Di Sekolah..
Tidak lama kemudian, pada hari ke-21 Ramadan. Selepas habis sahaja sesi persekolahan. Aku dan rakan-rakan seperti biasa menunggu bas di hadapan pintu pagar sekolah..Ketika mahu menaiki tangga bas, tiba-tiba sahaja botol air yang aku bawa terjatuh dan pecah.. bak kata orang tua-tua, perkara sebegini berlaku mungkin disebabkan oleh perkara buruk yang akan terjadi nanti.
Aku mula mengambil kedudukan di sebelah rakan ku yang bernama Mazni. Dia berkata: "Syam? Kenapa kau ni? Okay tak?", dia risau kepadaku yang senyap membisu sedari tadi..
Aku merasa tidak sedap hati. Hati aku tiba-tiba sahaja menjadi sayu dan kantung mata aku seperti dibasahi oleh satu ton air... Aku tidak langsung menjawab pertanyaan Mazni dan terus menutup mata untuk menenangkan diri..
Setelah lebih kurang 20 minit masa berjalan.. akhirnya aku tiba di simpang jalan rumahku.. Tidak seperti biasa, selalunya akan ada ibuku yang menunggu di situ.. Namun, kali ini aku tidak melihatnya walaupun hampir 30 minit menunggu.. menggigil dah kaki aku ni berdiri dari tadi.
Tanpa berlengah lagi, aku pun terus memulakan langkah perjalanan dan berjalan kaki hingga ke rumahku yang tidak jauh langsung dari situ..
Sampai sahaja aku di rumah, aku melihat darah melimpah di seluruh rumah ku. Apa yang telah terjadi? Aku bertanya pada diriku sendiri. Apa benda ni?
Aku mulakan langkah sedikit demi sedikit. Kakiku mula memijak darah yang merah menyala itu. Terasa basah hingga ke stoking. Bau darah yang kuat ini membuatkan aku rasa nak muntah.. buek!! Hampir pengsan aku.
Lalu, aku menghampiri pintu rumahku. Tempat di mana sumber darah tersebut mula mengalir. Aku mula membuka pintu rumah. Namun, seperti ada yang tersekat di situ. Aku sudah tolak beberapa kali. Namun, masih tidak boleh terbuka. Dengan ganasnya, aku menendang pintu tersebut.
Pintu itu pun terbuka, aku sekilas melihat ada kepala yang terpelanting selepas pintu itu baru terbuka. Aku terkejut, terkedu dan sebak. Aku pun menghampiri kepala tersebut.
Aku pun menitiskan air mata apabila melihat kepala tersebut merupakan kepala ibuku sendiri. "Mak? Apa ni?", aku sangat terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Aku memandang ke kanan. Ayahku sedang terbaring dengan tancapan parang di dada. Tangan dan kakinya sudah tiada di tubuh.
Adik aku juga hilang. Aku mencari tubuhnya di merata tapi tiada. Aku pun berasumsi bahawa semua ahli keluargaku hilang dan sudah tidak bernyawa lagi. Malah, ada sebahagian tubuh yang hancur dan terbahagi ke merata tempat.
Tangan terputus ke bawah tangga, muka sudah tiada rupa lagi dan hancur lebur badan mereka. Tercucuk di sini dan sana. Aku tidak tau harus berbuat apa lagi. Aku hanya tahu menangis sahaja. Siapakah yang sanggup buat begini. Mengapa semua ini terjadi pada aku? Ya Allah. Sapa yang buat begini? Kenapa?!
Aku tersungkur dan melutut di hadapan mayat-mayat mereka.. Aku menumbuk permukaan lantai rumahku yang keras dan kasar itu kerana sedih yang teramat. Hingga berdarah tanganku menderita keperitan luka.. Namun, keperitan luka di tangan tersebut tidak begitu berbaloi dibandingkan dengan keperitan kehilangan keluarga.
Aku meraung sekuat hati bagi menunjukkan rasa kesal yang teramat dan menjerit sekuat hati sekuat yang boleh sehingga tekak ku kesakitan.. rasa kesal yang amat sangat ini ingin membuatku gila.
