Sesudah sahaja aku sampai dekat rumah, ada pula budak paparazzi yang tidak bergaji ni menyoal, "Dah jadi manager ke? Ada jumpa jimin awak tu ke? Dia ada puji awak cantik ke?" Aishh , mulut dia mengalahkan machine gun bila dia tanya aku. "Ya , saya sudah jadi manager. Saya ada jumpa jimin. Dan ya , dia puji saya." Kataku dengan jujur.
1 saat.
2 saat
3 saat
4 saat
"HAHAHAHA! Ada ke patut dia puji awak? Tak percaya. Dia artis kot. Mesti dia puji Cycon tu. Yelah, kan mereka bercinta." Perlinya. Hmm , ya saya jeles bila Cycon dengan Jimin bercinta. Tapi saya tahu, mesti mereka bercinta atas kerja kan? Bukan sebab cinta. "Tak percaya tak payah. Tadi bukan main jadi paparazzi tak bergaji. Kan aku dah jawab dengan jujur kau tak percaya. Sabar je lah ada kawan macam kau ni." Jawab ku dengan nangisan palsu. " Lah betul ke? Ingatkan tipu. Yalah , saya percaya. Dah pergi tidur. Dan, ingatkan aku untuk set alarm awak. Hahaha." Katanya dengan selamba bin badak dia tu"Yalahh." Kataku.
Hari ini adalah hari pertama aku jadi manager BTS. Aku pun terfikir apalah nasib aku hari ini. Aku pun melihat Claudia yang sedang enak tidur dibuai mimpi. "Clau! Bangun. Kita nak turun ke ibighit ni." Claudia pun mendengus, " alah lima minit lah," katanya. "Lima minit terus jadi lima jam kalau awak tidur. Dah cepat bangun sebelum aku simbah kau dengan air nanti menangis tak berlagu kau." "Aishh , yelah." Katanya sambil bangun dengan malas nya. Macam mana nak jadi menantu orang kalau perangai macam ni?
Aku pun menyarungkan pakaian t-shirt yang mamaku belikan untuk aku dulu dan sepasang skirt berbentuk jeans biar nampak stylish sikit. Claudia pun apa lagi pakaian baju t-shirt hitam bersarungkan sweater kelabu dan jeans. Lepas itu aku pakai kasut Nike Roshe Run sama macam Claudia. Yalah , saya dan Claudia kan suka pakai kasut Nike.
ibighit.
Ya, aku menjalankan tanggungjawab ku sebagai manager di sana. Aku memulakan langkah ku untuk menaiki tangga dan terjatuh sekali lagi. Kenapa aku asyik terjatuh dekat tangga ni. Pembawa malang betul tangga ni. Dahlah aku syok-syok minum air milo yang baru saja Claudia beli untuk aku. Tapi , air aku tertumpah dekat kasut seorang wanita. Aku melihat dari atas dan ya , aku mengenali wanita itu. Dia adalah Cycon. “Woi , buta ke? Habis basah kasut aku dengan milo tu. Awak tahu tak semut akan serang kasut aku?" Marahnya. Amboi, kata aku buta pula. Masalahnya , takda yang salah cuma tangga tu yang salah. Tapi kalau aku kata tangga yang salah , aku akan dicopkan sebagai orang gila. Yang peliknya , semut pula dimarahnya. Kesiann semut , takda dalam watak pun kena marah. "Yalah. Saya mengaku saya salah." Kata aku dengan tak-lah-jujur-sangat. “Baru je aku beli kasut ni semalam terus basah. Tapi kejap, kenapa awak datang sini?" Dah agak dah dia mesti tanya. "Aku bekerja sebagai manager dekat sini." "Wahh, takziah aku ucapkan." Katanya dengan gelinya. Ewah , dia ingat aku arwah ke sampai dia kata takziah? "Aku ni dah mati ke sampai nak cakap takziah?" Kataku. Dia mula ketawa, "tak kisahlah mati ke tidak , suka hati aku nak kata takziah. Dah aku nak pergi tukar kasut baru. Salah kau lah sebab basahkan kasut aku." Selepas dia berkata begitu , selamba bin badak je dia langgar bahu aku nasib tak terjatuh lagi. Aku pun memulaskan tombol pintu dan ya, aku disambut. "Welcome!" Kata Jimin seraya tersenyum. "Wah , terima kasih semua. Tak sangka pula." "Jangan ingat kami terima kau dengan sepenuhnya. Aku tak nak orang yang bertalam dua muka jadi manager." Perli Suga. Macam mana pula aku terlupa yang Suga ni jenis macam ni?
YOU ARE READING
Jimin Itu Aku Punya [C]
FanfictionHai. Nama aku Christine Angell dan umur aku 24 tahun. Inilah kisah aku sebagai manager BTS. p/s: description ni mcm hambar je kan? tapi saya rasa novel baik lagi dari description. Start : 10 May 2018 End : 14 June 2018