BAB 9 (KEMBALI)

97 8 0
                                    

Kaste Tower,              

    Aku balik dan masuk ke dalam office lalu menceritakan segala apa yang berlaku kepada rakan-rakanku. Seluruh ruangan office menjadi senyap membisu. Sekarang ini, aku tidak boleh bergerak bebas sesuka hatiku. Aku perlu sentiasa bersembunyi.

    Tanpa aku tahu, mungkin ada ramai individu yang sedang memburuku. Namun, aku tak perlu takut dan aku tak perlu gentar. Walaupun aku mati, kebenaran pasti akan terungkap juga suatu hari nanti.

    Aku tersenyum sedikit dengan karenah Zack. Namun, aku tidak perlulah untuk melakukan hal yang tidak waras. Aku hanya perlu mengambil hutang darah yang telah dia ambil.. Darah perlulah dibayar dengan darah. Dia sudah membunuh keluargaku tersayangku... Kini giliran aku pula untuk membunuh dirinya dengan tanganku sendiri..
-------------------------------------------------------------
Marine Tower,                   

    Tiada idea yang boleh dikeluarkan lagi. Semua orang senyap membisu. Zack dari tadi hanya menggaru kepala sahaja. Faiz pula dari tadi hanya termenung. Aku tak pasti sama ada dia berfikir atau pun berangan. Aku pun tak tau apa yang boleh kami lakukan sebenarnya.

    Bagaimanakah caranya kami ingin menumpaskan Syam. Menyerang bersama secara membabi buta? Tapi, sebelum ini Syam pernah menumpaskan Komeng yang merupakan orang Zack yang paling kuat dan tangkas. Komeng juga menyerang Syam secara beramai-ramai dan kalah. Jadi, aku tidak rasa kami boleh menang dengan cara ini. Kemungkinan untuk menang hanya ada 5%. Mungkin lebih sedikit daripada itu.
              
    Setelah bosan, aku keluar daripada bilik tersebut dan turun tangga menuju ke tingkat bawah kerana aku rasa ingin berjalan-jalan. Maybe aku boleh dapat idea ke dalam perjalanan nanti. Duduk terperuk dalam tu pun tidak mendatangkan sebarang kemajuan..

    Kemudian, aku terus masuk ke dalam kereta Mini Cooper yang berwarna biru kehijauan. Walaupun kecil, ia adalah kereta kesayangan aku. Aku singgah di sebuah kedai mamak di hujung jalan. Aku memesan roti canai dengan milo ais kurang manis untuk menjaga kesihatan.

    Tiba-tiba, dari jauh aku melihat seseorang yang agak aku kenali. Seorang yang agak besar dan berjambang lebat. Seorang yang sangat hebat dalam mengetuai sesuatu pasukan. Tapi, siapakah dia? Aku perlu mengimbas kembali ingatan aku.. itu... Cepat!!!

   BOB!! Dia adalah kawan lama aku dan juga merupakan seorang perancang yang hebat. Aku terus menghampirinya dengan seulas senyuman. Aku menyapa "Yo". Dia menanggalkan cermin mata hitamnya dan menarik ear phone di telinganya secara perlahan. Tiba-tiba, dia terus memelukku.

    "Yow! Remy! Lama kita tak berjumpa! Hahahaha! I knew it was you dawg", kata Bob kepadaku..

    "Bro, lama tak jumpa. Makin kurus ya kau, Bob?", saja aku nak buat lawak jumpa first time tahun ni. Lebih-lebih lagi Bob merupakan seorang yang mempunyai badan berisi.

    Lalu, aku terus mengajaknya untuk menumpaskan Syam. Setelah bercerita panjang, aku pergi semula ke tempat persembunyian sambil membawa Bob. Aku juga mengenalkan Bob kepada semua dan menceritakan segala kebolehan yang ada dalam dirinya. Dengan adanya bob, aku percaya senang sikit kerja kami.
-------------------------------------------------------------
Rumah Syam,                

    Keesokan harinya, aku keluar rumah dan menuju ke office seperti biasa. Atau.. Mungkin seperti tidak biasa. Hari ini, aku menaiki motosikal untuk ke tempat kerja. Sampai sahaja aku di sana, sudah terdapat kertas yang dicucuk dengan pisau di hadapan pintu office aku.

    Kali ini, kertas itu mempunyai gambar segi empat sama. Apa pula maksudnya ni? Lepas pentagon, segi empat pulak. Merepek apa Zack ni? Aku dah muak dengan semua ini. Aku harus cepat mencari dan membunuh Zack sebelum aku yang terbunuh.                 

     Aku mengajak Aziz untuk berbincang berkenaan kertas tersebut. Aku juga mengumpulkan ramai orang yang amat aku percayai. Ada 3 kumpulan  semuanya. Setiap kumpulan mempunyai 20 orang ahli pasukan.

    Kemudian, kami mula berbincang dan megumpul idea. Semua mula memberikan pendapat masing-masing. Setelah digabungkan, terjadilah rancangan yang amat hebat atau biasa sahaja? Harap-harap berjayalah rancangan itu nanti.
-------------------------------------------------------------
Marine Tower,                 

    Di situ, kelihatan Bob sedang menyusun rancangan dengan lancar. Nampaknya, Bob adalah seorang yang profesional sama seperti apa yang diperkatakan oleh Remy. Segala perkara yang dia rancang mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri..

    Dan nampaknya kini, kedua-dua pihak iaitu pihak Syam dan pihak Zack sudah selesai merancang. Tinggal tunggu masa sahaja untuk mereka bertembung. Mereka sentiasa bersedia mahu pun siang atau malam. Mereka bahkan tidak tidur begitu sahaja kerana takut akan serangan musuh. Senang cerita, mereka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga...

    Walau apa pun yang terjadi, Syam telah berjanji untuk melakukan yang terbaik. Dia akan tunjukkan kepada Zack apa itu erti kehidupan dan betapa kejamnya sifat seseorang yang sedang berdendam..

    Begitu juga dengan Zack, dia tersenyum lebar kerana akhirnya dapat membalas dendam kepada keluarga rakan-rakannya yang telah mengkhianati dia dahulu.

DENDAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang