-Chapter 9-

73 6 0
                                    

Muvie berlari ke kamar Lucian. Kemudian dia melompat ke atas katil.

"Lulu!!! Bangun!!!!!"

Muvie melompat-lompat diatas katil Lucian. Lucian pula melambung berulang kalisedikit tinggi akibat Muvie melompat diatas katilnya. Dahlien yang kebetulan hendak mengejut Lucian , dia membuka pintu Lucian. Dia terkejut melihat Muvie melompat dikatil Lucian .

"Oi.!!! Muvie kau buat apa tu?"

"Dahlien jom join Lulu tak nak bangun......"

"Tak nak , seorang puteri tak sepatutnya macam ni. Muvie kau sepatutnya jadi lebih lembut."

"Haish, itu aku tahu.... Tapi Lulu tak nak bangun pun daripada tidur dia. Susah betul nak kejut dia." Muvie terus duduk disebelah Lucian yang masih lagi nyenyak daripada tidur. Dia memandang Dahlien di bahagian sebelah katil yang lagi satu.

"So , Dahlien kau pulak yang kejut dia. Mana tau dengan kelembutan kau. Dia bangun dari tidur dia." Dengan nada memerli

Dahlien memegang tangan Lucian. Kemudian dia mengerakkannya sedikit. "Lucian baby.... Bangun." Dengan suara yang lembut dia , masih lagi meneruskan mengejutkan Lucian daripada tidurnya. Tetapi Lucian memusingkan badannya kearah Muvie. Dia menarik tangan Muvie lalu Muvie pun jatuh ke hadapan di bahagian mukanya dan terkena pada dahi Lucian. Bunyi hantukan kepala mereka dan didengar oleh Dahlien.

"Awooooo!!!! Sakitlah.....!!!!" Muvie melihat Lucian yang masih lagi tidur daripada tadi. Dia sudah hilang sabar. Dia menjentik dahi Lucian.

"Wake up , wake up sleeping beauty. Dahlien tolong aku. Dia tak nak lepaskan tangan aku. Aku susah nak gerak."

Dahlien seperti cemburu melihat posisi Muvie dan Lucian. Semakin lama semakin tinggi tangan Lucian memaut. Sekarang tangannya memaut pada leher Muvie. Muvie pula sedaya upaya melepaskan dirinya daripada tangan besar Lucian. Dahlien menarik tangan Lucian. Akhirnya Muvie terlepas daripada dakapan Lucian tetapi kini Lucian memeluk Dahlien. Muka Dahlien sudah merah menyala. Dia masih lagi dapat menghidu bau haruman Lucian. Mukanya menjadi semakin merah.

"So Dahlien nak teruskan macam atau kau nak aku kejutkan dia pulak...?? Hmmm???" Muvie bermain keningnya ke arah Dahlien. Dia berhenti bermain daripada keningnya apabila dia melihat bibir Lucian hampir mencium dahi Dahlien.

"Grr.... Aku dah tak boleh nak tahan lagi!!!!."

Muvie terus berlari kedalam bilik mandi di kamar Lucian. Dia keluar membawa sebaldi air. Dia terus menyimbah Lucian. Separuh daripada badan Lucian basah.

Dahlien dapat mendengar Lucian terbatuk akibat air yang disimbah boleh Muvie. Lucian terus melihat sekeliling . Dia lihat Muvie dan Dahlien bersilih ganti. Dia dapat meneka siapa yang menyimbahnya. Dia terus berdiri dan mendekati. Muvie berjalan ke belakang dan dia sudah berada dihujung dinding. Lucian menahan kedua-dua jalan keluar Muvie. Muvie sudah lihat Dahlien lari keluar daripada kamar itu.

"Untuk apa kau buat macam tu Muvie!!!????" Air dibadan Lucian masih lagi menitis.

"Untuk apa? Sebab kau lagi sikit jeeeeeeee............ Kau nak cium anak dara orang lain."

"What!!!? Mana ada?? " Lucian masih lagi tidak melepaskan Muvie.

"Yes.... Dan sekarang pergi siap....!!!! Jauhkan diri kau daripada aku."

Muvie terus lari daripada Lucian. Sebelum dia terus berlari keluar daripada kamar Lucian , dia sempat lagi membaling baldi ke arah Lucian. Selepas beberapa minit Lucian bersiap, dia hanya memakai baju t-shirt tanpa lengan berwarna ungu dan seluar jean panjang. Dia berjalan ke arah dewan makan , dia tidak lambat untuk dia bersarapan bersama yang lain.

||Book 2||The Artificial Daughter [Ongoing]Where stories live. Discover now