-Chapter 2-

186 10 0
                                    

****Media-Muvie

[Muvie pov]

Sudah lima tahun kemusnahan yang hampir parasit itu timbulkan. Aku terfikir macam mana aku boleh berada disini lagi? Bukan sepatutnya aku mati? Aku sendiri pun tidak tahu macam mana aku boleh kembali ke dunia aku sendiri? Pelik bukan?

"Ahhh , bosannya!!!!"

Seperti biasa. Aku sendirian. Aku sudah tidak tahu apa yang hendak dibuat dekat dunia ni. Aku rasa aku dah tak diperlukan di sana? Bagaimana keadaan Alice selepas letupan ais itu?

Banyak persoaalan yang bermain dalam minda aku. Tapi soalan itu dibalas dengan soalan aku sendiri. Mereka kata setiap orang ada kisah tersendiri . Kadang-kadang aku terfikir kisah aku macam ini ke? Seorang.... Tiada teman. Tetapi itulah realiti. Kelakarnya bila aku fikir yang aku ada kawan.

"Realiti memang menyakitkan tapi inilah hakikatnya"

Daripada aku berfalsafah seorang diri , baik aku buat benda yang boleh hilangkan bosan aku. Aku mengatur langkah ke bilik simpanan yang ada di rumah agam ini. Di bilik simpanan ini mempunyai pelbagai peralatan.

Aku banyak menyiasat tentang rumah agam ini. Menurut bonda, rumah agam ini bukan miliknya. Rumah agam ini diberikan oleh salah satu kawannya. Jadi rumah agam ini menjadi sepenuhnya milik aku.

Aku pelik siapa yang akan bina rumah agam tersergam indah ini pada dunia yang tiada penghuni ? Adakah pemilik rumah ini gila? Tetapi aku tak boleh mengembara didunia ini. Aku sendiri tak tahu tentang dunia. Aku mahu juga mengembara di dunia yang tiada penghuni ini. Kenapa dia tiada penghuni? Ataupun pemilik rumah ini yang....? Mungkin banyak persoalan yang aku hendak jawapan sekali lagi.

Aku terus perjalanan aku untuk mengambil barang lukisan. Aku baru sedar selama aku duduk di rumah agam ini. Tiada satu gambar atau potret keluarga pemilik rumah ini? Bonda sendiri juga tidak ceritakan tentang pemilik rumah ini kepada aku. Aku berdiri di balkoni rumah agam ini. Suasana sunyi. Hanya bunyi derusan angin. Matahari mula terbit dihadapan aku. Cahaya keemasan mula terpancar. Aku mengamatinya. Sudah lama , aku tidak menikmati suasana alam sekitar ini. Lamgit mula bertukar merah jambu ke merah kejinggaan. Aku dah lihat alam mula bersilih ganti kepada malam. Aku akhiri lukisan aku dengan langit yang bertukar malam pada atas kanvas.

Selesai sahaja , aku terus gantung lukisan ini di dinding kamar aku. Aku berjalan dan berpusing menerokai rumah agam pada waktu malam yang sunyi ini. Aku berlari pula ke bilik bacaan. Aku mengambil buku yang bertajuk 'Star Heir'. Buku kegemaran aku. Aku membaca buku itu di balkoni kamar. Angin di malam yang sejuk mendayu-dayu meniup perlahan beberapa helai rambut aku . Malam yang sangat panjang bagi aku.

Aku masih berfikir apa yang di lakukan oleh Alice? Bonda? Ayahda? Alice mesti sudah berkahwin dengan Eidan. Dan aku juga pelik bagaimana aku mampu bertahan hidup di dimensi ini seorang diri. Hendak dikatakan aku dibesarkan oleh bonda dan ayahda. Aku tahu mereka besarkan aku disini sehingga umur aku 12 tahun. Memori itu masih segar dalam ingatan aku.

|Flashback....|

"Muvie kamu dah besar. Kamu tahukan yang kamu ada adik . Bonda dan ayahda ingin menlihat adik kamu pula"kata Madam Sarela sambil mengusap kepala Muvie.

"Ya... Ayahda akan melawat kamu selalu. Jadi kamu perlu jaga diri kami disini. Nah ambil buku ini"

King Visnus memberikan Muvie sebuah buku tebal berwarna biru galaksi.

"Star Heir??"

"Ini buku kegemaran ayahda yang kamu mahu baca. Ayahda mahu kamu memilikinya"

||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]Where stories live. Discover now