-Chapter 16-

86 7 1
                                    

Pada keesokan harinya , Lucian melihat disebelah katilnya adalah Ian. Kepalanya terasa pening seperti dia hempap batu konkrit.  Dia mencari kelibat Muvie. Dia cuba berdiri dengan kakinya sendiri. Tetapi dia tidak mampu. Tenaga yang digunakannya semalam , telah melemahkan badannya. Dia berharap Muvie ada disininya ketika ini. Sekian lamanya , dia tidak menggunakan kuasanya itu. Badannya masih lagi lenguh. Dia mahu seperti terbelah dua . Kalaulah dia tidak menggunakan kuasa itu semata-mata untuk menyelamatkan Muvie dan Ian. Alangkah bodohnya , dia tahu Muvie mampu menyelamatkan dirinya sendiri tanpa sebarang pertolongannya. Tengoklah keadaannya sekarang , sangat menyedihkan bagi seorang raja yang ingin memerintah. Dia kini merehatkan dirinya di atas sofa. Dia memicit dahinya.

"Mungkin betul juga kata Muvie. Aku memang dah tua untuk semua ni." Dia memegang kepalanya yang semakin berkurang sakitnya.

Matanya tertumpu pada Ian yang sedang lena tidur seperti bayi , mula bergerak sedikit. Ian bangun dari tidurnya dan dia mula memanggilnya.

"Papa , mama mana? Ian rindu mama." Katanya sambil berjalan kearahnya.

"Mama ada tadi. Dia kata dengan papa dia nak buat sarapan untuk kita. Nanti lepas Ian dengan papa mandi , jom kita turun makan. Dah jom mandi , busuk anak papa sorang ni." Sambil mencium pipi Ian.

"Mana ada papa yang busuk... Eeei~."

-----------------------------------

Lucian menuruni tangga sambil mendukung Ian dilengan yang sasa. Dia melihat suasana diistananya..... Sunyi dan sepi. Tiada sebarang gelak tawa para pembantu istana. Tiada bunyi para askar berlatih pedang. Tiada lagaan pedang Muvie di ruang latihan. Di meja makan dia melihat kesemua sepupunya dan tunang ada disitu kecuali seorang....

"Mana Muvie?."

Lucian berjalan kearah mereka. Kemudian , dia meletakkan Ian dikerusi. Mereka semua hanya senyap. Tiada seorang tidak mahu bersuara. Lucian mula pelik dengan soalan yang tidak dijawab itu. Bukan susah soalan yang diberikan? Melainkan ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuannya.

"Hilda? Briana? Mana Muvie??"

Kini mata Lucian mendarat pada Briana dan Hilda salih berganti. Mereka hanya menggigit bibir mereka. Mereka tidak berani bertentang mata dengan Lucian. Mereka tahu yang mereka telah melakukan kesilapan yang besar. Demi mengurangkan kemarahan Lucian yang hendak meletus itu. Dorian mengambil tindakan untuk bersuara.

"Muvie mahu pergi tangkap Dahlien."

"Huh?" Mata Lucian kini bertentang dengan Dorian tetapi kali ini Dorian melarikan anak matanya ke lantai.

"Muvie mahu tangkap Dahlien. Dia kata Dahlien adalah punca Ian dan dia kena culik. Aku cuba halang dia tapi dia tetap pergi juga. Walaupun aku dah ugut kedudukan dia sebagai tunang."

Lucian berdiri daripada kerusinya. Dia memandang Hilda dan Briana.

"Hilda.... Briana.... Aku sayang kau orang berdua. Sayang aku pada kau orang tak pernah luntur daripada kali pertama kita berjumpa. Sepanjang perkenalan masa kecil kita , adalah kenangan terbaik aku. Jadi aku sayang , aku nak putuskan pertunangan ni."

"Lucian!!" Jack dan Sebastian menjerit secara serentak."Kenapa!!!" Jack mencengkam kolar baju Lucian.

"Sebab aku nak Muvie yang jadi QUEEN aku. Muvie tahu apa yang dia buat." Suara Lucian mula meninggi.

"Walaupun dia tidak mempunyai bukti untuk menangkap Dahlien. Lucian... Dalam beberapa hari yang lepas , kami dapat khabar angin bahawa akan ada peperangan di Lunia. Tolonglah Lucian dengar cakap aku , hentikan Muvie sebelum pemerintah Moonania tidak marah dan mengisytiharkan perang dengan Lunia." Dorian masih lagi dalam nada memujuk Lucian. Dia tahu kekerasan tidak akan dapat melembutkan hati Lucian yang dia ada keras itu.

||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]Where stories live. Discover now