Muvie mula memejamkan matanya. Di saat muka ketua penculik sudah berada dihadapannya. Dengan perlahan-lahan dia memegang dagu Muvie. Air mata Muvie mengalir denngan perlahan. Dia terasa masa mula berdetik perlahan. Muvie tiada daya untuk berlawan ketua penculik yang berada dihadapannya. Secara tiba-tiba dia terkejut kerana lengan baju kirinya telah dikoyakkan oleh ketua penculik. Di saat ketua penculik itu mahu meraba kaki Muvie. Muvie cuba menendang muka hodohnya.
"Jangan berani kau sentuh aku!!!"
Akhirnya , Muvie mampu melepaskan tangannya dari gari itu. Kemudian dia menedang perut si hodoh itu lalu dia menendangnya di bahagian muka. Lelaki hodoh itu menahan kesakitan. Dia memandang Muvie dengan penuh ghairah.
Dia mula mendekati Muvie tanpa sebarang perasaan ragu-ragu walaupum dia sudah ditendang oleh Muvie dua kali. Muvie berdiri disitu seperti tiada apa yang berlaku. Di tangan kanannya mempunyai pedang emas kesayangannya. Kini Muvie menendang muka lelaki hodoh itu sekali lagi. Jatuh rebah... Terkulai. Muka yang sedia ada hodoh bertambah hodoh dengan darah yang mengalir daripada hidungnya. Muvie menarik rambutnya kemudian pedang emas Muvie tepat pada leher lelaki hodoh itu."Orang macam kau tak layak untuk hidup dekat dunia ni"
Suara serak basah Muvie memenuhi ruang itu. Mata Muvie tiada sebarang perasaan untuk memenuhi nafsu membunuhnya pada lelaki hodoh itu. Jika dia mampu memlepaskan diri dari nafsu syaitan lelaki hodoh ini , tentu lelaki ini akan mencari mangsa baru untuk nafsunya. Dalam beberapa saat sahaja , dia boleh memotong kepala lelaki dihadapannya. Muvie baru tersedar bahawa lelaki dihadapannya sudah mati. Serta merta dia melepaskan lelaki itu. Badannya sudah terbelah dua. Muvie mencari figura yang menghalang mangsa pertama yang dibunuh oleh tangannya sendiri. Muvie melihat mata emas yang menarik perhatian dalam pencariannya. Figura itu tersenyum lebar.
"Kau tak perlu untuk kotorkan tangan kau yang suci tu."
"Apa yang kau maksudkan , Lucian?"
Dalam perbualan antara mereka berdua seperti antara orang asing. Tiada kemesraan. Tiada kemanjaan dalam kata-kata.
"Aku tahu bahawa kau belum lagi membunuh dengan tangan kau"
Muvie melihat telapak tangannya. Kemudian matanya beralih kearah Lucian. Lucian kini bukan dalam keadaan yang normal. Lucian adalah Dia. Tanduk yang bertakhta dikepalanya. Sayap hitam berkilat yang gah mampu menakutkan sesiapa yang melihatnya. Gigi taring jelas kelihatan yang mahukan darah bila-bila masa sahaja. Muvie terfikir seketika. Dalam fikiran itu , dia mahu luahkan.
"Lucian, adakah semua ini menyakitkan badan kau?"
Muvie bergerak ke hadapan setapak demi setapak. Lucian terpaku dengan ayat spontan Muvie . Dia tidak sangka Muvie mengambil berat tentang dirinya kini seperti raksasa. Dia sepatutnya rasa takut pada rupanya kini.
"Kau tak takut ke pada rupa aku yang sekarang ni?!"
"Lucian , adakah dalam rupa begini kau rasa sakit...? Sakit yang amat?"
Muvie mengulang semula soalannya. Kini dia berada dihadapan Lucian. Lucian memandang wajah Muvie. Dia tidak boleh membuang perasaan untuk lemah. Dia mahu kuat dihadapan Muvie walaupun dia dalam keadaan sakit. Kesakitan itu hanya dia sahaja yang merasainya. Tetapi kenapa dihadapan Muvie dia mahu menunjukkan yang dirinya lemah?
"Ya... Sakit sangat Muvie."
"Jom kita pergi tempat yang kau boleh tunjukkan kesakitan kau."
Muvie memeluk Lucian. Kemudian Lucian melebarkan sayapnya terbang jauh daripada tempat kotor itu. Dia mahu pergi jauh sejauh yang boleh. Dimana tiada siapa yang tahu kesakitannnya. Dia akhirnya berada di satu kawasan padang rumput yang luas mata memandang. Di bahagian tengah padang rumput dihiasi dengan pondok bersaiz sederhana. Lucian mendarat tepat dihadapan pondok itu. Mereka berdua masuk tanpa ragu-ragu.
