***Media-Dahlien(black) dan Alian(White)*****
Pada pagi yang cerah , lembayu meniup lembut. Langsir berwarna hijau tidak lagi diganggu. Cahaya jingga matahari masih lagi redup tidak terlampau panas. Tidur seorang raja yang nyenyak masih lagi tidak lagi diganggu oleh Muvie. Muvie terus masuk ke bilik kerja Lucian tanoa mengetuknya. Dia tahu Lucian masih lagi nyenyak tidur di sofa. Dia menatang dulang yang dipenuhi dan makanan sarapan untuk Lucian. Selain itu dilengan lengkap pakaian Lucian untuk menyambut kedatangan Dahlien. Dia menyelak langsir hijau. Cahaya matahari mula memenuhi ruang kerja Lucian. Dia meletakkan dulang diatas serta pakaian lengkap Lucian. Dia berjalan pula ke arah Lucian. Dia memegang tangan Lucian.
"Tuan bangun.... Lagi setengah jam Dahlien akan tiba di pagar istana."
Tiada respon daripada Lucian.
"Tuan!!! Bangun!!!"
Masih lagi tiada respon daripada Lucian.
Tidur mati dia ni.
Seperti biasa Muvie sentiasa ada idea untuk menggejutkan Lucian. Rancangan jahat dan rancangan Muvie tidak pernah baik.
"TUAN!!!!! KERAJAAN LUNIA KENA SERANGG!!!!!!"
Automatik Lucian bangun daripada tidurnya. Dia terus berlari ke arah tingkap. Dengan rambutnya sedang serabai dan wajah yang baru bangun tidur masih jelas kelihatan.
"Huh!!! Muvie!!! Mana ada apa-apa!!!?"
Semasa Lucian memandang Muvie. Muvie sudah ketawa besar dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya untuk ketawa.
"Muvie tak lawak!!!!! Aku risua kalau apa-apa berlaku pada semua orang."
"Ye... Saya tahu salah saya tuan. Tapi saya dah cuba untuk kejut tuan dengan lembut. Tapi tuan tak bangun jugak. Jadi saya terpaksa guna cara kasar. Untuk pengetahuan tuan lagi setengah jam Dahlien akan tiba di pagar istana."
"....."
Muvie tahu Lucian masih marah dengan perbuatannya. Salahnya juga menggunakan cara sedemikian rupa untuk mengejutkan Lucian.
"Dan lagi satu tuan, semua kerja tuan semalam. Saya dah siapkan. Sekarang tuan perlu sarapan dan bersiap. Selepas itu , tuan boleh turun ke bawah selepas sambutan itu tuan perlu berehat sepuluh minit , baru tuan boleh pergi mesyuarat."
"...."
"Tuan!!!.... Janganlah merajuk dengan saya!!!! Saya mintak maaf."
Muvie terus memegang mangkuk sarapan Lucian. Lucian pula masih lagi cuba untuk mengabaikan apa yang Muvie sedang buat. Muvie duduk disofa dengan Lucian. Dia sudah membuat Lucian terkejut dengan kehadirannya. Lucian terus bangun daripada sofa lalu dia pergi ke bilik mandi.
"Alah.... Janganlah macam ni!!!! Aku tak sengaja. Atleast makanlah sikit tuan..... Nanti tuan tak ada tenaga nanti."
Lucian sudah lengkap dengan pakaiannya. Dia dapat lihat Muvie di sofa sambil memegang mangkuk sarapan dan sudu.
"Tuan tak boleh macam ni!!! Tuan kena sarapan....!!! Nanti tuan tak ada tenaga untuk mesyuarat nanti."
Lucian terus keluar daripada bilik kerjanya. Dia tidak terlalu ambil hati dengan gurauan Muvie. Tetapi dia sengaja untuk melihat cara Muvie memujuknya. Dia tahu dia tidak boleh mengelak begitu lama daripada Muvie.
"Abang!!! Cepat Dahlien dah sampai dihadapan pintu istana"
"Baiklah.."
Lucian memimpin tangan adiknya manakala Muvie pula mengikuti mereka berdua di belakang. Lucian dan Muvie berdiri bersebelahan. Baru sahaja dia sedar yang dia memakai baju yang sedondon dengan tunangnya yang lain. Hanya Muvie sahaja yang lain. Dia memakai baju sama dengan Marrissa. Tentu Marrissa yang mahu Muvie memakai sedondon dengannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/147149644-288-k350500.jpg)
YOU ARE READING
||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]
FantasyPerjanjian yang dipersetujui oleh King Visnus Arell dan King Ferdrian Gold. Perjanjian memberi kebaikan kedua belah pihak. King Ferdrian Gold mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Muvie Visnus calon tunang cucunya suatu hari. Dan hasratnya terca...