Keesokan harinya,
Kes hari tu sudah pun selesai, Komeng juga sudah pun mati. Namun begitu, misi aku belum lagi selesai. Aku perlu mencari Zack dan membunuhnya. Baru hidup aku akan betul-betul tenang. Aku hanya tersenyum ketika diwawancara. Boleh tahan jugak wartawan perempuan ni. Heh.. Tapi bukan test aku.Malam itu, kami membuat jamuan kejayaan menumpaskan Komeng. Sekali gus, kami membuat kenduri tahlil untuk kematian Naim. Semua ketawa kegirangan dalam kesedihan yang teramat. Aku pun ikutlah diorang gelak-gelak. Malaslah nak buat muka serius ni. Benda dah settle pun kan..
Keesokan harinya, aku menceritakan segala apa yang telah terjadi kepada pak cik Karim. Sedih ada, gembira pun ada. Namun, kegembiraan tersebut tidak dapat menutupi kesedihan diriku kehilangan Naim.Aku juga memberitahu pak cik bahawa aku sudah mengetahui siapakah pembunuh tersebut.. iaitu Zack yang merupakan seorang bekas askar. Selain itu, kertas berbentuk pentagon itu telah pun aku selesaikan teka-teki nya.
Jika kita membuat garis antara bucu, itu akan membentuk sebuah bintang dan juga sama seperti lencana askar. Ini adalah kisah dendam Zack kepada bekas rakannya.. Dan sekarang, merupakan kisah misi aku untuk membalas dendam kepada Zack.
Namun, sekarang.. dia tahu bahawa perkara ini akan tamat seketika sebelum berlaku lagi dalam waktu yang akan datang..
-------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, aku melawat kubur Naim bersama pakcik dan rakan-rakan yang lain. Aku mengucapkan terima kasih berkali-kali kepadanya kerana sudah menjadi rakan aku yang terbaik. Aku tidak mahu bersedih lama-lama kerana aku mahu dia pergi dengan aman dan tenteram jiwanya..Setelah selesai membaca yasin, aku kembali ke rumah. Aku duduk seperti biasa lalu terbaring di atas katil memikirkan perkara yang berlaku pada hari kejadian. Aku berasa geram sambil memegang lukaku yang lama. Bagaikan luka yang lama berdarah kembali. Walaupun peribahasa tersebut tak kena tempat, namun begitulah yang aku rasakan sekarang ini.
Setelah seminggu bercuti, aku masuk kerja semula. Aku terus masuk ke dalam office dan mengemas segala baranganku yang sudah lama tak disentuh. Aku juga menguruskan barang-barang Naim dan berjumpa dengan keluarganya..Aku meminta Salma, assistant aku untuk membuatkan kopi kurang manis. Malam tadi aku tidur lambat dan masih mengantuk lagi ni. Haisshh.. Sibuk bersembang dengan pak cik. Sampai lewat malam. Tapi, boleh pulak pak cik bangun cepat pagi tadi. Aku sampai dikejutkan pun tak bangun-bangun. Padahal aku muda lagi dari pak cik..
-------------------------------------------------------------
Di markas rahsia Zack,"Tak guna punya Syam! Aku akan bunuh kau suatu hari nanti! Menyesal aku tak bunuh kau awal-awal lagi! TAK GUNA! Tidak mengapa... Ini hanyalah permulaan untuk kita. Kau akan tahu nanti langit tinggi ke rendah". Kata Zack sambil menembak syiling bangunan yang didudukinya sekarang.
Bangunan tersebut sudah lama dan hampir berkulat di segala penjuru dinding. Itulah port dia sekarang ni. Disebabkan tiada lagi tempat yang dia boleh pergi.
"Aku kena kumpulkan geng-geng aku nampaknya", kata Zack lalu memegang telefon sambil mendail. Satu demi satu orang yang dia telefon menjawab. Akhirnya, kini mereka akan mengadakan misi besar-besaran yang akan meruntuhkan pihak kepolisian negara.
Peperangan yang sudah lama dirancang ini, nampaknya akan segera berlaku sebaik sahaja Zack mengumpulkan geng-geng dia.
-------------------------------------------------------------
Perkarangan Kaste Tower,
Aku duduk di atas bangku di bawah pokok. Memandangkan hari ini tiada kes yang berlaku. Aku hanya memerhati kedai makan yang tidak jauh dari sini. Tiba-tiba, perutku terus berbunyi menandakan aku sudah pun lapar. Lalu, aku pun singgah sebentar ke sebuah restoran berdekatan denganku.Makanlah aku sepinggan nasi bersama lauk-pauk yang sedap. Selepas kenyang, aku keluar daripada restoran itu dan tiba-tiba sahaja ada panggilan masuk.
"Hello?", aku menjawab.
"Satu kes pembunuhan telah berlaku di Kota Tawar, Seksyen 3. Kes tersebut berlaku di depan bilik 15 hotel 5 bintang", lalu aku terus bergegas dengan pantas ke tempat kejadian setelah mendengar penjelasan dari Inspektor Key.
Sampai sahaja aku di Kota Tawar, aku dengan lajunya terus menuju ke tempat kejadian. Aziz memberikan aku sepucuk surat daripada tangan mangsa.'KAU PUN AKAN MATI SAMA MACAM NI, SYAM!'
Itulah yang terpapar pada kertas tersebut. Aku termenung melihat mayat itu. Dia dibunuh dengan 20 das tembakan dan semuanya menggunakan peluru usp. Aku hanya mampu mengucap. Apa yang dia maksudkan?
Namun begitu, perkara yang Zack mahukan itu tidak akan berlaku. Perkara ini, tidak akan tamat begitu sahaja secara tiba-tiba. Zack tidak mahu berehat selagi mana nyawa aku tidak diambil olehnya..
Tak guna punya Zack! Kau fikir kau senang-senang je boleh bunuh aku? Kau memang silap. Kali ni aku tak akan lepaskan kau! Aku tak akan maafkan kau! Kau akan mati dahulu sebelum aku mati. Biar aku sendiri yang hantar kau ke alam barzakh! Kau tunggu dan lihat sahaja lah... ZACK!!
![](https://img.wattpad.com/cover/149088329-288-k279975.jpg)
YOU ARE READING
DENDAM
AcciónPada suatu hari, Syam telah mengalami sesuatu yang amat memeritkan dalam hidupnya.. hari di mana...