Suasana malam yang senyap menemani mereka. Lucian memandang Muvie seperti sedang menunggu riak muka Muvie yang prihatin... Yang penyayang. Akhirnya Muvie mula memberi senyuman lembut kepadanya.
"Mari sini Lucian."
Muvie mendepakan tangannya menandakan dia mahu memberi pelukan kepada Lucian. Lucian terus berlari kearah Muvie.
"Lucian , macam mana untuk aku hilangkan kesakitan kau ni?" Kata Muvie sambil mengusap lembut rambut Lucian.
Lucian memandangnya dengan pandangan yang sangat sayu. Dia tidak mampu untuk berkata bagaimana untuk Muvie meredakan kesakitannya.
"Kalau kau tahu tentu kau tak akan mampu untuk lakukannya. Kerana aku adalah raksasa...-"
"Kau hanya perlu beritahu dan aku akan lakukannya." Muvie memotong ayat Lucian. Dia menghembus nafas kepenatan. Dia tahu Lucian tidak boleh luahkannya tetapi dia perlu tahu juga kerana dia mahu membantu Lucian. Dia tidak mahu menanggung kesakitan itu seorang diri.
"Muvie... Aku perlukan darah untuk kembali kepada bentuk asal aku...."
Suara serak Lucian berbunyi. Dia tidak mahu Muvie mengetahuinya tetapi kenapa mulutnya masih lagi mahu berkata-kata ? Dia melihat Muvie melepaskan pelukan antara mereka. Sangkaan Muvie mula jijik dengannya seperti mana kawan-kawannnya dan ahli keluarga yang tahu tentang dirinya. Tetapi dia melihat perilaku Muvie. Muka Muvie langsung tidak terukir dengan wajah menjengkelkan.
"Aku patut berasa malu dengan diri aku. Walaupun diri aku tidak sempurna yang kau mahukan Muvie kau tetap melayan aku seperti aku layak dengan layanan kau berikan . Apakah balasan yang aku boleh beri pada kau suatu hari nanti?"
Lucian tekun melihat Muvie membantunya dengan kesakitan yang dia alami.
"Lucian , cuba ingat ni. Yang kau tak keseorangan. Kau ada aku dan kau masih ada lagi ahli keluarga yang tinggal. Di dalam dunia tiada yang dicipta keseorangan malah mereka dicipta berpasangan dan berkeluarga. So you don't think that you alone cause I'm for you , Lucian. So now , aku nak kau berehat dan jangan beri tekanan yang sedia ada ni. Good Night , Lucian."
Muvie mencium dahi Lucian. Kemudian dia menutup pintu dengan perlahan. Dia mahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Muvie menoreh tapak tangan kanannya maka darah kuning keemasan mula mengalir. Muvie membiarkan darahnya mengalir lalu meniti dilantai. Apabila darahnya memijak tanah , cahaya putih mula terpancar satu per satu membentuk sebuah cermin. Kemudiannya , dia membaca mantera cahaya. Mata Muvie bercahaya biru. Pada cermin , jelas terpapar bayangan seorang gadis berambut hitam. Muvie tersenyum jahat apabila melihat wajah dihadapannya.
"Jadilah kaulah punca segala hura-hara."
Muvie meletakkan tangganya pada cermin itu. Kemudian bayangan cermin itu berubah , ia menunjukkan suasana kelam Kerajaan Lunia. Muvie hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Bilakah peperangan di dunia ni akan berhenti? Untuk apa mereka berperang? Kepuasan? Harta? Balas dendam? Semua tidak membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak!!"
Muvie terus menumbuk cermin dihadapannya sehinga pecah berderia kepada kepingan yang kecil. Dia membaca mantera cahaya sekali lagi dimana dia memberi perlindungan kecil kepada Ian dari jauh daripada segala masalah. Dia mula merindui Kerajaan Lunia dan keluarganya disana. Besok dia tekad untuk pulang selepas Lucian berasa tenang dan tidak berputus. Muvie memandang pintu bilik Lucian
-Tidak lama lagi ,semuanya akan kembali kepada asal maka janganlah engkau getar. Janganlah engkau gusar ..... Di saat engkau mengharapkan cahaya. Ingatlah padaku wahai sang raja yang tersungkur.-
YOU ARE READING
||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]
FantasyPerjanjian yang dipersetujui oleh King Visnus Arell dan King Ferdrian Gold. Perjanjian memberi kebaikan kedua belah pihak. King Ferdrian Gold mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Muvie Visnus calon tunang cucunya suatu hari. Dan hasratnya terca...