-------------------------------------------------------------
Tidak lama kemudian,
Tiba-tiba, Razy dalam perjalanan balik ke rumahnya melihat apa yang sedang berlaku. Malah, diri dia sendiri turut terkejut dan terkedu melihat perkara yang terjadi.. Dia memandang Syam yang sedang terduduk di hadapan mayat-mayat tersebut.. Bahkan, dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan hanya berdiam diri..Setelah merenung selama 5 minit. Akhirnya, dia tersedar dari lamunan dan memulakan langkah menuju ke arah Syam.. "Aku tak boleh bersedih di sini.. Aku kena tolong Syam", katanya di dalam hati lalu meneruskan perjalanannya..
Dia memeluk Syam yang terduduk sambil mengelap air mataya yang melimpah ruah. Razy pun menelefon ambulans dan polis. Syam hanya termenung melihat sepucuk surat yang terletak di sebelah mayat bapanya.. Dia melihat surat itu terdapat bentuk pentagon yang memiliki kesan darah.
Syam mula mengepal penumbuk dan berazam untuk membalas dendam kepada pembunuh tersebut.. Dia mula berdiri dengan bantuan Razy kerana kakinya masih lagi menggeletar..
Pada malam itu, Syam dijaga oleh Razy. Mungkin agak bahaya jika dia tinggal seorang diri sekarang. Syam hanya menggenggam tangannya dengan erat. Menitiskan air mata. Sedih. Dia masih berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi. Namun, ini semua adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi."Siapa yang tergamak buat macamni? Ape salah keluarga aku? Sial!!", kata Syam di dalam hati. Rasa sedih yang sangat tidak dapat lagi ditahan. Dia berkali-kali menjerit di situ. Siapakah dirinya untuk melawan takdir yang sudah ditentukan ilahi? Dia sekarang hanyalah makhluk yang hiba.
------------------------------------------------------------- Keesokan harinya,
Polis mendapati bahawa terdapat lima keluarga yang terbunuh sama seperti keluargaku. Namun, polis tidak menjumpai sebarang bukti pada tempat-tempat tersebut. Aku hanya dapat tahu yang bukti itu hanya ada di tanganku.
Aku bukannya tidak mahu memberikan bukti tersebut. Tapi, aku mahu menyiasat sendiri apa yang terjadi. Mungkin kisah ini akan aku ingat sampai bila-bila. Oleh itu, di masa hadapan, aku akan menjadi anggota polis dan membalas dendam aku.Kemudian, aku kembali melihat bukti itu. Terdapat gambar sebuah pentagon yang tentunya mempunyai 5 sisi. Dan pembunuhan itu terjadi kepada lima keluarga. Apa kesimpulannya? Aku pun tak pasti lagi. Aku dapat merasakan kaitan dengan angka 5 ini.
-------------------------------------------------------------
1 Syawal..
Hari ini, tibalah hari pertama raya. Aku membawa Syam ke kubur keluarganya. Syam hanya merenung sambil menggenggam tangannya. Dia tidak menangis dan tidak memberikan sebarang respon langsung.Mungkin dia sedang menyimpan dendam dengan pembunuh itu. Aku cuba bersembang dengan Syam. Namun, dia tidak membalas ucapanku, dia seperti sedang berada di alam lain. Senang cerita berkhayal. Ada kalanya, dia tiba-tiba tersenyum sendiri sambil menarik nafas dengan berat..
Karim menepuk belakangku, aku pun tersentak sebentar dari hibaku. Karim juga sebenarnya adalah bapa saudara Syam. Dia sangat sedih apabila abangnya itu telah pun meninggalkan dunia ini. Karim hanya berterima kasih di hadapan kubur itu kerana keluarga Syam telah banyak berkorban untuknya.
Syam nampaknya aka dijaga oleh Karim. Memandangkan dia adalah bapa saudaranya yang sulung, aku berikan sahajalah. Lalu, Syam pergi ke rumah Karim pada hari raya ke-3. Aku hanya melihat pemergiannya. Aku hanya dapat melambai tanganku.#dan begitulah kisah permulaan hidup Syam yang membuatnya merasakan dahsyatnya perasaan dendam ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
DENDAM
ActionPada suatu hari, Syam telah mengalami sesuatu yang amat memeritkan dalam hidupnya.. hari di mana...