Kuala Lumpur,
Aku duduk di atas bangku taman pada malam ini sambil melihat bintang yang terang dan indah. Aku terus membuka telefon pintarku dan memaparkan gambar abangku di situ. Aku berharap agar dapat berjumpa lagi dengannya tidak lama lagi..Aku Azam. Seorang detektif. Aku dapat mengetahui abangku, Syam masih hidup. Dari mana aku tahu? Sesungguhnya Syam sudah popular dan menjadi bahan bualan semua orang.. Sejujurnya, aku berfikir bahawa dia sudah pun mati. Tapi, kalau dia masih selamat, kenapa dia tidak mencari aku? Aku kan masih selamat dari dibunuh. Atau dia fikir aku sudah mati? Entahlah.. yang penting esok, aku akan bertemu dengannya. Tunggu aku, abang Syam!!
-------------------------------------------------------------
Kaste Tower,"Hidup segan mati tak mahu. Saat aku pisah darimu. Oooooo". Bernyanyi Syam seorang diri. Semua tersenyum melihat karenah dia.
"Syam, ada orang nak jumpa kau kat luar", kata Amin sambil menuding jari ke luar pintu.
Dengan segera dan penuh debaran, Syam membuka langkah keluar sambil membawa secawan kopi. Dia fikir, ini merupakan rancangan jahat Zack untuk menumpaskan dirinya.
Namun, dia salah setelah melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali. Menitis air matanya. Cawan kopi yang dia bawa itu pun terjatuh dan pecah. "A- Azam?", terkejut Syam melihat kelibat adiknya itu..
Azam berdiri sambil tersenyum selama 5 saat.. selepas itu, dengan tiba-tiba air matanya keluar begitu sahaja dan senyumannya kini hilang diiringi dengan tangisan kerinduan..
"Abang... SYAM!!", dia terus memeluk Syam dengan erat dan tidak mahu melepaskannya.. Begitu juga dengan Syam, dia memeluk erat tubuh Azam sehingga akhirnya mereka melepaskan pelukan masing-masing kerana sesak nafas..
Air mata mereka jatuh dengan deras. Mereka sudah tidak dapat mengawal lagi perasaan rindu yang menyelubungi hati mereka sekarang ini.
-------------------------------------------------------------
Office Syam,Sejujurnya, aku masih terkejut dengan kehadiran adikku, Azam. Tidak aku sangka rupanya dia masih hidup dan kini sudah menjadi seorang detektif juga sama seperti diriku. Diingat kembali, sememangnya tubuhnya tidak pernah dijumpai oleh pihak polis. Namun, bagaimana dia boleh hidup lagi?
Seperti diriku, cita-citanya juga adalah ingin mengetahui siapakah pembunuh keluarga kami. Banyak perkara yang kami sembangkan. Aku juga memberitahu dia siapa yang membunuh keluarga kami. Dia juga tidak sangka. Paman Zack masih hidup. Malam ini, kami semua mesyuarat menandakan ada ahli baru yang ingin menumpaskan Zack. Mereka memberikan tepukan.
Selepas habis kami bermesyuarat, kami balik ke rumah pak cik Karim sebentar. Adikku menyalam pak cik dan mak cik. Mereka berdua menitiskan air mata kesyukuran dan kami pun terus bersembang sehingga lewat malam.Azam juga ingin menceritakan tentang kisah hidupnya beberapa tahun yang lalu.. Bangun lambat lagilah esok ni jawabnya. Walaupun begitu, aku tetap gembira dengan kehadiran adikku yang tersayang.
Petang tadi, Azam juga tergelak kecil apabila mendapati kuburnya sudah pun siap dengan batu nisan sekali.
-------------------------------------------------------------
5 tahun lalu,Azam baru sahaja pulang dari sekolah. Dengan tiba-tiba, kepalanya dipukul dari belakang dan dia pun pengsan. Ada seseorang yang menculiknya menggunakan kereta BMW berwarna putih..
Azam terjaga dan telah pun berada di dalam kereta. Tangan dan kaki Azam telah pun diikat. Orang tersebut, kelihatannya sedang berada dalam keadaan kabut bersama dua orang pembantunya.. Azam yang tidak tahu apa-apa ingin menjerit. Namun, apakan daya, tiada sebarang suara yang keluar..
Di belakang mereka, terdapat dua buah truck hijau sedang mengejar.. "Dato', apa yang perlu kita lakukan sekarang ini? Berhentikan kami di tepi jalan! Biar kami yang menghadang mereka!", kata salah seorang pembantunya...
"Jangan nak mengarut! Aku takkan biarkan orang-orang aku mati dalam keadaan sia-sia!!", katanya lalu mereka pun tiba di sebelah rumah anak-anak yatim...
"Anak Shah! Dengar cakap aku! Sebelum kau betul-betul sudah besar dan boleh berdiri dengan kaki sendiri, jangan pernah sekali pun kau mengaku.. Kau adalah anak Shah kalau kau nak selamat", katanya lalu memecut laju dari situ..
"Dato', saya akan sentiasa bersama Dato' sampai saya mati!", kata pembantunya lalu mereka pun berhenti dan turun di sebuah kawasan lapang sambil mengeluarkan segala senjata yang mereka ada..
"Kalau macam tu. Nampaknya, kawasan inilah yang akan menjadi kubur kita bersama", kata seseorang yang digelar sebagai Dato' itu.
Keluarlah seramai lapan orang daripada kedua buah truk tersebut. Mereka lengkap dengan senjata api.
"Dato' Sri Ahmad Fuad, bekas ketua angkatan tentera darat Malaysia. Nampaknya, harini negara kita akan kehilangan seorang lagi wira negara. HAHAHAHAHHA"..
-------------------------------------------------------------
Marine Tower,"Tak guna!!", kata Zack sambil menonton tv dan melihat berita tentang kedatangan adik Syam iaitu Azam.
"Kenapa Komeng tak bunuh dia jugak. Tak guna Komeng. Kalau kau hidup lagi. Mesti kau akan aku cekik sekarang!", tak tersangka Zack bahawa ada begitu banyak musuh yang perlu dia hadapi sekarang. Dia menumbuk dinding dengan begitu keras sekali.Azam dan Syam. Kedua-duanya merupakan seorang detektif yang sangat terkenal dengan kehebatan dan ketangkasan mereka. Walaupun Azam tidak sehebat Syam, namun kebolehan dia juga berada di atas rata-rata.
"Nasib baik kami ada si budak Bob tu. Dia ada juga gunanya. Cuma, bodoh sikit tak pandai la nak menembak. Takut tengok darah katanya", kata Zack lagi di dalam hati.
"Aku tak perlu gentar pun. Aku dah cukup hebat untuk hadapi mereka semua tu. Orang aku pun ramai juga. Lagipun, yang berlawan nanti bukan aku pun. Tapi, orang suruhan aku. Aku tinggal tengok dari jauh sahaja. Haaaa.. Aku nak turun bersembang dengan semua dan membincangkan plan baru tentang kehadiran Azam. Harap-harap lepas ni tak ada la jahanam yang datang lagi nak bergabung dengan Syam jibake tu. Kosong terus idea ni nanti", kata Zack lalu turun ke tingkat bawah.
-------------------------------------------------------------
Ruangan bilik Bob,Aku nak kena buat plan baru lagi ker. Makin lama aku jadi makin geram pula. Aku dah tidak ada idea lagi. Lebih-lebih lagi, mereka hanya tahu menyuruh aku sahaja. Aku mana la boleh buat banyak benda dalam waktu yang singkat.
Nasib baik ada Remy yang sentiasa membantu aku. Kawan lama la katakan. Aku berfikir sejenak. Bagaimana caranya nak menumpaskan mereka berdua? Mereka bukannya calang-calang orang. Detektif terhebat kot! Haishhhh... Hampir menangis aku.
Tidak mengapa.. You can do it! Akhirnya, aku mendapat satu idea. Macam.. contohnya, kita serang saja la Kaste Tower dan bunuh semua orang dekat situ. Beberapa orang dekat bangunan sebelah untuk back up dari jauh. Haha..
LEPASTU LEPASTU!!..

ANDA SEDANG MEMBACA
DENDAM
ActionPada suatu hari, Syam telah mengalami sesuatu yang amat memeritkan dalam hidupnya.. hari di mana...