Chapter 10

4 2 0
                                        

(ABAIKAN TYPO)

Jazzmin tersedar dari tidurnya. Tubuhnya terasa tidak bermaya. Dia pandang ruangan itu. Dia kenal dengan susun atur dalam ruangan itu. Ya, dia ada di dalam bilik di rumah sewanya.

"Kenapa aku boleh ada dekat dalam bilik aku?" Jazzmin menekan kepalanya yang terasa agak pening ketika itu.

Kemudian dia teringat apa yang cikgu Adam cakap pasal Min. Kemudian dia pandang katil dia. "Aku dekat atas katil. Maknanya yang tadi tu mimpi je lah?" Soal Jazzmin dekat dirinya sendiri.

Kemudian Jazzmin tersenyum gembira. "Dah agak dah yang tadi tu cuma mimpi je. Ish. Kenapalah aku dapat mimpi yang pelik2 macam tu. Tak mungkin Min mati dalam nahas kapal terbang. Pelik." Jazzmin cuba untuk meyakinkan hatinya yang berita itu hanyah mimpi dahaja

"Maaf. Itu semua bukan mimpi. Cikgu Jazzmin. Cikgu Min betul2 dah tak ada. Itu semua bukan mimpi." Tegas suara Adam ketika ingatkan Jazzmin apa yang berlaku dekat Min bukanlah mimpi.

Min betul2 telah terlibat dalam nahas kapal terbang yang telah menyebabkan 130 orang terkorban.

"Dan cikgu kena ingat. Sahabat saya pun telah terkorban dalam kemalangan tu. Jadi saya pun rasa apa yang cikgu rasa." Cikgu Adam meletakkan dulang yang berisi segelas susu dan beberapa keping roti di meja kecil di sebelah katil Jazzmin.

Jazzmin menangis. Realiti sungguh menyakitkan. Betapa dia berharap yang semua tu hanyalah mimpi. Dia nak Min hidup balik. Tapi apa yang dah jadi tak boleh diundurkan semula.

Jazzmin menangis dan menangis lagi. Matanya masih lagi agak bengkak lepas dia menangis semalaman.

Kemudian Adam peluk bahu Jazzmin untuk tenangkan Jazzmin.

"Ken.... napa.... hik..... kenapa Min yang ken.... na.... hik.... Saya nak.... hng.... Min balik." Jazzmin menumbuk tilam dengan perlahan ketika menangis.

Adam mengeluh perlahan. Dia hanya biarkan Jazzmin menangis dalam dakapannya.

****

Jazzmin duduk di sofa di ruang tamu. Jam menunjukkan dah pukul 4 petang. Dia tak tahu berapa lama dia menangis. Sebab lepas dia menangis dia terus tidur semula dan dia sedar dari lena jam 3 petang tadi.

"Makanlah bubur ni. Pagi tadi lepas awak menangis, awak terus tidur. Makanlah sikit. Baru badan tu ada tenaga." Adam meletakkan semangkuk bubur di hadapan Jazzmin. Jazzmin hanya merenung bubur itu dengan pandangan kosong.

"Saya nak tengok tv." Balas Jazzmin perlahan.

Dengan pantas Adam ambil remote tv. "Kamu nak tengok chanel mana? Biar saya bukakan." Adam pandang Jazzmin sekilas.

Tapi Jazzmin tak balas. Sebaliknya dia tadah tangan, isyarat supaya Adam bagi dia remote tv itu. Adam faham dan bagi remote tu dekat Jazzmin.

Satu persatu chanel tv dilepasi. Tapi tak semua berkenan di hati Jazzmin. Sampai dekat satu chanel, chanel tu sedang tayang sebuah drama korea yang bertajuk 'hwayugi'. Kisah di mana si gadis (watak utama) boleh melihat hantu.

Tiba2 kenangan ketika dia dan Min menonton cerita itu bermain di ingatannya.

#Flashback#

"Oi. Tengok cerita apa tu?" Soal Jazzmin selepas menepuk bahu Min dengan sederhana kuat.

Hari itu Min tidur di rumahnya. Saja je. Sekali sekala tidur di rumah Jazzmin. Lagipun keesokan harinya cuti, jadi tak salah pun.

"Ni haaaa. Cerita hwayugi. Cerita pasal perempuan tu boleh nampak roh atau hantu. Lepas tu masa kecik dia lepaskan seorang lelaki ni. Lelaki tu wataknya tuhan monyet. Lepas tu perempuan tu kena hukuman sebab lepaskan lelaki tu. Hukumannya ialah dia kena tangkap hantu seumur hidup dia. Dan darah dia dijadikan special. Dan dia digelar samjang. Lepastu...."

Lady JazzminWhere stories live. Discover now