BAB 13 (PEMERGIAN)

154 7 0
                                        

     Hanya itu sahajalah perkara yang aku dapat fikirkan sekarang ini, lalu aku pun menembak cermin yang berada tepat di hadapan ku.. Memandangkan Zack sedang berangan sendiri dan berfikir bahawa dia sudah pun menang. Aku rasa, memang sekarang lah waktu yang sesuai untuk menetapkan kematianku.

    Lalu aku terus menghempaskan diriku ke arah cermin dan tersenyum ke arah Zack.. Aku sempat menembak Zack di bahagian kepala. Aku yakin, dia akan mati, dan bayaran kematiannya ialah nyawaku sendiri. Aku tidak rasa diriku ini akan selamat setelah terjun dari tingkat ke 27 ini..

    Aku melihat pemandangan rata tapak jalan raya tersebut sambil merasai kesejukan angin pagi ini. Seluruh tubuhku juga sudah merasa pegal dan kesakitan.. Tiba-tiba, air mataku turut mengalir. Aku dah jumpa adik aku sendiri setelah 5 tahun berpisah. Tak sampai sebulan kami bersama dan sekarang aku akan mati? Ya Allah!!

    Aku tak bersedia lagi untuk semua ini, aku masih mahu meluangkan banyak masa untuk adikku, mak cik Ana, pak cik Razy, pak cik Karim.. oh tidak, bukan itu yang perlu aku fikirkan sekarang!! Sekarang ini, aku sedang dalam perjalanan untuk menemui Naim di alam sana.. Aku berharap agar Azam sentiasa gembira walaupun diriku sudah tiada..

     Sekilas, seluruh muka orang kesayangan aku muncul di benak fikiranku. Adakah ini yang dinamakan sebagai sakaratul maut? Aku tak bersedia lagi untuk semua ini. Jantung aku rasa berdebar-debar. Air mataku kini sudah pun kering dan tidak mahu lagi keluar.

     *Buk* aku terdengar satu bunyi hentaman yang kuat. Sesungguhnya, itu daripada diriku sendiri. Aku memandang ke kanan sedikit. Terlihat begitu banyak darah merecik ke merata tempat. Aku sudah tidak merasakan sebarang kesakitan kerana tubuhku sudah pun semakin kebas.

    Kesedaran ku kini juga sudah semakin menghilang. Aku terdengar suara teriakan rakan-rakan sekerjaku. Namun, aku tidak dapat melihat mereka. Pandanganku kini sudah pun pudar. Hanya kegelapan yang menyelubungiku. Nafasku.. tidak dapat lagi ditarik dan dihembus.. Inikah yang dinamakan kematian?

     Aku tak nak mati lagi! Aku tak puas lagi menghabiskan masa bersama adikku.. Aku tak nak.. aku masih mahu hidup.. kenapa? Kenapa ya Allah?! Kenapa semua ini harus terjadi kepada aku.. apa salah aku sampai begini sekali ujian yang kau berikan?

     Tch! Nafasku semakin kurang.. aku sudah tidak dapat bernafas lagi. Jantungku seperti dicucuk dengan batang besi yang tajam setiap kali cuba untuk bernafas.. Mungkin sampai sini sahajalah hayat aku.. maafkan aku ya Allah. Aku tahu mungkin inilah takdirku yang sebenarnya. Terima kasih kerana berikan aku peluang untuk melihat adikku, Azam sebelum ajalku tiba.. A- Azam.. Se- semoga.. K- kau.. Bahagi..... a..

-------------------------------------------------------------
   Selepas itu, mereka terus sahaja turun daripada tingkat atas dan menembak semua orang yang berada di situ. Satu pun tidak tinggal. Mereka terus turun ke bawah untuk melihat keadaan Syam.

   Akhirnya, Azam pun telah berjaya merosakkan pintu tersebut. Namun begitu, dia sudah pun terlambat. Dia laju berlari untuk menuju ke bawah. Tapi, dia sudah pun melihat Syam terbaring tidak bernyawa. Tiada siapa yang boleh hidup lagi kalau terjun dari ketinggian itu. Azam pun tau perkara itu. Tapi, dia masih mengharapkan sebarang keajaiban akan berlaku. Azam hanya menatap wajah Syam. Perasaan yang begitu sedih sekali tidak dapat ditahan.

-------------------------------------------------------------       Pada petang itu juga, aku melihat abangku dikebumikan bersama pak cik Karim dan mak cik Ana. Mereka tidak berhenti menangis. Dendam kami sudah pun dibalas. Berpuas hati jugalah. Tetapi, pembalasan dendam kami kali ini dibayar dengan pengorbanan abang.

                  
    Aku tersenyum seketika bagi menahan rasa sedih di dalam hati. Kami balik ke rumah pak cik Karim. Rasa sunyi pula rumah ini tanpa kehadiran Syam. Aku tak boleh menahannya. Kenapa air mataku tidak boleh berhenti mengalir? Syam..... SYYYY.. SYAMMMM!!! Kenapa? Kkenapa?! Argghhhh!!

     Aku menangis sekuat hati! Aku cuba untuk berhenti tapi, dia tetap keluar juga! Aku tak tahu kenapa! Kenapa semua ini perlu terjadi kepada diriku?

     Tiba-tiba, mak cik Ana datang kepadaku dan memelukku dari belakang. Dia memberikan sedikit kata-kata semangat kepadaku. Air mata yang deras itu menjadi lebih deras lagi. Buat kali keduanya, aku kehilangan orang yang paling berharga dalam hidup. Malam itu, kami beramai-ramai mengajak orang ramai untuk bertahlil.

------------------------------------------------------------- 
      Aku mendengar cerita tentang kematian Syam. Entah mengapa aku merasa begitu sebak. Padahal aku baru sahaja berjumpa dengannya beberapa minggu yang lepas. Apa yang dah terjadi? Kenapa Ya Allah?!

     Aku menatap gambar Syam. Menitis air mataku. Dengan segera, aku terus menuju ke rumah Karim. Aku ingin bermalam di rumahnya sehingga malam ketujuh. Aku tidak menyangka bahawa Syam akan pergi dahulu sebelum aku.

-------------------------------------------------------------
Seminggu sudah pun berlalu,                 

    Kini, Azam bekerja seperti biasa. Dia tidak mengambil cuti. Tapi, dia tidak lagi bekerja di sini. Dia kembali ke tempat lama. Dia hanya berada disini untuk seketika sehingga segala kes ini sudah selesai. Karim, Ana dan Razy mengucapkan selamat tinggal kepada Azam. Azam pergi meninggalkan mereka. Semakin lama, semakin jauh. Sehingga keretanya tidak kelihatan..

TAMAT

***********************************
#Terima kasih kerana sudi membaca Novel DENDAM ini sehingga tamat. Harap anda dapat menantikan beberapa lagi karya terbaru daripada saya. Sekian Terima Kasih!!

DENDAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang