day today?" Dari jauh cikgu Salmah menyapa Jazzmin.
"Hi cikgu Salmah. Selamat pagi. Saya ok je. Cikgu pula apa khabar?" Soal Jazzmin setelah membalas sapaan cikgu Salmah.
"Well. Macam biasa je. Tak ada yang berbeza." Keluh cikgu Salmah.
"Eh. Kenapa cikgu mengeluh ni?" Soal Jazzmin yang dapat baca perubahan sikap cikgu Salmah.
"Saya malas lah nak cakap lebih2. Apa kata cikgu pergi tengok dekat tapak perhimpunan sekolah. Ada siapa." Balas Salmah diikuti dengan satu keluhan.
Jazzmin pandang Adam. Tapi Adam hanya angkat bahu tanda tak tahu apa maksud kata2 Salmah.
Kemudian Jazzmin dan Adam berjalan di belakang cikgu Salmah untuk pergi ke tapak perhimpunan.
Dari jauh kelihatan ramai cikgu sudah berkumpul di kawasan khas untuk cikgu.
"Eh. Cikgu Adam. Cikgu Jazzmin. Kamu berdua dah sampai. Ni saya kenalkan. Cikgu baru yang akan gantikan cikgu Eil dan cikgu Min." Pengetua Kim menyapa cikgu Adam dan Jazzmin. Kemudian dia kenalkan dua orang cikgu baru dekat mereka berdua.
"Yang tu cikgu Raz. Dia yang akan gantikan posisi cikgu Eil. Dan yang ni cikgu Anne. Dia akan gantikan tempat cikgu Min." Pengetua Kim kenalkan dua orang cikgu baru tu dekat Adam dan Jazzmin.
Jazzmin terdiam. Dia tak sangka yang tempat Min dan Eil akan digantikan secepat tu. Baru sehari kejadian tu berlaku, tapi mereka dah dapat cari pengganti.
'Aku pelik betul lah. Cepat nya dyeorang dapat cari pengganti. Macam perkara tu memang dyeorang dah rancang dari awal.' Jazzmin bermonolog dalam hati. Tiba2 dia rasa seperti ada yang tak kena.
Tiba2 dia keluarkan getah rambut dan ikat rambut dia.
"Hai. Saya Anne. Selamat berkenalan." Anne hulurkan tangan dan ingin bersalam dengan Jazzmin.
"Hai. Saya cikgu Jazzmin. Mengajar pendidikan jasmani." Balas Jazzmin dengan ramah.
"Saya Cikgu Raz." Raz hulurkan tangan dan ingin bersalaman dengan Jazzmin. Tapi tiba2 Adam yang sambut salam tu.
"Saya pulak cikgu Adam. Selamat berkenalan." Adam tersenyum seolah-olah bermaksud jangan nak menggatal dengan Jazzmin.
Raz tersenyum menyenget.
"Saya rasa simpati atas apa yang berlaku dekat Cikgu Eil dan cikgu Min." Pengetua Kim mengeluh untuk menunjukkan yang dia betul2 rasa simpati.
"Well. Tak perlu pun bersimpati kalau tuan dah boleh jumpa 'pengganti' mereka dalam waktu yang singkat. Tapi rasanya baru je sehari kejadian tu berlaku. Dah jumpa pengganti. Rasa macam memang orang atasan dah rancang semua ni. Pelik betul." Sepertinya Jazzmin ingin menyindir tindakan pengetua Kim.
Cikgu2 yang dengar kata2 Jazzmin ketika itu turut terdiam. Adam juga tak sangka yang Jazzmin akan cakap macam tu.
Malah dia sedar akan perubahan sikap Jazzmin ketika itu. Atau lebih tepat lagi Adam sedar yang sikap Jazzmin akan berubah bila dia ikat rambutnya.

YOU ARE READING
Lady Jazzmin
CasualeJazzmin, seorang gadis biasa yang hidup dalam keluarga biasa. Kehidupannya mula berubah bila dia ditimpa kemalangan. Boleh dikatakan dia mendapat deria ke-enam. Namun, kelebihan itu sedikit demi sedikit membuatkan dia semakin dekat dengan nasib mala...