Suasana istana sedikit hura-hara , apabila seorang pahlawan misteri memberitahu bahawa kerajaan Lunia akan diserang. Khabar angin yang diterima oleh pihak istana mendapat tekanan yang kuat kerana dengan kehilangan raja tanpa sebarang berita membimbangkan mereka . Mereka tahu bahawa Lucian tidak akan meninggalkan rakyatnya begitu sahaja.
Rakyat percaya kepada rajanya.
Raja tidak akan tergugat dengan ketiadaan rajanya.
Rakyat hanya setia kepada pemerintah kerajaan Lunia.
Mereka percaya dengan ikrar raja mereka.
Briana dan Hilda tekun mendengar rancangan Dorian dan Alex . Rancangan mereka hanya sandaran dan rancangan utamanya adalah Muvie dan Lucian. Mereka memerlukan kebolehan Lucian dan Muvie untuk merancang startegik . Buah fikiran mereka kalau digabungkan akan menjadi mantap. Jadi kini , mereka hanya menyediakan idea sandaran sebagai langkah-langkah berjaga-jaga.
"Itu sahaja." Kata Dorian mengakhiri perbincangan mereka. Dia memandang Sebestian dan Jack. Mereka berdua sedang tidur. Tak guna punya sepupu!!! Berbuih mulut dia membuat perancangan. Mereka berdua boleh tidur. MANGKUK AYUN TINGKAT TIGA BETUL LAHH!!!.
"HOI!!!!" Jeritan Dorian mengejutkan Sebestian dan Jack. Mata mereka kembali segar.
"Aku punyalah beria cerita kau orang boleh tidurr ehh!!!!.... Kau orang ingat aku ni tengah story bedtime ke!!!?"
Jack hanya tersenyum senget menampakkan barisan giginya yang sikit sumbing itu. Sebestian pula hanya mampu menggaru pipinya yang tidak seberapa gatal itu. Briana dan Hilda hanya menggeleng kepala mereka sahaja.
"Alah... Dorian janganlah marah~"
Jack cuba memujuk Dorian. Dorian ni kalau merajuk mengalahkan perempuan cara pujuknya. Jadi sebelum Dorian protes tak mahu bercakap dengannya baik dia pujuk.
"Jangan sentuh aku!!! Dasar mangkuk ayun tingkat tiga betul!! Telinga capang macam tu jangan nak cuba pujuk. Pergi jauh-jauh sana. Jangan cari aku pergiiii!!..."
Dorian sudah menolak badan Jack ke tepi. Marah Dorian juga seperti perempuan kena bendera merah. Emosi tak stabil.
"Dorian janganlah merajuk. Ok , aku janji aku dengar apa yang kau cakap dari A hingga Z . Kalau kau cakap mak cik kantin tu ada skandal dengan ane kedai gunting rambut tu pun aku percaya."
Hilda dan Briana sudah memandang dengan pandang semacam. Mereka rasa Jack dan Dorian semacam. Dorian tidak termakan dengan pujukan Jack. Mata terkalih apabila melihat pandangan Hilda dan Briana yang jijik itu. Baru dia tersedar cara memujuk Jack seperti cuba memujuk kekasihnya. Muka Dorian sudah berubah merah. Dia mula kalut.
"Ehh!!! Hilda... Briana ni macam kau orang sangkakan. Aku tak ada istilah gay dalam diri aku. "
Hilda dan Briana mengangguk serentak. Kemuadian mereka menghembus nafas lega. Mereka juga pelik jika lelaki sekacak Dorian dan Jack suka sesama jantina. Tetapi tidak mustahil jika cara layanan mereka seperti itu orang lain juga pasti akan sama seperti mereka.
Hilda membayangkan Jack dan Dorian mempunyai hubungan sejenis. Eww~. Tiba-tiba sahaja , dia meremang dia tidak boleh membayangkannya. Dorian merenung tajam kearah muka Hilda. Kemudian mengetuk meja Hilda dengan kuat. Dia merenung tetap mata Hilda dengan tajam . Dahi Hilda mula berpeluh. Baginya Dorian tahu apa yang difikirkan olehnya. Apa yang perlu ditunggu lagi?? Jika sayangkan telinga baik blah dulu.
Hari ini asyik marah sahaja seperti perempuan datang bulan.
Hilda masih lagi menyembunyikan dirinya daripada Dorian.
YOU ARE READING
||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]
FantasiaPerjanjian yang dipersetujui oleh King Visnus Arell dan King Ferdrian Gold. Perjanjian memberi kebaikan kedua belah pihak. King Ferdrian Gold mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Muvie Visnus calon tunang cucunya suatu hari. Dan hasratnya terca...