3 hari seterusnya,
Sudah masuk hari yang ketiga, kami masih lagi tidak mendapat apa-apa petunjuk. Yang kami tahu, postman tersebut tidak lagi menjadi suspek kerana dia memang diarahkan untuk menghantar barang ke situ. Mustahil juga kerana tempoh waktu barangnya dihantar adalah sebelum pembunuhan berlaku. Ketika waktu pembunuhan, dia sedang menghantar barang di rumah orang lain. Mujur, alibi tersebut dapat diterima..Tinggal si kekasih gelap dan pembunuh upahan. Tentunya kami dapat mengagak yang kerja ini dilakukan oleh pembunuh upahan iaitu Komeng, tetapi kami perlu mendapatkan bukti yang kukuh. Tanpa bukti, tak bermakna lah penyiasatan kami kali ini.. sia-sia!!
Aku terus sahaja keluar sejurus selepas mesyuarat tamat. Aku menyelitkan sepucuk pistol di tali pinggangku untuk keselamatan. Ini disebabkan, kemungkinan sekarang ini aku telah dikenali ramai sebagai detektif terhebat kerana dapat menyelesaikan banyak kes jenayah. Jadi, terputik rasa risau dalam diriku. Walau bagaimana sekali pun, aku tetap tak akan mengalah sehingga aku menjumpai pembunuh tersebut. Mungkin aku boleh dapat apa-apa petunjuk tentang kejadian lima tahun lalu melalui kes ini.
-------------------------------------------------------------
Tempat Kejadian Penjenayah (KTP)
Keesokannya, kami pergi ke tempat kejadian. Terdapat kesan tapak tangan berdarah tersembunyi di bawah tikar. Saiz tapak tangan itu sama seperti saiz tapak tangan yang kami pernah jumpa iaitu Komeng. Tidak mungkin tangan seorang wanita sebesar ini..Jadi, memang sah lah ini merupakan kerja dia. Dia yang bunuh! Tapi kenapa? Apa yang membuatkan dia membunuh dengan sekejam ini? Adakah hanya disebabkan duit? Adakah dia terlalu miskin sehingga sanggup kerja begini? Dan siapakah dalang di sebalik semua ini? Aku hanya dapat berteka-teki. Segala jawapan telah pun berselubung di dalam kepalaku, tinggal dikeluarkan sahaja berdasarkan apa-apa konteks yang aku dapat fikirkan.. Namun, aku blur.
Tapi, macam mana pulak tapak tangan komeng boleh muncul di bawah tikar secara tiba-tiba? Sebelum ni tiada apa-apa kesan langsung.. setitis cap jari pun langsung tidak kelihatan..
Tiba-tiba aku terjumpa lagi kertas berbentuk pentagon yang berdarah. Sama dengan yang aku lihat sebelumnya. Tapi, di dalam pentagon itu mempunyai satu garis yang menyambungkan bucu kanan dan bucu kiri. Mungkin pembunuhan ini berlaku 5 tahun sekali.Tapi, hari tu. Aku lupa... Hari tu 27 jun? Kan? Tarikh kematian keluarga aku! Tak guna! Jadi, ini bermaksud ada lagi empat keluarga yang mati pada hari tersebut. Kenapa aku tak fikir benda ni awal-awal? Kenapa aku membodoh sahaja sedari tadi? ARGH!!
"Naim! Pada hari kejadian berapa keluarga yang mati?!", tanya aku dengan nada yang tinggi kepada Naim yang juga merupakan rakan seperjuangan aku. Aku kini berasa bengang kerana tidak tahu menahu tentang perkara basic sebegini! Sial!"Pada saat itu, terdapat 5 kes jenayah pembunuhan telah direkodkan". Jawab dia. Maknanya, benarlah segala dugaan aku.. Aku.. Aish!!
"Kenapa kau tak bagi tahu aku?!", aku marah kepada Naim walaupun aku tahu ini semua adalah salah aku sendiri kerana terlalu fokus ke atas sesuatu perkara sehingga melupakan segala hal lain yang sudah terang lagi bersuluh di hadapan aku..
"Ingatkan kau dah tau", kata Naim dengan nada perlahan.. dia juga rasa bersalah ke atas diriku..
"Apa yang kau merepek! Kenapa?! Kau ni la!", kesabaran aku sudah pun hilang.. Memang ini tiada kaitan langsung dengan Naim. Namun, perasaan aku sekarang... Rasanya mahu melepaskan segala geram ke atas seseorang..
Aku terus keluar daripada rumah mangsa. Menggenggam tangan dengan erat. NAIM!!!. Aku terus balik ke rumah dengan menaiki motosikal. Aku memecut laju selaju yang boleh sambil menjerit sekuat hati..
-------------------------------------------------------------
Markas Rahsia,"HAHAHAHAHAHA!!! lembab! Sekarang baru dia tahu aku yang bunuh? Dia merepek apa la..", kata Komeng yang terbaring di atas sofa sambil menonton berita di kaca televisyen..
Tak kan la benda senang tu pun tak boleh nak solve dengan mudah.. Baru jumpa kesan tapak tangan aku lepas tiga hari. Aku sorok bawah tikar jer bukannya belakang almari pun. HAHAHAHA.. Lagipun, dengan bantuan spray yang boss bagi tu.. memang patutlah pun, dia tak jumpa kesan tangan aku", sambung Komeng lagi..
-------------------------------------------------------------
3 hari yang lalu,Aku dengan segera pergi meninggalkan tempat tersebut setelah aku berjaya membunuh keluarga Dato' itu. Namun, dengan tiba-tiba aku tersungkur dan tanganku yang berlumuran darah telah mendarat di atas sebuah tikar yang kebetulan sedang terbalik. Mungkin tikar tersebut terbalik ketika kami melakukan penggelutan tadi..
Namun, aku telah diberikan sebuah spray daripada Boss.. Spray yang boleh menghilangkan apa-apa kesan dalam masa 3 hari.. Dengan ini, aku berjaya melengahkan lagi masa penyiasatan mereka selama 3 hari dan seterusnya sudah selesai juga lah sebenarnya misi pembunuhan aku kali ini setelah empat pembunuhan yang aku lakukan secara clean sebelum kes ini..
Lagipun aku tak tau kenapa bos suruh aku membunuh lima orang berturut-turut. Last sekali aku bunuh pun lima tahun lalu. Dia tak bagi tahu pun aku apa rancangan dia. Yang aku tahu, semua ni ada kaitan juga dengan pembunuhan keluarga aku.
YOU ARE READING
DENDAM
AçãoPada suatu hari, Syam telah mengalami sesuatu yang amat memeritkan dalam hidupnya.. hari di mana...