-Chapter 11-

72 5 0
                                    

*****Media-Ian  with hair and green eyes****

Lucian mengambil kerta daripada tangan Marrissa. Dia menjauhi dirinya daripada yang lain.

-----------------------

Kepada siapa yang membaca kertas ini ,

Saya adalah kakak kepada budak lelaki kecil. Namanya ialah Ian Reslz. Saya hanyalah satu-satu keluarga yang Ian ada. Saya terlibat dalam salah satu penyakit yang boleh membawa kematian. Saya sudah meminta tolong bermacam pengguna kuasa sembuh. Tetapi ajal masih lagi mahu menemani saya. Jadi saya terpaksa meninggalkan Ian di taman tema ini pada tema kekasih. Saya tahu akan ada insan berhati emas akan menjaga Ian untuk saya. Jika Ian bertanyakan tentang ibu bapa sebenarnya. Gambar ibu bapa kami ada didalam beg yang Ian selalu pegang. Di dalam beg itu , semua maklumat tentang Ian.

Terima kasih kerana jaga Ian untuk saya...

Lucian tidak tahu untuk memberitahu Muvie tentang ini. Tak akan dia ingin mencsri kakak Ian yang sedang diambang maut. Jadi Lucian sudah merancang sesuatu untuk dia tidak mahu Muvie terkejut dengan berita ini. Dia kembali ke tempat mereka berkumpul untuk pulang ke istana.

"Ok , jom kita balik. Ian jom kita balik..."

"Papa .... Mama!!!!"

Lucian mendukung Ian di belakangnya. Mata Ian berwarna hijau mencairkan hati Lucian. Mungkin dia akan menjadikan Ian sebagai anak angkatnya selapas pemilihan permaisuri itu nanti. Dia akan umunkannya pada rakyatnya kemudian.

"Muvie jom balik...."

"Baiklahh...."

Sepanjang masa mereka diam didalam kereta. Muvie melihat di luar tingkap , setiap pelosok Kerajaan Lunia dia menilai dengan kemajuan Kerajaan Emsa. Perbezaan yang amat ketara. Walaupun Kerajaan Lunia mengalami kemajuan yang pesat tetapi dia masih lagi dapat merasakan alam semula jadi disekitarnya . Muvie masih berfikir kenapa Lucian tidak memcari sahaja kakak Ian? Dan kertas apa yang Lucian baca yang diberikan oleh Marrissa? Rahsia apa lagi yang dia tidak tahu lagi...?

Muvie mengeluh kecil. Badannya semakin penat. Matanya semakin berat tetapi didalam fikirannya masih lagi penuh dengan soalan. Jadi dia mula membuai dengan alunan mimpi. Lucian dapat Muvie perlahan menutup matanya. Ian pula berada didalam pangkuannya. Dengan perlahan kepala Muvie berada di paha Lucian. Dia tersenyum kecil melihat makhluk kecil berdua ini tidur. Dia memperbetulkan posisi Muvie dan Ian tidur.

Selepas beberapa jam perjalanan , mereka akhirnya tiba di istana. Lucian melihat cuaca diluar masih lagi petang. Memandangkan mereka mempunyai banyak masa berehat daripada taman tema pagi tadi. Lucian melihat tangan Marrissa penuh dengan patung beruang dan kucing.

Mungkin aku mensediakan bilik untuk Ian? Disebelah bilik aki atau Muvie? Macam...? Aku dan dia hendak berlakon seperti suami isteri???? Muvie setuju ke??? Mungkin untuk Ian???..... Dia boleh lakukannnya tapi..... Kenapalah aku tak terfikirkan tentang semua ni???

Lucian mula mengurut dahinya sedikit.

"Honey... Mari sini saya dukung Ian.... Honey tolong kejutkan Muvie atau honey dukung dia pergi bilik  dia "

Hilda pula mengambil alih mendukung Ian.

"Saya minta kawan Muvie.... Ella dan Mila  akan jaga Ian untuk hari ni. Selepas makan malam mungkin adalah waktu paling sesuai kita semua berkumpul.... Saya nak awak rehat secukupnya untuk pemilihan itu dan bagaimana awak dan Muvie boleh bertunang."

||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]Where stories live. Discover now